Monday, September 29, 2008

ANTARA KETERHARUAN DAN KEPILUAN...

Aku memulakan hari dengan menyiapkan Agenda Mesyuarat. Hari ini, para artis yang terlibat dalam Raya Khas Selamat Pagi Malaysia datang ke RTM untuk rehearsal. Antara yang terlibat ialah Ibnor Riza, One May, Royce Sa'yan, Rozita Rohaizad, Kumpulan Flava, Shari AF1, Amelia AF3, Juril (Duta)dan Eileen. Pengacara bertuah pula kesemuanya kesayangan aku...(Cheh, pengacara mana yang aku tak sayang?) Zamzarina, Shuhaimi, Iesya dan Hisham Salleh...inilah 4 anchor yang aku harap memberi persembahan terbaik pada siaran Raya Ke-3 nanti..

Rehersal berjalan lancar..Aku lebihkan rehearsal audio kerana aku tak pernah bersiaran di Studio 1 sejak semuanya fully digitalized. Tinggi giler monitor di situ sampai naik kejung urat leher mendongan sepanjang masa. Tengah sibuk-sibuk rehearsal, Datuk KSU-Datuk Kamaruddin Siaraf membuat kunjungan terkejut. Mujur Datuk berpuashati dengan artis, lagu yang dipilih dan pengacara yang ada. Aku sempat bergelak ketawa dengan Datuk dalam kesibukan sampaikan semuanya hairan. Maklum, Datuk seorang yang garang dan tegas. Tapi aku tak buat salah..In fact Datuk memberi komen tentang beberapa aspek seperti set dan warna untuk perhatian aku. Dan biasalah, bila Datuk datang, maka secara tak sedar penuh pula galeri dengan orang itu dan ini..Ahaks!

Selesai rehearsal, aku sibuk menyiapkan goodies bag dan duit raya. Sejak seminggu ini, aku terharu amat dengan sumbangan yang berjaya kami dapat, terutama sumbangan duit raya untuk anak yatim. Aku sudah emosi sejak lama yang ditahankan. Setidaknya, ada juga serpihan pahala menggembirakan anak yatim, golongan kurang upaya dan Rumah Amal Kuang untuk bekalan aku...yang telah pun aku 'transfer' untuk arwah abah niatnya. Semoga sumbangan tak seberapa ini diterima Allah dan semoga arwah abah mendapat bias pahalanya - Amin!

***

Sudah beberapa hari juga rindu pada arwah abah seolah tak terbendung. Saban malam aku menangis sendiri selepas Al-Fatihah dikirim. Tahun ini aku dan Hadi akan beraya di Melaka. Jadi aku telah bertekad hari ini aku akan mengunjungi pusara abah di Tanah Perkuburan AU 4.

Jam 6.00 petang.....Kereta Hadi menyusur perlahan di sini jalan. Aku tahu kubur abah yang mana kerana adanya pintu pagar sebagai penanda. Masalahnya, tadi ada hampir 7 pintu pagar buatan sendiri yang membuat aku confuse. Nasib baik Aisyah menemani kami dan menunjukkan pagar mana nak masuk. Kubur abah senang diingat..Hanya 2 pusara dari pintu tadi. Itu mungkin rezeki seorang manusia yang hayatnya berkhidmat untuk masyarakat..

Salam diberi dan langkah kami sangat perlahan. Bersama Hadi, kami membaca surah Yasin dalam keadaan angin petang begitu sayu sekali..seperti memahami apa yang aku rasa. Baru beberapa baris, airmata aku gugur..terutamanya apabila perkataan BAINI aku lafazkan...Baini adalah nama yang abah dapat dalam mimpi..Baini juga dinamakan aku dan Baini juga yang membaca Yasin dipusara itu....

Setelah itu,pusara abah kami sirami dengan air yasin dan hirisan daun pandan..Persekitaran kubur abah sangat harum dan pokok tumbuh dengan mekarnya. Ya, didalamnya sisa-sisa dan tulang-temulang arwah sebagai zat untuk tumbuhan itu mekar dan membesar.Di luarnya titisan airmata aku gugur seperti gugurnya daun pandan aku lepaskan ke pusara. Seolah baru semalam arwah disemadikan dan tika itu aku orang terakhir meninggalkan dia sebelum malaikat datang menyapa.

Aku duduk bisu..mengusap batu dan membelai dedaunan yang ada. Hadi juga diam tanpa kata..Sebelum pusara aku tinggalkan, sekali lagi Al-Fatehah mengiringi. Bilakala dingin batu nesan itu aku kucup, sedingin itu juga kucupan terakhir aku kepadanya sebelum dia dikafankan..Ya, airmata aku gugur lagi tanpa syarat..

Abah, selamat hari raya...I miss u so much and it really hurt. Sepanjang Ramadhan, aku terasa kau hadir tapi yang kucapai hanyalah angin lalu...

Friday, September 26, 2008

Syukur....Syukur Teramat...


I've been blessed...
Aku sangat happy hari ini...Gembira tak terkata bercampur sedikit keterharuan dan kesebakan melanda. Mungkin kerana kejayaan mendapatkan tetamu anak yatim dan OKU dalam Selamat Pagi Malaysia Khas Raya raya 3 nanti.Walaupun tak bercuti, pengorbanan ini aku yakini berbaloi! Aku juga berjaya mendapatkan duit raya untuk anak-anak ini, selain memberi Rumah Anak-Anak Yatim Damai, Kuang tajaan yang insyaallah lumayan..Sedikit sebanyak berkat bantuan itu ada juga amal jariah yang sempat dilaksanakan dalam pada berkhidmat untuk negara...

