Thursday, September 10, 2009

Kes Terserempak..

Ronda-Ronda Ramadan Edisi Utara telah selesai proses rakaman dan editing. Tunggu masa nak on air aje. Setelah 2 minggu hidup aku tonggang-terbalik, hari ini barulah jadi macam manusia normal sikit :)

Ok, aku nak cerita tentang kes terserempak. Maksud aku, terserempak dengan saudara mara. Kalau terserempak dengan kawan-kawan tu pada aku takde la aneh sangat.

Masa aku shooting Ronda-Ronda Ramadan, kes terserempak macam satu petanda kepada aku yang sampai sekarang aku tak tahu apa maknanya.. Masa aku shooting di Bazar Ramadan Stadium Utama, Perlis, secara tidak sengaja aku terperasan abang angkat mak aku yang aku pernah jumpa sekali saja. Itupun masa adik aku kawin tahun sudah di Kedah. Apa yang buat aku rasa wajah tu familiar sebab aku selalu tengok foto beliau yang ada dalam simpanan mama...plus ingatan aku yang cemerlang 8 A1 ni memang payah lupa :)

Dengan selamba lagak reporter Melodi aku terus terjah.
"Assalammualaikum...maafkan saya kalau salah orang. Tapi kalau x silap pakcik nie abang angkat mak saya la...la..la..la..adik kepada la..la..la... saya nie anak dia la...la..la...." aku terus bagi intro dengan lancarnya. Muka pakcik itu terkebil-kebil seketika tapi bila aku sebut tentang adik aku kawin, dan nama mak aku terus dia excited..

Itulah Pakcik Ismail..dia tinggal di Arau dan kebetulan aku terserempak dengan beliau. Mama ada cerita pasal pakcik Mail pada aku dan masa aku diminta shooting di Perlis aku dah terasa-rasa mana tahu ada rezeki aku terjumpa dengan beliau. Hah, jumpa pun! Dan yang buat aku terharu, pakcik Mail, isteri dan 2 cucunya datang melawat aku di Hotel Putra Palace, Perlis tengah aku sibuk shooting buffet ramadan di sana. Terasa aku nie diingati kejap..

***

Ronda-Ronda Ramadan di Pulau Pinang.....Kali ini aku terserempak pula dengan sepupu aku, Kak Ayu bersama keluarganya. Aku dah berapa tahun tak jumpa kak Ayu. Kalau ada bertegur pun hanya di Facebook aje. Abang Fared pulak aku jumpa rasanya tak sampai 5 kali. Kebetulan aku shooting buffet ramadan di Hotel Vistana dan mereka pula bercuti di sana. Malam itu kami habiskan masa berpoya-poya di Batu Feringgi dan catch-up apa terdaya. Tak sempat nak jumpa keesokan harinya sebab aku terus ke Bukit Mertajam sambung kerja di sana..

****

Ha, ini kes terserempak yang sendu. Lokasi, Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Tengah aku sibuk-sibuk kerja tu, betul-betul depan mata aku antara manusia yang kalau aku tak jumpa lagipun aku tak kisahlah. Tapi sebab tak biadap, aku salam dan terus berlalu. Bukannya bagi alasan sibuk sebab aku memang sibuk. Ah, sudah...ada pakcik tu konfirm ada makciknya yang pun aku tak kisah kalau aku tak jumpa sepanjang hayat aku. Nak dijadikan cerita, meja makan kami betul-betul di sebelah meja keluarga sendaloka bersama singer tu. Aku tak kuasa nak duduk bertentang mata, aku tukar tempat duduk dengan Visva supaya aku bole pandang pemandangan lain yang lebih murni.

Selalunya, aku kalau makan akan diam, penuh konsentrasi dan tekun. Hari itu, dengan ramah-tamahnya aku memborak-borak dan buat-buat happening. Aku perasan makcik menjeling. Tapi aku abaikan..dan lepas itu dengan cargas aku beransur sambung kerja...Tak sanggup aku nak memandang orang yang menyerang mak aku tengah aku takde dirumah..tengah kakak aku baru bersalin 2 hari dan menuduh macam-macam.

Tapi statement adik aku memang buat aku hot satu hari..
++ oh, diorang makan kat hotel..masih kaya la
++ oh, dia dah bertaubat...
Kitalah yang salah ha..ha..ha...


Aku tahu dia melawak. Tapi aku tak melawak sebab kerana kebodohan dan ketidaksabaran adik-beradik arwah abah, aku berhutang 15 tahun dengan Bank Rakyat! Tapi aku bersyukur sebab kerana kes itu kami adik beradik semakin rapat.

Tuesday, September 8, 2009

Ronda-Ronda Ramadan 2..

Akhirnya..selesai juga Ronda-Ronda Ramadan jelajah utara. Minggu lepas aku ke Hotel Vistana, Penang, Bazar Ramadan USM, Hotel The Summit Bukit Mertajam, Hotel Seri Malaysia Taiping, Bazar Ramadan Kamunting - (the most happening!), Hotel Seri Malaysia Ipoh dan Bazar Ramadan Greentown,Ipoh. Jadi faham-faham sajalah kesibukan yang teramat itu membuat aku liat nak menulis.

