Sunday, November 30, 2008

Beijing - Forbidden City 2007
Aku dalam mood yang sangat baik. Tak tahu kenapa..Hari ini takde emosi-emosi sangat. Aku cuba memikirkan apa yang membuatkan aku sedih atau gembira - tapi kosong. Macam bangkit dari tidur yang panjang dan blur.

Terus saat ini memikirkan ke mana kaki aku akan melangkah tahun depan, dan bila. Aku ingat azam aku yang lalu. Setiap tahun aku merancang untuk menjejak kaki ke luar Malaysia. Kang cakap luar negara macam tinggi sangat harapan tu. Tapi aku yakin kalau ada rezeki tak ke mana, idak gitu adik-adik...

Aku dah merasa ke Brunei - China - Indonesia - Thailand. Singapura yang sepelaung dari Johor belum aku jejaki. Aku bercita-cita juga nak memegang salji di negara orang putih. Tapi kos yang bakal membuat aku kelaparan berbulan-bulan lamanya membantutkan niat. Secara peribadi, aku lebih suka bercuti di Asia Tenggara. Terasa lebih homey dan dekat dihati..

Pengalaman di Gua Niah beberapa minggu lalu membuatkan aku mahu menjelajah gua-gua yang bersejarah di Malaysia. Niah ialah langkah pertama. Dan aku harap ada gua-gua lain yang akan aku jejak. Hmmm....terasa mahu ke Gua Kelam :)

Esok aku akan merancang percutian untuk tahun depan dengan kawan-kawan yang sealiran. Itupun kalau ada equilibrium dari segi masa. Kalau tak, pertengahan tahun depan aku bercuti sendiri saja..Tapi ke mana?



Friday, November 28, 2008

Agenda Membeli Belah

Sehari aku bermalam di rumah mama. Gelak ketawa di mana-mana. Tengok TV asyik ketawa..Sehati Berdansa kami ketawa, tengok drama Indon kami ketawa sampaikan promo Puaka Nyang Rapik tu pun kami tak henti-henti ketawa. Rumah nie kalau aku balik memang bergegar dengan ketawa.

Tadi aku membeli barang-barang keperluan sekolah untuk Raziq. Tahun depan dia darjah 1 dan aku mahu dia merasa keseronokan mempunyai keperluan sekolah yang lengkap - tanpa dipelekehkan kawan-kawan yang lain. Memang ada sebulan lagi masa untuk membuat persediaan, tapi aku tak suka shopping last minute. Baik beli sekarang tengah stok masih banyak dan tengah orang tak ramai.

Raziq, anak saudara Mak Ngah yang utama...


Untuk mama aku belikan HP baru. Adik-beradik lain pau aku seadanya. Maybe diorang seram tengok resit pembelian yang bole tahan jumlahnya. Aku tak peduli..Memang ada allocation untuk pendidikan anak-anak dan aku menggunakan sebaik-baiknya. Selepas penat shopping sampai angin dah naik kat kepala, aku belanja semua makan.

Esok, shopping di Mydin. Boleh dapat banyak, murah dan stok untuk setahun tak perlu aku fikirkan lagi. Besok juga buka akaun Public Bank dan beli Unit Trust secukupnya.

Macam banyak duit.....mana celahnya? Oh, ingat tak kes harta arwah abah, amanah raya dan pinjaman bank...checkque cleared already. Jadi, belanja mesti berhemah, simpanan kena ada dan berpoya-poya is a must!

Wednesday, November 26, 2008

Miri...Aku Kembali 4


Lambang Bandaraya Miri..Kuda Laut

Kawasan pantai yang dijaga..

Semua ciptaan Allah swt adalah yang terbaik dan setiap satu membawa makna yang tersendiri untuk kita gali. Bagi aku, waktu matahari terbenam adalah antara kejadian yang Subhanallah indahnya...

Da'a membawa kami melepak di satu pantai yang cantik di Miri. Kami ke sana setelah masing-masing ketat perut minum 2 gelas Teh C Peng Special di Singapore Chicken Rice. Kata Da'a, cuaca hari ini baik dan pasti suasana matahari terbenam nampak cantik.

Menanti matahari terbenam dengan penuh kesabaran..

Aku selalu rasa, ala..matahari terbenam kat mana-mana pun sama. Satu masa dulu di Pangkor, aku sampai diselimut gelapnya malam kerana terlalu asyik melihat matahari terbenam di situ. Tapi di sini lain ceritanya.. Aku dan Da'a bercerita panjang, layaknya kami yang sudah lama tak berjumpa Mengimbas kisah lama..merindui Areen yang tak dapat bersama. Oh, dan bersembang tentang kehidupan kami.