Mungkin aku setuju, anak yatim kini mewah..tak seperti anak-anak yatim 15 tahun dulu. Banyak dapat duit raya dan keperluan sekolah selain berpeluang makan di hotel dan berjumpa artis serta kenamaan. Kalau tak kerana Ramadhan dan Shawal, rasanya tak siapa pun pedulikan mereka. Oh, bantuan persekolahan sekali sekala dicanang media..

Tapi apalah guna duit berkoyan tanpa insan bergelar ibu dan bapa. Aku sendiri andai diberi peluang memilih, pastinya aku pilih bersama mama dan arwah abah walaupun rezeki dunia tidak semewah mana. Untuk itu aku tak pedulikan sangat berapakah duit raya yang wajar mereka dapat. Kalau banyak, itu rezeki mereka..kalau sikit, aku sedaya upaya top-up. Dan aku yakin dalam minda mereka keberadaan ibubapa lebih bermakna dan membawa kesan berbanding makan malam dengan artis yang tak tentu tegur mereka kalau jumpa di pasar malam, di bawa ke jamuan makan sana dan sini.

Hmmm...apa yang penting sekarang ialah memastikan pengisian program hari itu meninggalkan memori manis untuk semua.

Aku melayang lagi di langit ke-7..bernafas di bumi tuhan....mampir di daerah ini dan jiwa bersarang dengan emosi....

Thursday, September 25, 2008

Semalam & Hari Ini Kisahnya...


Senja yang tenang dan mendamaikan...

Semalam, kakak telefon...Agak larut juga sebab yang aku ingat aku sedang membasuh pinggan selepas malamnya mengisi masa berkaroke dengan Areen. Dia mengkhabarkan kisah 'seseorang' yang lalu depan rumah kami seolah-olah mengintai isi rumah yang ada. Kebetulan Aisyah sedang mengemas rumah depan dan perasan dengan pelakuan 'seseorang' tadi. Tapi adik aku itu hanya berlagak biasa sahaja tanpa mempedulikannya. Dua hari sebelum itu, mama, kakak dan adik-adik terserempak dengan 'seseorang' ini di Wangsa Maju. Sekali lagi mereka buat tak reti saja..

Agaknya, kenapakah akhir-akhir Ramadhan ini peristiwa terserempak ini sering terjadi. Ikut instinct aku, kukuh mengatakan 'seseorang' telah menyesal dengan tindakannya dan mahu memohon maaf pada mama. Aku yakin, beberapa hari lagi 'seseorang' akan memberanikan diri menjejak rumah kami yang lama tak dikunjungi sesiapa, melainkan penghantar surat dan peminta sedekah jua adanya.

Kakak memang panas hati dengan 'seseorang'. Aku faham...tapi aku tak suka mengeruhkan suasana. Kata kakak, 'orang macam gila talak...tak dapat tengok orang, bumbung rumah pun jadi.' (Bumbung rumah tu baru aku repair dan buat awning dengan menggunakan separuh duit tanah, dan separuh duit aku..)

Tambah kakak lagi..'nasib baik bawah bumbung tu ada kereta putih..(BMW baru milik adik aku..) Baru dia tahu kita nie boleh hidup tanpa dia...'

Ish..emosi berapi..Minggir! Minggir!!

Sebelum kami mengakhiri perbualan, kakak meminta aku menghubungi mama untuk keterangan lanjut :)
****
Pagi tadi, tak sempat pun aku telefon, mama melayangkan satu SMS. Dia bertanyakan pendapat aku untuk menjaga kakaknya yang telah buta. Mendengarkan cerita kenapa dan mengapa Mami (panggilan aku pada kakak mama) jadi begitu, aku memang terasa sebak. Dan Tuhan, elakkanlah kami adik beradik menjadi anak yang tidak bertanggungjawab dan mendapat nasib yang sama. Aku setuju...tapi sempat aku memberitahu mama apa yang perlu dilakukan sebelum dia benar-benar nekad dengan keputusan itu. Aku aku berharap Mami akan duduk dengan kami..

Dan aku tanyakan kisah 'seseorang'....mama tergelak kecil. 'Betullah kita nie hero hindustan....kebenaran dah terbukti'
Menzalimi anak yatim dan ibu tunggal, hati mesti tak tenang...

Sudahlah....aku mengharapkan yang indah-indah belaka. Mengharapkan 'seseorang' berani mengaku kesalahan dan memohon maaf pada Mama dan kakak. Mengharapkan Mami akan duduk dengan Mama supaya kami adik-beradik senang memantau..

Untuk diri aku..aku mengharapkan kehidupan dengan Alhadi kekal abadi.

Wednesday, September 24, 2008

Bila?


Aku memerlukan sedikit masa untuk digest apa yang telah terjadi. Seingatnya, takde satu ungkapan MAAF yang terlantun saat aku bertanyakan apa yang membuatkan dirinya tiba-tiba dingin. Yang ada hanyalah menyalahkan batu, paku dan kayu. Oh, ya...menyalahkan manusia yang membuatkan emosinya kusut..
Aku meneruskan kehidupan macam biasa. Oh, dia mula ketawa apabila aku berlawak setempat dan dia bergaul dengan aku seolah tiada apa pernah terjadi. Aku ibaratkan macam belon gam 10 sen yang aku beli di Syarikat Sulaiman. Bila tiup, ia kembang dan kemudiannya meletup. Sebabkan ianya gam, bila dipicit ketat dia bercantum kembali dan bila kita tiup, belon itu masih berkembang..Walaupun ternampak juga retakan yang cuba mengelabui mata pihak lawan. Kesan itu ada!
Dan kemudian mahu membawa aku ke sana dan ke sini..Plan yang aku abort saat aku mulai sentap dengan pelakuannya.Oh, plan tu ON rupanya...I see..
Kali ini aku tak terus bersetuju..
Aku tahu kenapa semua orang tak sukakannya..Tapi aku ignore semua itu sebab pada aku mungkin orang tak mengenali dia sedalamnya..Aku kenal dan kemudian aku tahu..Biasalah, akukan lambat insaf..
Bila la dia pulak nak insaf?