Tqs kepada semua penaja...jasa kalian tidak terbalas :)

Penjelajahan di utara, aku membawa Zamil sebagai pengacara. Ok la....tapi makan hati jugalah aku dengan bahasa Melayunya :)


***

Alang-alang di Ipoh, aku diarah membuat rakaman ucapan hari raya MB Perak. Ini ajelah gambar kerja yang sempat aku ambil sebab selain berperang dengan masa, hujan juga menyebabkan kerja aku sedikit terkejar-kejar. Apapun aku tegaskan sekian kali, aku tak berapa reti nak bergambar time sibuk-sibuk kerja. Dah abis kerja lain cerita..

Aku dan seorang MB..DS Dr. Zambry Abd. Kadir

Saturday, August 22, 2009

Ronda-Ronda Ramadhan..

Semalam hari pertama puasa. Aku berada di Kangar, Perlis untuk rakaman program baru, Ronda-Ronda Ramadhan. Akhirnya aku diberikan 2 makhluk pelatih untuk membantu rutin harian kerja setelah hampir 3 minggu aku di pindahkan ke Rumah Eksekutif.

Ronda-Ronda Ramadhan membawa aku berjalan ke utara Malaysia. Rakaman yang menuntut aku meronda bazar Ramadhan membawa 1001 cabaran. Dengan hujan sepanjang hari..pengacara baru yang boleh dibentuk dan masalah-masalah minor lain yang boleh diselesaikan.

Hari ini aku di Alor Setar dan esok di Sg. Petani. Terima kasih kepada Hotel Putra Palace, Perlis, Hotel Regency, Alor Setar dan Hotel Swiss Inn, Sg. Petani.

Sunday, August 16, 2009

Seminggu Sebelum Puasa..

Hari ini, Ahad.
Aku masih dipejabat menanti giliran untuk editing dokumentari khas sempena Hari Wanita. Shooting semua dah selesai..Tinggal editing offline, editing online, mixing dan TX aje. Banyak lagi kena aku buat sebelum aku pangkah doku ini tanda selesai.

Esok, Isnin..
Aku kena sambung surat-menyurat untuk program Ronda-Ronda Ramadhan. Kenapa aku seorang yang terhegeh-hegeh buat semua ini? Kerana aku belum ada pembantu dan aku malas nak mengomel tentangnya...Buat aje dan make sure siap.

Selasa, Rabu dan Khamis...
Aku kena uruskan hal Ronda-Ronda Ramadhan lagi...dan pastikan aku tak lupa untuk arrange untuk Kedah dan Perak...aduh, semakin pelupa walaupun aku tak makan semut :)

Jumaat - Rabu Minggu Depan..
Aku shooting...sorry buat kekasih hati kerana tak dapat buka puasa pertama bersama-sama Ramadhan ini. Sorry mama dan adik-adik kerana aku terpaksa outstation..
Sorry kawan-kawan kerana susah nak grab aku untuk lepak-lepak...

Apapun, i lurrrrve my work...aku cintakan kerja ini sesungguhnya :)

Wednesday, August 12, 2009

Ada Apa Dengan Unit Trust?


Ish, aku nie skeptikal amat dengan pelaburan-pelaburan nie...Insurans pun macam tu jugak. Tu sebab kalau ada orang mengintroduce benda-benda nie kat aku dengan lancar aku akan bagitau aku tak minat..

Tapi tahun lalu berbeza...Aku ke Miri bercuti dengan Hadi. Kami tinggal di rumah kawan baik aku dari zaman sekolah menengah, Adaha. Tak tahu pulak aku yang member sorang tu agent Public Mutual..

Grong..greng..pok....pek...pok..pek...apa yang terdaya, member pun mencadangkan aku turut melabur.

Ok, aku ikut sebab dia sahabat baik aku yang jadi tukang reccommend. Dengan jualan goreng pisang dan getah, aku pun masukkan apa yang ada.

****

Tup..tup.. tadi selepas 8 bulan berlalu
MAKCIK KAYO!!!!!

OKlah untuk menjadikan aku penabung tegar..rezeki Mama dan adik-adik...Syukur :)
Tapi aku masih berhutang dengan laki sendiri...nantilah saya selesaikan ya
..

Monday, August 10, 2009

Ok La...Lama Sangat Berhenti Menulis

Agak2 tension aku amik cuti panjang ke luar daerah..

Sibuk sangat..penerbit rancangan mana yang tak sibuk iya tak?
Tapi kali ini sibuknya lain macam..Aku dah kena pindah ke seksyen lain yang bakal membuatkan hari-hari aku berjalan ke merata tempat seluruh Malaysia..


Dengan list dokumentari berganda, bulan puasa pun aku kena buat program khas juga.
Lepas itu dengan macam-macam hari istimewa yang memerlukan ia didokumentarikan. Kadang-kadang aku pelik, kenapa kena buat doku? Kapsul aje tak boleh ke?

