Monday, October 27, 2008

Setengah Hari Di Temerloh

Aku dibawa melawat keluarga angkat pemilik HUMMER H2 di Temerloh, Pahang. Agak excited nak pergi sebenarnya. Mungkin sebab dah lama kami tak berjalan-jalan bersama sementelah aku asyik kerja dan dia asyik kursus memanjang. Kedua, sebab katanya rumah itu betul-betul sebelah Sungai Pahang dan ketiga - makan! Kata dia, pernah udang sebesar lengan menjadi hidangan semasa 2 minggu dia menetap di sana..


Sungai Pahang mengalir lesu...
Sampai Temerloh, kami dijemput makan tengah hari..lauk ikan patin tempoyak dan beberapa lauk lain. Dia pulak menyakat aku, kononnya aku teringin nak makan udang besar. Cheh! Bikin malu anak negeri aje..dan sebelum balik, seekor udang sebesar telapak jari menjadi buah tangan...sebatang lemang sebesar lengan dan keropok bawang seplastik besar. Aku kena paksa makan nasi goreng kampung...

Aku juga dibawa minum Ais Jagung yang paling heaven sekali di Temerloh...kedai yang enak itu bernama Singgah Sokmo. Kalau la aku nie pengarah drama / filem, komfem aku shooting kat area Temerloh selain Sabak Bernam.



Meh, singgah!

Air jagung yang lazat dan Pakcik Peter
Nasi Goreng dan ayam goreng...

2 comments:

  1. waahh.. sedapnya ais jagung tu..

    ReplyDelete
  2. sangat sedap...jom pergi temerloh dan minum lagi di Esplanade Temerloh berhadapan Sungai Pahang yang mengair lesu...menyaksikan awek2 Temerloh belajar dressing lagak biatch kota

    ReplyDelete