Tuesday, September 23, 2008

Panggilan Ameera Yang Mengganggu...


Aku sedang menggodek handphone baru buatan China yang baru dibeli semalam. Sekonyong-konyong, ia bergetar dengan kuat dan SMS dari Ameera, adik yang bongsu meminta menelefon dia semula..

Hmmm...hati aku berdetak kencang..dalam hati hanya mengagak satu benda yang ingin dia mengadu..Instict begitu kuat, seperti mana yang Prof. Dr. Muhaya terangkan pada aku dan Shuhaimi selepas habis siaran tadi..

Tepat telahan aku...Ameera menangis telefon memberitahu dia rindukan arwah abah. Dia terserempak seseorang yang seiras arwah. Serentak airmata aku gugur tanpa esakan dan nada suara masih normal menenangkan dia..Padahal aku sebak di mana-mana...Tak ada sehari pun aku lupakan arwah dan Fatehah satu kewajipan sebelum aku pejamkan mata..Mujur iklan raya beberapa tahun lepas dari sebuah syarikat gergasi tidak ditayangkan lagi kerana pelakon itu memang seiras arwah, terutama semasa scene dia menyalakan pelita..

Setelah itu, apa yang Prof. Dr. Muhaya nasihatkan aku tadi terus terngiang-ngiang ditelinga dan di minda. Selepas ini akan aku catatkan apa yang aku mahu dalam hidup, pada satu kertas. Dan salah satu darinya agar hubungan persahabatan antara aku dan seseorang pulih kembali. Kerana instinct aku kuat mengatakan dia mengingati aku..Ya, dan aku juga begitu. Dan bulan sebenarnya bisa ngomong!

Begitukah Kesudahannya..

Seseorang pernah berkata kepada aku - 'dalam dunia ini bila susah hanya kawan-kawan yang akan membantu. adik-beradik jangan harap.....' Pasal harta, hubungan adik-beradik boleh berantakan tak kisah walaupun berapa nilainya..

Melalui episod keluarga aku dituduh macam-macam kerana harta sekangkang kera memang menyakitkan hati dan jiwa. Sampaikan aku bergolok-gadai mendahulukan apa yang ada demi menjernihkan suasana dan membuatkan mama tak runsing. Mujur nilai itu masih mampu aku cekau dikit demi dikit..Kalau mencecah ratusan ribu rasanya mahu 10 tahun baru selesai hal pembahagiannya..

Aku masih ingat....Aku, mama dan famili kakak bertemu Pak Long di sebuah taman permainan berdekatan Balai Bomba Batu Gajah. Kami hanya mahu berjumpa Pak Long sahaja untuk menyelesaikan pertelingkahan famili ini. Oleh kerana aku yang mendahulukan semuanya, aku mohon aku sendiri menjadi jurucakap supaya apa yang terbuku dihati semuanya dihambur keluar..Sebelum wang aku serahkan, aku tegaskan tiada lagi perkara berbangkit antara kesemua keluarga dan aku tak kisah apa nak jadi dalam hubungan dengan adik-adik arwah abah ini.

Kami kemudiannya bercuti semalam di Cameron Highlands untuk menyejukkan hati dan badan yang mulai lega - hal tanah selesai. Sempat kami meramalkan apa yang akan terjadi antara keluarga belah mereka pula..

2 hari lepak mama mengkhabarkan sesuatu..Kini mereka pula berantakan. Aku tak tahu nak rasa gembira atau rasa sedih. Aku cuma ada rasa lega sebab keluarga aku tak lagi bersangkutan dengan episod pergaduhan mereka. Hari itu, aku tahu aku menjadi hero/heroin hindustan - kalah dulu menang kemudian.

Oh, dan aku yang dahulunya dicap sebagai kurang ajar dan keras kepala menjadi sanjungan atas apa yang aku buat..

Monday, September 22, 2008

Sabak Bernam & Memori...

Apabila Alhadi memberitahu dia ada majlis berbuka puasa di Sabak Bernam, aku terasa macam nak ikut. Bila dia kata dia nak aku ikut, melonjaklah aku yang dah lama tak ke sana..Terus teringat semua kenangan yang pernah aku kutip semasa aku berusia 12 tahun. Aku mewakili Selangor dalam pertandingan bola tampar dan hampir sebulan aku duduk di sana. Semasa aku berusia 17 tahun pula, aku berada hampir 2 minggu di sana. Seminggu di Kem 502 dan seminggu di Kampung Baru Nelayan untuk program anak angkat. Maka Sabak Bernam memanggil-manggil aku ke sana layaknya..

Aku tahu jalan ke sana melalui Sg. Buloh. Tapi tiba-tiba aku terasa ingin mencuba ikut highway..keluar di Ulu Bernam / Sabak Bernam exit dengan harapan mungkin lebih dekat. Giler babi jauh...entah jalan mana-mana kami lalu. Tapi jalan itu sangat kosong dan pemandangannya quite cantik juga. Jadi kami sempat bergeli-geli dalam kereta dan menikmati keindahan alam semulajadi.

