Friday, October 3, 2008

SPM Khas Raya

Jumaat, 3 Syawal 1429H bersamaan 3 Oktober 2008 memang Syawal yang pelbagai. Hari umat Islam berhari raya, aku antara kakitangan kerajaan yang bukan dari unit beruniform harus melaksanakan tanggungjawab sebagai penerbit rancangan.

Sayu memang sayu...kasihan saudara-mara dan kawan-kawan yang tertanya kenapakah Abbybaini begitu sukar melapangkan masa seminggu Syawal yang pertama..
Raya kedua, merangkap sehari sebelum siaran aku dan AP-AP yang tersayang masih berada di pejabat. Segala yang perlu diselesaikan kami uruskan satu-persatu. Dengan perut yang lapar nasi sebab muak dengan juadah raya, aku bersejukan dipejabat mencari lirik lagu raya yang bakal dinyanyikan oleh artis-artis undangan.

Ija, aku dan Eina..AP yang setia dan manja..

Aku dan Faezawati..Kesayangan semua artis kerana menguruskan perkara Nombor 6 :)

My best friend...Shuhaimi Mohamed

Aku nerveous giler......Siaran hari Khamis pada aku sungguh membuatkan aku risau dengan pengalaman pertama mengendalikan SPM Raya ini. Mujur pengacara yang aku pilih benar-benar aku yakini kemampuan mereka. Actually semua pengacara ok..cuma aku saja risaukan banyak perkara.
Sewaktu mula bersiaran, aku memang rasa tak puas hati. Audio punyalah suwey, TP pun macam takde perasaan dan panggilan mengarah aku memasang sesuatu yang tak indah.Bukannya aku nak ingkar, tapi berilah at least 10 minit lepas bersiaran, bila dah tenang-tenang tu suruhlah pasang apapun. Yang buat aku agak clumsy, studio tu aku tak biasa bersiaran - apatah lagi dengan susur atur yang aku langsung tak familiar. Apapun...salah aku aku admit jualah...

Aku dan Royce...Aku memang suka gile lagu 2X Cinta..

Juril (Duta) dan aku...

Rozita Rohaizad dan aku..memang sebijik Seniwati Mariani masa muda

Setelah itu, semuanya ok..Aku tak kata aku puas hati sepenuhnya. Tapi aku rasa antara 3 hari, aku lebih baik rasanya. Apapun, terima kasih kepada Ija, Ina, Kak Dewi, Kak Kinah, Bee Ling, Faezawati, Shuhaimi, Kak Zamzarina, Iesya, Hisham Salleh dan barisan artis yang terlibat seperti Eileen, Sahri AF1, Rozita Rohaizad, Kumpulan Flava, Juril (Duta), Oney (May), Royce Sa'ayan, Amelia AF3, Ibnor Riza dan para penaja yang terlibat.

Ibnor Riza dan aku...kami memang adik/abang masa ini..

Aku dan Amylea AF3..Ini kali kedua dia muncul dalam siaran aku

Sahri AF1 dan aku..Banyak kali hint peluang dan akhirnya aku jumpa peluang dan ruang yang sesuai utk beliau..

Eileen dan aku..sungguh kiut amoi ini..
Sayangnya aku tak sempat merakam gambar sepanjang bersiaran. Jangan kata ambil gambar, makan pun aku tak sempat apatah lagi lari ke tandas. Selepas habis bersiaran barulah aku berpeluang bergambar...

Antara yang terlibat..tqs a lotzzzzzzzzzz..

Dan sesungguhnya - aku tidak serik....

6 comments:

  1. Mengisi masa lapang daripada menangisi tanpa isi he..he..he..

    ReplyDelete
  2. baini
    jaga baik-baik compere en shuhaimi ni. dia bagus. dah banyak dah saya tengok kejadian lompat-melompat ni. saya ingat compere perlu diberi lebih 'kuasa' untuk berkreativiti....
    wallah wa alam
    pandangan peribadi saya sj!

    ReplyDelete
  3. betul tu..kita penat2 polish, pastu melompat ke tempat lain. Harapnya tidaklah terjadi pada Shuhaimi..

    tapi if dia lompat juga, saya anggap rezeki di padang lain untuk dia lebih hijau berbanding padang kita yang dah lama tak tebas rumput. rumput2 pulak semuanya pakat pencen umur 58...sabar aje la...

    ReplyDelete
  4. shuhaimi..selamat hari raya juga!

    ReplyDelete