Aku dan Da'a

Matahari makin terbenam dan kami larut bersembang dalam ketenangan...

Bold

Aku sangat tenang dalam situasi ini..

Rasa mahu berlari mendapat matahari tapi takut membakar diri


Dua insan sedang bercerita..

Tuesday, November 25, 2008

Miri...Aku Kembali 3 - Catatan Gua Niah

Sehari bermalam di Miri, esoknya aku terfikir - apa nak buat di sini? Bandarayanya sudah pun khatam aku jejaki tak sampai sehari berada di sini. Gua Niah dan Gua Mulu antara tarikan pelancongan utama di Miri, selain tempat-tempat lain seperti Taman Buaya, pantai-pantainya yang cantik dan lain-lain. Sementelah, alang-alang berada di Miri teruskan saja niat suci murni menjelajah Gua Niah. Tak sia-sia aku membaca buku teks sejarah Tingkatan 1 satu masa dulu..

Sampai juga aku di sini..

Dari Senadin, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Jauh juga...Sebelum mendaki, kami sarapan pagi dahulu. Kang semput lapar dalam gua siapa nak menjawapnya. Masa sampai, Da'a pergi melapor diri dahulu. Seperti pemandu pelancong bertauliah, dia memberi sedikit gambaran tentang journey yang bakal kami lalui..jauh juga..Kira-kira 8 km perlu dilalui. Berbekalkan sebotol 100 Plus sebagai bekalan, aku meneruskan derap langkah. Ops, kena naik bot...Giler jauh....tak sampai 40 meter. Ceh!

Lubang siapa yang hangus?

Dari sini menyeberang kat sana aje..ingat jauh la sangat.

Setelah menyeberang, kami melalui trek yang telah disediakan. Ok la, dah ada laluan khusus. Aku ingatkan kena meredah belantara bawak parang tetas pokok bagai. Jauh-tak jauh, kira-kira sejam juga berjalan kaki sebelum berjumpa sekumpulan makcik berlonggok menjual air dan cenderamata. Kat sini pun ada unsur perniagaan? Yang best semuanya jual benda yang sama, dengan harga yang sama.Dasyat betul...tapi aku rasa diorang datang naik motor ataupun basikal kot..Wajanya kalau berjalan kaki hari-hari ke sini.

Semua menjual benda yang sama..

Aksi aku dan A-Tun membelasah Da'a yang tergolek

Tapi aku tak beli la apa-apa sebab air yang aku bawa masih belum luak lagi. Berlagak konon. Perjalanan diteruskan selepas take 5. Kami kemudiannya sampai di kawasan petempatan awal zaman Neolitik. Konon cerita di sini tempat mereka berdagang. Dari mata kasar, aku rasa inilah tempat tinggal diorang sebab ada bekas rumah panjang. Kawasan itu agak berlumut, tetapi bersih. Mungkin kerana pengunjung yang datang pandai buang sampah dalam tong sampah yang disediakan kot..

Macam kawasan rumah panjang aje..

Kat sini tempat mereka berdagang, katanya la..

Aku masih larat....sampailah laluan mendaki tangga bermula. Mak ai....tingginya..jauhnya...Aku mulai keletihan. Setiap kali air aku togok makin berat pula kaki nak melangkah. Sampai satu tahap, aku sanggup la kalau kawan-kawan seret aku untuk sampai ke atas. Aku tak henti-henti caci-maki diri sendiri. Orang lain sedap tengok TV makan nasi lemak. Aku pulak membuang peluh memanjat tangga meredah hutan. Menyesal tak payah cakaplah. Cuma aku tak menangis kesedihan aje he..he..

Waaa....tak sampai lagik isk..isk..isk..

Tapi bila dah sampai, perasaan menyesal itu semua hilang. Wah, aku dah sampai Gua Niah! Ramai juga manusia di sini. Ini baru dipintu gua. Belum masuk dalam lagi. Aku dimomokkan dahulu dengan cerita Da'a. Konon tahi kelawar di mana-mana dan ada potensi kelepak ke muka kami. Ah, sudah..aku tak pakai bandana. Topi pun takde apatah lagi payung. Tawakal ajelah..Memang takde setitis tahi kelawar pun singgah di rambut Sizuka ku ini..

Di pintu Gua Niah..aku rasa bersyukur dan lapang sekali

Perjalanan masih turun naik mendaki. Sekali lagi aku menyesali diri dan caci-maki diri sendiri. Kenapalah sebegini jalan yang perlu diredahi. Kalau ada eskalator kan senang..Bangang! Ini gua la yong..mana celahnya nak dapat eskalator..Nasib baik banyak berhenti ambil gambar. Da'a target perjalanan dari mula sampai keluar gua mesti kurang dari 3 jam.