Cadangnya nak cari hotel di Sg. Besar atau di Sabak Bernam. Memandangkan tempat yang kami tuju D' Muara Park Marine Resort itu merupakan tempat bercuti, jadi kami memilih untuk bermalam di sana. Ok la...memang cunz habis untuk berbulan madu tanpa halangan. Sepanjang Hadi berbuka puasa, aku melepak dibilik sambil melayari internet walaupun servis Maxis macam puaka kat sana.

Permandangan sekitar chalet..

Bergambar sendiri..

Dari luar beranda chalet...best giler!


Semalam di sini, terasa tenang sekali...jauh dari masalah dan yang ada hanya kami. Tak bercerita sangat sebab sibuk meronda-ronda Sg. Besar di waktu malam. Banyak pasar juadah dan tapak karnival yang menjual pelbagai persiapan raya. Satu yang aku kecewa, makanan di sini tak berapa lazat walaupun harganya lebih kurang kat KL jugak.

Ingatkan nak berurut, tapi kami terus balik sebab aku nak mencari Kg. Baru Nelayan, rumah mak angkat yang tak pernah aku kunjungi sejak 10 tahun dulu. Ya, aku jumpa tetapi terlalu takut nak singgah. Satu sebab aku tak ingat namanya apa..dan dua sebab kami nak singgak ke Kuala Selangor pula. Sabak Bernam aku tinggalkan dengan perasaan bercampur-baur..Sempat membeli jagung dan mangga sebelum meninggalkan daerah ini..

Reasonable juga harga nak berurut...

Menggulung rokok...

Selang sejam kemudian, kami sampai di Kuala Selangor. Bukit Melawati....itulah destinasinya. Kami tak dapat bawa kereta naik ke atas kerana pada hari minggu, pelawat harus menaiki keretapi yang disediakan. Setelah membayar RM2 sekepala, kami dibawa meronda-ronda sekitarnya..

Banyak giler binatang ini..Ini antara yang paling statik..Yang lain berkeliaran

Bergambar di keterangan Rumah Api

Aku sangat sukakan percutian kali ini...Bukan kerana ianya dekat dan sedikit murah..Tapi lebih kepada perasaan yang aku rasa setiap kali aku melintasi tempat yang pernah aku kunjungi satu masa dulu..Dah besar rupanya aku... :)

Wednesday, September 17, 2008

Perempuan Tua Yang Keji

Aku berjumpa dengan seseorang malam tadi. Kami bersembang dengannya tentang seorang perempuan tua yang kategori keji. Keji macam mana, biarlah hanya aku dan yang bercerita saja tahu..

Aku kenal perempuan tua itu...dia tak kenal aku tapi ada possibility aku akan jumpa dia di mana-mana sebab dunia ini kecik. Aku juga pernah mengenali seseorang yang mengenali perempuan tua ini..

Apa yang hebat sangat yang orang nampak pada dia? Hebat sangatkah mandrem yang dia ada sampai terbuta mata orang melihat kelibatnya yang mempunyai payu dara lagak size E yang separuh bocor?

Aku pernah email kisah dia pada kawan aku itu..Tiada reaksi...tiada apa. Pelik....selalunya kami bersembang semua cerita, bergosip rumahtangga itu ini dan kisah Datuk K.A.M.B.I.N.G A.E.I.O.U dan Datuk-datuk lain. Tapi bila perempuan ini dia diam...

Kini aku faham kenapa...Aku tahu ada yang menganggap duit adalah segala-galanya...Oh, dan seks it's a must..

Donia...Donia..

As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let u down probably will.
U will have your heart broken probably more than once and it's harder every time.
You'll break hearts too, so remember how it felt when yours was broken.
You'll fight with your best friend.
You'll blame a new love for things an old one did.
You'll cry because time is passing too fast and You'll eventually lose someone u love.
So take too many pictures, laugh too much and love like you've never been hurt because every 60 seconds you spend upset is a minute of happiness you'll never get back.
Don't be afraid that your life will end, be afraid that it will never begin.
The End Is Very Near..

Tuesday, September 16, 2008

Bercakap Dalam Hati..


SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

Masa siaran, aku terdiam apabila playback Ungkapan Emas di pasang.
'Sebuah analogi yang baik seringkali bernilai sama dengan tiga jam perbincangan' - James T. Mc Kay
Macam mana kalau tiada perbincangan? Main pukul rata aje..Dan bagaimana analogi itu hanya berdasarkan beberapa catatan SMS aje.

Ada yang pernah berkata 'selalunya apa yang tertulis dalam SMS adalah apa yang benar-benar kita maksudkan, sebab itu ditulis dari hati'. Really? Kalau aku dipertikaikan bagaimana pula pihak kedua? Aku boleh mempertikaikan macam-macam. Tapi sebaliknya dengan kebodohan aku meminta maaf pula. Maaf yang aku maksudkan tapi tak bermakna.

Bagaimana dengan lahiriahnya manusia yang tidak gemar bercakap? DIAM AJE...cakap dalam hati dan cakap dengan dinding lebih mudah.Aku nak cuba jadi manusia tu.

Atau manusia yang mudah sentap? Baru cakap sikit dah moncong todak sampaikan mood aku pun terbang jugak?

Jadinya analogi tetap bersifat analogi.

Memang siooooot sangat..aku nak diam dan hanya diam...
Tetap diam..diam...diam....
Dan bercakap dalam hati dan dengan papan kekunci....
Dan bercakap dalam mimpi...

Lebih mudah dan tak menyakitkan sesiapa. Sepantas suntikan di punggung. Cepat tapi berbisa.

Kadangkala aku rasa baik aku tak buka hati untuk sesiapa kalau kesudahannya yang aku dapat hanya cedera...

Aku hanya ada diri aku....seorang, sepi dan menjauh...........

Monday, September 15, 2008

Copy & Paste Punya Hal..

Banyak kawan aku jadi PR. Antara yang paling hebat Aziz la kot..sebab yang lain tu aku tak berapa keep in touch. Aku juga ada kemahiran PR yang bagus, cumanya minat pada penyiaran lebih mendalam..

Salah seorang kawan aku, menjadi PR disebuah syarikat yang sentiasa berhubungan dengan orang ramai. Jadi menjelang musim perayaan ini, ramailah yang datang RTM untuk mempromosikan apa-apa yang patut. Nak dijadikan cerita, aku berurusanlah dengan sahabat ini..Tapi disebabkan aku mempunyai 2 AP, maka selayaknya berurusanlah dengan kakitangan aku itu. Mungkin kerana dia juga mempunyai orang bawahan maka berurusanlah mereka tanpa kami merendahkan kebolehkan berkerjaya masing-masing.

Satu faks singgah dimeja aku. Untuk rancangan Malaysia Hari ini, bertarikh 16 September 2008 dan itenary lain yang takde bersangkutan dengan RTM. Aku hati sudah panazzzz...Nampak sangatlah copy & paste soalan yang sama tapi terlupa nak tukar nama penerima.

Terus aku capai marker, bulatkan kesemua kenyataan di atas. Dan aku titipkan kata-kata rindu diangin lalu - SAYA RASA TUAN SALAH FAKS.TQ dan cop rasmi nama aku dan re-faks pada mereka`.

Yup..kemudiannya dia telefon dan mohon maaf atas kesilapan teknikal itu.Biasalah..kadangkala aku pun terkhilaf dalam membuat kerja.

Tapi kesilapan itu walaupun kecil membuktikan sesuatu yang kome boleh digest sendiri. Ibaratnya macam masuk KFC tapi nak beli Big Mac!

Hormon ini betul-betul menduga.....

Hari Yang Sia-Sia..



Ahad semalam terasa singkat..sangat singkat sampaikan aku rasa Sabtu berlalu dengan sia-sia. Tanpa pengisian, tanpa makna dan tanpa apa-apa. Yang ada hanyalah rasa benci yang menggila, dendam yang tak berkesudahan dan penyesalan kerana mengikat diri menjadi komited.

Ahad semalam ada suka. Aku membawa kakak dan Aisyah membeli baju raya. Jenuh berjalan sekitar Wangsa Maju, kesudahannya aku tersadai juga di Giant Taman Permata. Baju yang cunz giler tapi sedikit mahal, kali dengan 3... Ok la...semua puas hati.. Dan aku pun terasa puas hati sebab agenda membeli baju kurung/raya cantik hanyalah setahun sekali. Baju lain yang banyak dalam almari hanyalah T-Shirt percuma pemberian RTM dan juga cenderemata agensi-agensi yang menjadi tetamu rancangan aku. Ada la baju cantik satu dua..yang aku tak tahu bila nak pakai sebab tak kena dengan jiwa.

Agenda itu sepatutnya terisi pada Sabtu..supaya Ahadnya aku dapat merehatkan diri sepenuh masa sambil melayari internet..itu pun kalau modem tak kena rembat. Tapi Sabtu itu sungguh celaka...celaka amat sampai aku menyesali memilih apa yang aku ada..

Hidup ini penuh dengan penyesalan....Dan aku sangat letih untuk merancang semuanya sebab tanggungjawab itu membuatkan aku rebah dan mula bertanya pada alam. Kenapa pilihan yang aku buat memakan diri dan mengapa bunga yang disiram bertahun tidak berkembang seperti bunga dilaman orang? Mengapa buah yang di tanam bertahun-tahun tak kunjung masak dan kenapa otak sepatutnya cerminan pendita hanya setaraf budak sekolah menengah bawah?

Sesungguhnya, bukan kehilangan yang aku tangiskan. Bukan kebodohan yang aku marahkan. Statik di takuk yang sama, lari 400 m padang yang sama, umur 15 tahun, oh-banyak lagi! Mungkin sebab itu aku sudah tak sudi mendengar alunan Mp3 lagu yang sama dari komputer riba yang dibeli dengan duit claim outstation..

Aku pun tahu apa jawapan untuk apa yang aku alami..Buat tak reti dan menjadi pemerhati. Untuk sekian kali, aku berazam dan aku masih gagal menusuri paksi yang sama. Sebab apa?Kerana aku benci menanti artikek yang tak siap dengan pelan pembangunan. Aku benci menunggu dan merancang.....Sudahnya, aku design sendiri walaupun aku lulusan Penyiaran!!!!

Jangan tertanya kerana jawapan aku hanya diam. Jangan minta maaf kerana aku dah jelak!

Aku letih sebenarnya..dan masih terasa sakit di mana-mana. Terasa ingin pergi jauh...seorang diri. Di satu negara yang ramai kawan, ramai saudara..dan yang paling penting, mereka yang menghargai aku sebagai manusia...

Tuesday, September 9, 2008

Aku & Datuk Ali Rustam

Aku & Datuk Mohd Ali Rustam

Sebaik sahaja selesai pembentangan Bajet 2009, aku tahu seminggu selepas itu kami akan membincangkan isu itu secara berterusan dalam siaran Selamat Pagi Malaysia (SPM). Seminggu pertama semuanya berjalan lancar. Sampailah minggu selepas itu kami digalakkan untuk membuat isu sekitar Bajet 2009. Dalam kepala otak aku masa itu hanya satu - jemput Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ali Rustam untuk membincangkan bajet 50 juta Tapak Warisan Dunia yang akan diberi pada Melaka dan Georgetown.