Meh ambek gambar lagik..

Dalam gua Ahmad Albab..

Fosil tu apa?

Mana maunya...sessi bergambar memang melambatkan masa. Belum lagi tersandar keletihan di pondok hujung gua dan sessi menaga. Kami turun semula setelah semua aktibiti di atas selesai. Sampai di tempat menunggu bot, aku tengok jam. Wah, kita over run 27 minit...Sebenarnya kami tak sempat menaiki satu lagi gua sebab salah seorang daripada kami kena kejar masa. Flight A-tun pukul 4 lebih..jam dah pukul 1 lebih. C-A-B-U-T..

Keletihan merayau di dalam gua..baju dah boleh perah nie

Muka keletihan, tapi ada hati nak bergambar

Aduhai..tiba-tiba Gen-2 Blackie Da'a pecah tayarnya di tengah jalan yang kelilingnya hutan belantara. Aku dan A-tun jenuh menahan kereta lain menumpang simpati. Tapi yang kami dapat hanyalah hon-hon kereta lagak pelumba F1 simpanan. Mujur ada seorang Uncle yang baik hati membantu. Dipendekkan cerita, semuanya aman bahagia dan A-tun berjaya menaiki pesawat mengikut waktu yang ditetapkan..

Aku tak menyesal meredah Gua Niah. Jika ada rezeki, aku mahu ke Mulu pula..

Next entry : Sunset di Miri..

Monday, November 24, 2008

Miri...Aku Kembali 2

Kalau ikutkan, aku prefer bercuti seorang diri. Tapi disebabkan terlajak booking takde refund, maka planning bercuti di Miri terpaksa aku teruskan..Banyak yang terjadi dan sampai hari ini aku masih simpan dalam hati..Ok, abaikan.

Dalam entri yang lalu, aku ada cerita sedikit tentang Miri. Cukuplah untuk introduction. So, korang tengok gambar ajelah ya..

Menu sarapan 6.30 pagi..Selera kerbau betul
Membaca sementara menunggu kapal terbang berlepas..
Awan yang terpilus...

Ya, saya warganegara Malaysia, mak inchek..

Inilah LALAPAN...sedap, sampai nak kena makan 8 kali lagi..

Malamnya, ada SUPRISE BIRTHDAY BASH untuk kawan Da'a. Aku rasa lega sebab kehadiran aku di parti itu tidak menimbulkan perasaan yang pelik-pelik untuk kedua-dua belah pihak. Apapun, Selamat Hari Jadi buat mereka...

Punyalah sedap menu malam tu

Meh makan..sambil tengok Denise Richard-It's Complicated

Menu malam itu memang sedap dan lazat. Diorang buat pot luck..Teringat zaman ZABA buat pot luck dulu-dulu..Tapi kini dah tinggal kenangan aje..

Melihatkan kawan-kawan Da'a, aku yakin dia bahagia kat sana. Tak payahlah aku dan Areen susah-susah hati tentang keberadaannya di Miri. Ok...setelah berkenyang-kenyangan, kami melepak di Cheerie Berries. Ok la band kat situ..Lagu-lagu pun baru, evergreen dan rancak.

Kat luar CB..

Next Entry - Gua Niah...

Saturday, November 15, 2008

Miri..Aku Kembali

Sedikit teruja dengan trip aku ke Miri ini. Mungkin kerana nak jumpa my BFF Adaha..Mungkin juga sebab nak berjalan-jalan melepaskan sakit jiwa yang ada di sini. Apapun, tqs kepada Farah kerana menghantar aku ke LCCT subuh-subuh syafie tu..

Masyaallah...LCCT memang macam Puduraya!!! Ramai giler umat kat situ. Mujur destinasi ke Miri masa tu tak ramai yang nak check in. Sempat aku sarapan pagi di ruang menunggu sementara menunggu nak naik kapal terbang cap Airasia, yang mana kali kedua aku menggunakan perkhidmatan ini..

Hmmm...punyalah tak sangka. Aku satu flight dengan Mamat Khalid. Terserempak di pagi yang gelap kini mulai terang tu. Perjalanan 2 jam rasa sangat lama. Aku tak sabar nak sampai Miri plus aku mengantuk sebab semalam tak cukup tidur.

Adaha ambil di airport dengan sahabatnya. Lepas tu membawa aku meronda-ronda Bandaraya Miri yang tak besar mana, tapi bererti pada aku. Pilihanraya DUN dulu aku bertugas di Miri, masa Datuk George Chan bertanding.