Secara peribadi, aku sangat mengagumi beliau yang pada aku banyak memajukan Melaka seperti yang kita lihat hari ini. Kali pertama aku ke Melaka, satu benda yang aku kagum ialah lampu isyaratnya yang ada 'countdown'. Lepas tu baru banyak tempat lain yang ikut..Datuk Ali juga merupakan alumni Malacca High School, seperti Alhadi. Setiap kali budak-budak MHS reunion, nama Datuk Ali tak pernah lekang dari mulut mereka.

Pengacara tadi ialah Shuhaimi dan Sayed Munawar. Kali pertama aku gandingkan mereka berdua, aku tahu aku tak akan mempunyai masalah mengemudi siaran. Memang siaran pagi tadi memuaskan hati aku...Mungkin kerana mood masing-masing ceria dan pengacara yang suka menyakat antara satu sama lain. Yang buat aku tergelak besar, kedua-duanya saling 'berebut-rebut' untuk menemubual Datuk Ali. Tapi aku memilih Shuhaimi sebab dia merupakan 'anchor' untuk hari Selasa.

Diskusi yang sepatutnya mengambil masa 20 minit terasa singkat. Ini kali ketiga aku bersiaran dengan Datuk Ali. Selalunya akan 'under run' sebab Datuk bukan orang yang penuh dengan kata-kata. Beliau banyak bekerja dari bercakap. Beliau juga bercakap dengan fakta yang disokong dengan bukti-bukti - bukan cakap kosong!

Tapi tadi tidak! Aku terpaksa tambah 10 minit sebab pemanggil menderu-deru menelefon studio. Yang uniknya, tiada satu pun warga Melaka yang berjaya menembusi talian. Semuanya dari luar Melaka yang kagum dengan pembangunan yang ada. Apabila membicarakan masa depan negeri Melaka, Datuk penuh semangat.... Aku terasa seronok mengendalikan siaran pagi tadi. Dan kebanyakan cadangan pemanggil rupanya sudah ada perancangan untuk dilaksanakan seperti menambah tempat letak bas pelancong, cable car dan lain-lain..

Sebagai penerbit, aku merasakan Shuhaimi berjaya menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang. Tak kisah kalau ada kipas kebas lain yang tak puas hati. Sebagai penerbit, aku tahu yang mana terbaik untuk rancangan aku.

Apapun, terima kasih Datuk Ali atas kelapangan masa untuk siaran tadi..

Monday, September 1, 2008

Abbybaini & Alhadi Bercuti Di Hatyai

Hadi sudah pun selesai kursus 7 bulan…aku sangat happy. Lepas ini dapatlah kami menumpukan perhatian kepada kehidupan berkeluarga selain merancang menambah bilangan keluarga tanpa halangan… Apapun, aku tetap mahu bercuti. Hadi habis kursus 23 Ogos..bermakna kami ada kira-kira 7 hari sebelum Ramadhan tiba. Nak pergi mana ya? Kalau ikut aku, nak pergi Brunei. Dapat juga berjumpa sahabat-sahabat kat sana. Tapi sayangnya Hadi takde passport lagi..dan harga tiket juga agak mahal sementelah aku kena berjimat-cermat kerana kos hidup semakin mencengkam.

Jadi Jumaat lalu Hadi sempat buat passport. Ingatkan lepas Solat Jumaat bolehlah terus gerak. Tapi passport plak siap pukul 3.00 petang. Makanya aku terus ke pejabat dan menyaksikan pembentangan Bajet 2009 bersama Abang Sayed Munawar dan Hadi menguruskan hal-hal lain. Oh ya…kami bercadang untuk ke Hatyai, Thailand. Kalau jadi, ini adalah kunjungan kali ke-3 aku ke sana dan kali pertama Hadi ke luar negara..


30 Ogos 2008

Jadi pagi Sabtu seawal 10.00 pagi kami bertolak dari Taman Petaling menuju ke Bukit Kayu Hitam. Hadi bawa kereta slow and steady..Tak perlu terkejar-kejar kerana ini roadtrip pertama kami. Kami singgah di Restoran Jejantas Sungai Buluh untuk bersarapan pagi. Kalau ikut tekak, aku nak makan sate Hj. Samuri tapi pekerja dia punyalah berlagak. Kedai itu rupanya bukak pukul 12.30 tengah hari…Eh, bukan 24 jam ke??Jadi kami makan Burger King saja..


Perjalanan diteruskan setelah kami selesai sarapan. Dalam hati aku masih tak certain..Betul ke nak ke Hatyai naik kereta nie? Kata orang, kalau banyak sangat halangan baik hentikan niat nak berjalan jauh. Itu petanda…Tapi aku nie tak berapa nak percaya ramalan ala-ala Nostradamus ini.


Di sekitar lebuhraya kawasan Bukit Beruntung, Hadi bawa kereta dilorong paling kiri. Perlahan, tapi takdelah sampai menyusahkan trafik. Di sisi jalan berhenti sebiji lori membawa kelapa sawit. Rasanya macam terlebih muatan..Tak semena-mena lori itu meluru ke lorong paling kanan dan membantai sebiji Viva Kelabu. Viva tu pulak menghentam kereta Perdana depannya. Berpusing-pusing Perdana tadi cuba mengelak divider. Viva tu remuk teruk..tapi aku rasa pemandunya tak cedera parah.

Di lorong tengah pulak ada kereta Iswara merah yang terus putar stereng ke kiri yang hampir
menghentam kereta kami. Mujur Hadi sempat memecut dan mengelak kelapa sawit yang bertaburan. Aku dah panik….Nak berhenti ke? Hadi teruskan perjalanan sebab menerusi pengamatan kami, dah ramai saksi yang berhenti dan mendapatkan bantuan. Lagipun perjalanan kami masih jauh. Dalam hati ini, adakah ini petanda untuk kami batalkan niat bercuti? Hadi meyakinkan aku..Insyaallah ok..

Kami berhenti di Tapah sebab Hadi sudah mula keletihan. Kemudian kami berhenti di Sungai Perak untuk mengisi minyak dan yang terakhir kami berhenti di Gurun untuk mengisi perut. Jam sudah pukul 4.45 petang dan aku agak sekitar 6.00 petang harus sampai di Danok.
Di kawasan bebas cukai The Zone, kami tukar duit dan Hadi membeli insurans kereta. Aku masih rasa tak sedap hati..Tak tahu kenapa. Apa lagi la yang tak kena..

Kami tak dibenarkan membawa kereta sebab kereta itu atas nama abang Hadi..Pulak…….
Aku dah malas dah..menyampah pun ada. Sakit hati pun ada. Baik lepak Penang borong DVD pun best juga. Option terakhir kami ialah menaiki teksi. Di The Zone, memang banyak teksi sapu. Untuk ke Hatyai, standard RM 50. Ok la…sebab dari Danok ke Hatyai agak jauh dan hujung minggu. Pakcik teksi itu bernama Bong Sod. Bong Sod membawa kami berjumpa dengan agen pelancongan di Hatyai. Aku rasa, agen pelancongan di Thailand menjual baucer hotel dan mendapat komisyen dari situ. Masa aku ke Hatyai beberapa bulan lalu, rate hotel sekitar 500 bhat@RM 50. Jadi bila hujung minggu aku bajet antara 1000 bhat – 2000 bhat sahaja.

Semasa berjumpa dengan agen terbabit, Sam, kami ditawarkan menginap di Hotel Grand Plaza yang terletak ditengah-tengah bandar Hatyai dengan harga 1000 bhat @ RM100. Ok la tu…aku ingat mahal sangat ke. Kalau mahal memang aku ajak Hadi balik Malaysia malam tu jugak. Kami sempat membeli tiket penonton Tiger Show yang kononnya hebat sangat..he..he..he..Kata Sam, jika kami mahu extend di hotel itu harga untuk esok cuba 780 bhat @ RM78 sahaja
So..kami di hantar ke Hotel Grand Plaza, masih dengan teksi Bong Sod.

Waktu Thailand yang lewat 1 jam dari Malaysia membuatkan malam di Hatyai terasa panjang sekali. Kami mandi dahulu kerana pukul 9.00 malam Sam akan mengambil kami untuk ke lokasi Tiger Show. Di Hatyai memang mudah mencari makanan halal. Kami makan di Restoran Rahman sambil siaran TV memancarkan mogok warga Thai terhadap Samak..



"Iklan Air Mineral Siam.."

Jam 9.00 malam..aku dan Hadi sudah menunggu Sam di lobi hotel. Aku tak pasti sama ada mahu semalam lagi di Hatyai ataupun pulang sahaja bercuti di Penang. Takpe..tengok keadaan dahulu. Sam membawa kami ke Hawai Club...kononnya Tiger Show di sini antara yang hebat berbanding tempat lain di Hatyai. Ramai gile orang Malaysia kat sini..kebanyakannya Cina dan India. Orang Melayu ada juga...tapi tak berapa ramai. Kami menunggu hampir 30 minit kerana show pertama belum berakhir..Aku dah mula menguap..Tapi keinginan nak berseronok itu membuatkan aku tahan aje biji mata yang dah nak layu nie..

Setelah berebut-rebut, aku dan Hadi berjaya mendapat seat yang ok la..dekat dengan DJ dan nampak ruang pentas. Tiger Show.......? Kecewa! Takde apa yang best melainkan beberapa gadis yang baru nak naik tergedik-gedik menari setempat. Tetek pun macam ada tak ada aje..Ada la aksi ala-ala geli geleman tapi tak berahi pun. Cuma ada satu dua yang mengancam..tapi tak mengujakan. Antara aksi yang diorang buat ialah mengeluarkan razor blade berangkai-rangkai dari Cik Pot mereka, menembak belon dengan Cik Pot dan juga memainkan alat muzik tanpa irama dengan Cik Pot yang tak cun langsung!

Paling aku meluat, aksi-aksi foreplay yang konon-kononnya berahi la..Tapi melihatkan pelakon porno lelaki yang tak handsome dengan perempuan tak cukup matang. Eiiii, geli betul! Jangan tak tahu..dalam aksi Tiger Show ini yang paling best ialah pertunjukan ular tedung dan silap mata yang boleh aku tengok kat Malaysia aje. Kesimpulannya, Tiger Show memang hampeh geduak!!

Show habis sekitar 11.00 malam..Punyalah sial, Sam tak datang ambil kami. Nasib baik tut-tut banyak..Itupun daripada harga standard 20bhat kami kena charge 30 bhat satu kepala. Memang la RM1 aje beza..tapi aku memang anti manusia mark-up macam nie..Takpe la..memang nasib pelancong kena ketok aje. Nanti kalau negara tu orang tak pergi, baru kome rasa!