Tadi aku di bawa makan Lalapan. Mak ai..sedap giler. Nanti aku akan load gambar-gambar sepanjang berada di Miri. Sekarang pulak, aku sedang membuang masa melayari internet sementara menunggu Adaha dan sahabat beliau cycling kat kampung mana ntah...Jealous nya...aku takde beskal..

***
Malam nie ada besday bash kawan Adaha. Lepas itu khabarnya kami nak ke dangdut atau pub-pub berhampiran. Esok nak pergi Gua Niah..

Wah, meriahlah holiday ini tahun. Tereng teng..teng..teng..teng..tereng teng!

Thursday, November 13, 2008

Sehari Di Kuching

Aku ke sana utk tinjauan lokasi untuk satu program yang bakal aku terbitkan. Bersama Farah dan Abang Raffei, 2 hari 1 malam di lalui dengan macam-macam cerita menjadi lipatan memori.

Flight awal pagi..Aku hampir kamjat apabila nak check in di KL Sental tiba-tiba minah yang jaga kaunter tu cakap dah close. Harap muka kau aje cantik tapi attitude dirimu memang sifar! Sepanjang 28 minit menaiki ERL aku berdoa semuanya berjalan lancar. Nasib baik dapat check in dengan mesin yang tak berapa mesra pelanggan tu...
Perjalanan mengambil masa sejam lebih...(lebih kurang) Perut yang kosong di isi dengan Roti Jala yang tak sedap langsung. Nasib aku dapat Pink Guava untuk menghilangkan dahaga. Dah sampai, kami bersembang dengan kepulan asap -Kuching hujan renyai-renyai, waktu yang indah untuk berasap!

Check in di Hotel Merlin. Ok la..dekat dengan kedai makan dan tak jauh dari shopping complex. Merayau ala kadar, makan macam tak ada hari esok dan merayau lagi. Sayangnya hujan masih tak berhenti dan hasrat ke Waterfront ditangguhkan.. Tak dapat beli apa-apa.. Cuma aku sempat membeli 5 buku motivasi untuk membina semula jiwa yang retak di mana-mana. Malamnya aku tidur bertemankan buku 'Menguruskan Masa' dan kepala otak menerawang memikirkan apa nak jadi dalam hidup aku selepas ini...


******

Pagi yang indah...Sampai jugak di Waterfront. Shopping yang amat meriah. Bukan kuih lapis, bukan Tabaloi apatah lagi terubuk masin. 12 ekor kura-kura pelbagai saiz dan warna untuk diri sendiri - hiasan di pejabat. Puas hati..meriah koleksi aku kali ini. Next time datang, aku pasti beli parang, sumpit dan hiasan dinding Pua Kumbu.

Meeting pun berjalan lancar, walaupun agak tergesa-gesa. Tak nak ulas banyak sebab agak sakit jiwa mengenangkannya. Kami di hantar ke airport dan sempat juga sedas-dua berasap di sana. Aku dah 3 kali ke Kuching, tapi kunjungan kali ini tidak begitu meninggalkan kesan. Kecuali kata-kata nasihat dari Abang Raffei yang akan aku pegang untuk memajukan diri..

Sabtu ini aku akan ke Miri bertemu Adaha. Aku nak berjalan puas-puas dan melupakan alam kerja untuk sementara. Dan aku berharap kawan-kawan di Brunei akan turun Miri untuk bertemu aku yang rindukan kalian...

Monday, November 10, 2008

The Call

I called..
just a courtesy call..
miss u call...
i'm excited kinda call.
It's been a while...

And what did i get?

I don't deserved it!?!

Fine..deleted again, for real, for good..
Where have all the kindness go?

Sunday, November 9, 2008

Moving On

Deleted things...moving on...forgetting memories and everything..
Tqs for everything...not gonna waste my energy anymore...

Saturday, November 8, 2008

Pernah Tak?

Everything is so dark...

Pernah tak rasa menyesal dengan keputusan besar yang pernah dibuat? Kemudian rasa untuk mencuba memulihkan keadaan..Kemudian kecewa lagi dan menyesal?


Kemudian cuba untuk memulihkan keadaan..Kemudian kecewa lagi dan menyesal..


Aku rasa hari ini...tapi kali aku terus menyesal dan menyesal...Semuanya semakin gelap, aku semakin lemas!

Wednesday, November 5, 2008

U Think I Can't Afford It?