Sampai saja di hotel, aku terus monyok...benci kena kelentong satu hal..Sakit hati kat agen tu pun ada jugak. Babi betul...boleh dia blah macam tu aje. Aku dah malas nak guna khidmat agen untuk melanjutkan percutian kami. So, kami tanya pada receptionist, berapa rate untuk esok. 780 bhat...seperti yang dikatakan oleh Sam. So, tak payah guna lahanat tu pun tak apa..

Oleh kerana mata masih belum layu, Hadi mengajak aku berjalan-jalan melihat suasana malam di Hatyai. Ikut hati rasa nak pergi urut pun ada. Sebelum itu, kami sempat recce Hotel Indra, 2 blok dari Hotel Grand Plaza. Rate untuk esok cuma 500 bhat dan teksi balik ke sempadan pula 600bhat. Hmmm....ada jugak pilihan buat kami..

Kami kemudiannya pergi berurut. Di Hatyai banyak tempat urut. Harga pun lebih kurang sama. Urut badan satu jam cuma 200bhat@RM20 sahaja. Yang aku pelik, urut kaki lebih mahal iaitu 480bhat satu jam. Aku mencuba urut Thai..Pergh....!! Memang sedap sampaikan aku tertidur kesedapan. Selepas berurut, kami balik hotel dan aku tidur dengan lena....zzzzzzzzzz!!!

31 Ogos 2008
Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-51 dan kami masih di Hatyai. Aku bangun dengan penuh kesegaran. Confirm...urutan semalam berjaya menyelesaikan masalah keletihan yang aku alami. Sekali lagi kami bersarapan di Restoran Rahman. Tokei kedai tu pun dah mula cam muka kami berdua yang asyik order menu yang sama...

"Coke Secawan..."

"Menu Yang Lazat.."
Selepas makan, kami balik ke hotel dan terus ke counter untuk memberitahu kami nak stay satu malam lagi. Punyalah sial....dia mintak 900bhat dengan alasan hari tu hari Ahad, ramai orang. Padahal semalam dia cakap 780bhat aje. Boleh blah....kami terus check out dan check in di Hotel Indra yang kami recce semalam. Selesai satu masalah. Kalau korang pergi Hatyai, jangan layan sangat kehendak diorang yang mengarut. Blah aje sebab diorang saja nak tengok diorang boleh makan kita ke tak..Lagi satu, kalau hotel nak simpan passport anda, jangan bagi. Letakkan 500bhat sebagai deposit. Kang diorang jual passport tu sia-sia aje..


"Hatyai Waktu Tengah Hari"

Lepas check in, kami meronda-ronda jalan kaki di pekan Hatyai. Pekan tu sibuk macam kat Penang. Aku mencari-cari kat mana ada kedai yang menjual peralatan seks. Menurut cerita yang aku dengar, macam mudah sangat nak dapatkan benda-benda tu di sana. Tapi aku tak jumpa pun...yang ada hanyalah vibrator...Oleh kerana panas sangat tengah hari di sana, kami mengambil keputusan menonton wayang filem Thailand, 'The Coffin'. Ok la ceritanya..tengah-tengah posing bergambar, aku kena sound dengan security sebab tak boleh ambil gambar. Eeei, teruknya!


'The Coffin"
Selepas menonton wayang, kami berlegar-legar lagi di pekan Hatyai. Ish..tak puas hati rasanya. Aku nak tengok juga kat mana ada jual aksesori kinky yang dinyatakan. Setelah penah berjalan, kami berhenti di satu kedai yang ada menjual vibrator. Dengan mulut yang takde insurans, terus aku tanya 'takde dildo ke?'

Jeng..jeng..jeng...terus salesgirl tu tinggalkan aku dalam 10 minit. Dia datang kembali dengan beberapa peralatan yang membuatkan aku dan Hadi berpandangan sesama sendiri. Mahal juga..berapa? He..he..he....rahsia! Kami tak beli pun.......he..he..he..

"Menanti salesgirl dengan penuh debaran.."
Hampir jam 4.00 petang, kami balik ke hotel. Cuaca macam nak hujan..Aku dah letih sangat-sangat dan memang nak tidur pun.Sungguh...aku tak ingat apa. Tertidur macam dah lama tak jumpa bantal...

Malamnya sekali lagi kami makan di Restoran Rahman. Ingatkan nak tengok pub dan bar lain selain Hawaii. Tapi rasa malas pulak..So lepas makan, kami membeli beberapa ekor udang galah gorang untuk di makan di dalam bilik.

'Hotel Indra'
1 September 2008
Sudah 2 malam di Hatyai...aku dah nak balik sangat-sangat sebab hari ini puasa. Lepas check-out, kami meminta receptionist memanggil teksi. Satu lagi hal berlaku...teksi nak 700bhat. Aku tak nak bayar..terus kami keluar hotel dan cuba mencari agen pelancongan ataupun stesyen bas. Tak sampai 5 minit berjalan, kami sampai di pengkalan teksi.

Diorang nak 700 bhat juga..alasan hari Isnin jammed. Aku mula naik angin..aku sound balik - hari-hari jammed kat sini. Hari ini bukannya holiday yang nak charge sukati mak abah korang. Aku ajak Hadi blah.

Tak sampai 4 tapak berjalan....ada driver yang sanggup hantar. Boleh pun 600bhat..diorang nie memang macam tu..Kita kena tunjuk keras kepala dan jangan layan sangat.

30 jam kemudian, kami sampai di Kastan Danok. Orang ramai giler kat situ..tapi beratur tak lama...dalam 20 minit semuanya selesai dan kami terus balik KL untuk berbuka puasa dengan Mama....setelah aku membelikan perfume Bvlgari Black untuk Hadi....