Hari ini sangat meletihkan..mesyuarat sangat lama dan aku hampir beku di situ. Dan sampai petang boleh dikatakan semua penerbit sibuk menyiapkan perkara yang patut disiapkan. Beberapa kali aku melarikan diri dari dicari oleh mana-mana orang..Sampai dah tak boleh lari aku masih dengar umum mencari kelibat aku...

Aku hint Ija, moh pergi Midvalley..Aku nak beli back pack baru. Berpoya-poya ala kadar dan makan burger yang sedap di Sweet Chat. Selesaikan bil-bil yang tertunggak dan kemudian masuk di sebuah kedai yang agak terkenal..yang menjual bag kembara.

Dekat 10 minit membelek beg, aku berkenan sesangat pada satu beg yang berwarna hijau bertajuk D***** Ok la harganya....mampu membuatkan aku kopak 2 minggu. Aku padang salesperson. Dia membalas pandangan takde perasaan dan melayan budak sekolah yang sebangsa dia, yang takde potensi pun nak beli beg tu.

F*** Y** la...aku ajak Ija keluar. Dalam hati memang mencarut gaban..Ingat aku tak mampu ke. Bagus juga aku tak jadi beli beg.....Bole simpan atau beli benda lain yang salespersonnya tak seteruk tadi..

Sesat pulak carik parking..Alamak, semput aku sekejap dan kepala seakan sakit seolah serangan migrain..

Minggu ini minggu tension...dan aku tak sabar nak pergi Miri..

Monday, November 3, 2008

Kenapa?

Kenapalah, kalau diuji kadang bertimpa-timpa? Lepas satu, satu terjadi dan bakal jadi. Tapi aku percaya setiap kali adanya dugaan seperti itu, Tuhan akan memberi kurniaan lain yang setimpal dengan ujian yang diberi.

Aku dapat message menerusi Facebook tentang kisah sahabat lama yang aku sayangi, yang telah meninggal beberapa tahun lalu. Aku cuma tahu dari mulut-mulut orang, bukan dari saudara-mara atau adik beradik dia akan kisah kemalangan yang meragut nyawanya. Dia memang istimewa di hati aku...Kami berkongsi tarikh lahir, perangai yang sama dan kami berhubungan secara jarak-jauh - tanpa gagal! Jadi, Leen (sepupu arwah) menceritakan serba sedikit apa yang terjadi...

(Sebelum menerima email Leen, aku meyakinkan diri arwah sebenarnya masih ada..walaupun aku tahu cerita ini dari kawan-kawan lain..)

Setelah membaca email Leen, aku terbingung seketika. Macam jelas riak wajah dia di mata aku..Aku sedih, tapi airmata aku tahan sebab kalau aku menangis macam mana hebat pun tak merubah apa-apa.. Jauh disudut hati aku masih mengingati dia sebagai seorang insan yang istimewa. Sampaikan kalau aku dan Hadi lalu di depan rumahnya, akan aku ulang kisah yang sama berkali-kali..

****
Meeting bersama boss baru....Aku puas hati meluahkan apa yang rasa. Walaupun ada yang terasa dengan kenyataan aku, berdasarkan tepukan yang aku terima aku yakin ramai yang mahu bercakap soal yang sama. Tapi kerana sebab tertentu niat itu dibatalkan. Sementelah aku yang jiwa kusut dan panas mengambil kesempatan untuk meluahkan apa yang tersimpan.

Yang aku sakit hati, ada yang macam cuba menjaga pundak seolah-olah tak kisah situasi itu jadi. Padahal kat belakang bukan main mengomel takde job...tapi bukan aku...sepatutnya aku. Cuma aku tak dapat bersuara bagi pengacara baru sebab aku berpegang konsep 'kalau takde kena mengena dengan aku, aku tak layak cakap...'

****
Shu pulak mungkin bertukar angin....Lagilah aku tension. Habis meeting, aku bersembang ala kadar dengan jemaah mesyuarat. Terus aku turun bilik dan mengadap PC. Saat itulah aku baca email Leen.

Saat itu jugak Shu dan Ija menempel dimeja dan aku dah mula rasa emosi..Kenapa? Kenapa? Kenapa?


Setiap kali aku jumpa kawan yang serasi, ia mesti tak lama. Ok, ada time-frame sebelum 2009, kira-kira sebulan lebih untuk kami spend time together sebelum takdir tentukan pengakhiran hubungan ini. Lepas tu? Apa jadi dengan aku??

Sedihnya...dan aku masih merindui sahabat yang menarik diri kerana tarian yang dihayun tidak lagi sekata dengan irama yang berkumandang..Setiap kali aku mendengar lagu Across The Universe aku berdoa agar ada cahaya untuk satu titik kemaafan...