Kerja tetap kerja...dan sekarang aku sedikit happy kerana sambil kerja, aku berkerja lain juga yang mendatangkan hasil. Tak nampak lagi lumayan atau tidak, tapi kalau jadi, insyaallah rumah banglo 8 bilik aku bole beli :)

Jadual Ogos dan September pun aku dah buat...skang EXECUTE aje.

Monday, June 15, 2009

Dah Ready Nak Shooting!

Hari ini aku berjaya menguruskan semua hal-hal shooting awal-awal pagi tadi. Mujurlah booking aku tak direject oleh pihak mergastua dan aku mempunyai team yang lengkap untuk rakaman doku 'Kerana Dadah'.

Dengan penulis skrip pun dah selesai juga. Terus bincang apa-apa yang patut dan mengunggu kiriman email soalan dari beliau ini malam. Boleh aje aku tulis skrip sendiri..Tapi rasa macam takde mood pulak nak mengarang. So, biarkan yang berupaya saja melakukannya.


Tadi bersembang dengan kameraman untuk rakaman esok, Mr. Bal. Lama giler aku tak bersembang dengan beliau. Dari pengamatan aku yang rabun ini, Mr. Bal semakin wiser dan aku tiba-tiba rindu kat Amy.
Hari ini aku feeling-feeling nak masak mee ayam chendawan..Kalau jadi masak akan aku post gambar itu utk tatapan kalian.

Aku sangat mengantuk..Letih semalam masih belum hilang lagi..


Minum kasik hilang ngantok..

Cuti - Cameron Highlands

P/S: ENTRY INI PATUT AKU POST SEMALAM..TAPI PUAKA BLOGGER NIE TAK BOLE LOAD GAMBAR PLAK..


Untungnya tak payah kerja Sabtu-Ahad. Boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan dengan famili dan kawan-kawan.

Cadangnya aku mahu ke Negeri Sembilan, melawat kembar di sana sementelah kakak dan adik-adik semuanya ada di rumah adik lelaki aku. Tapi kerana Aisya dan Meera datang rumah malam Jumaat lalu lepas aku siaran, jadi kami merencana agenda lain. Nak ke Genting Highlands macam malas. Jadi adik berdua mencucuk kami untuk ke Cameron - membeli bekalan teh yang habis katanya.

Ok la...aku dan Hadi setuju. Kakak pun terexcited sama dan akhirnya kami ke sana dengan harapan adanya hotel yang tersisa. Dengan rate yang agak reasonable, kami bermalam semalam di sana.
Mencekik KFC..
Aisya, Hadi dan Aku berposing..
Ameera pun nak jugak pas tgk kami berposing

Ada peristiwa 'ngeri dan menakutkan' terjadi sampai kami yang dewasa ini terpaksa ke balai polis. Mujur semuanya selesai. Tapi dalam hati aku nie agak sedih dan kecewa jugak la..

Agenda mencari kura-kura tak berapa meriah sebab anak-anak saudara semuanya buas-buas belaka. Tapi apa yang penting, kami habiskan masa bersama-sama - walaupun!

Next time aku harap mama dan famili Ali ada..lagi meriah dan bermakna.
Feeling-feeling kenangan manis kau dan aku..
Aisya, kakak dan Danish..Turut kelihatan, encik Ultraman. Akhirnya Ultraman tu terlepas ke planet lain..

p/s: Mama selamat sampai dari Bandung..harapnya ada kura-kura untuk aku..

Friday, June 12, 2009

Malam Ini Kena Bersiaran....

Berapa hari lepas aku bagitau aku dah tak payah buat ISU. Aku kena concentrate buat dokumentari khabarnya. Arahan datang direct dari bos dan aku terima tanpa banyak songeh.

Jadinya aku menyibukkan diri dengan persiapan penggambaran doku itu sementelah tarikh siaran tak berapa lama aje lagi. Sesungguhnya penerbit-penerbit yang hebat datangnya dari tempat kerja aku yang tak kisahlah dateline apapun kerja kena settle jugaks.

Aku sangat bertuah mendapat kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama superb dari tenaga kerjanya. Dalam masa 2 hari telah diselaraskan semua keperluan shooting, lokasi dan apa-apa yang perlu.

Dalam masa yang sama aku kena memberanakkan doku Raya Saudara Baru yang diminta semalam dan lain-lain doku yang tunggu masa aje aku nak pangkah menjadikannya selesai..

Tadi pulak diberitahu kena buat doku SATU MALAYSIA!

Ooops! ISU malam ini aku kena buat lagi..

p/s : ketawa adalah ubat yang terbaik. Dr. House pulak kata Vicodine adalah ubat paling berkesan. Kenalah sehat selalu, kang dikata asyik sakit tak produktif pulak..

Memerang memerang sedia!

Wednesday, June 10, 2009

Yeah, Tukar Lagik!

Dalam tempoh tak sampai setengah tahun, 3 kali aku kena tukar program. Program pertama aku buat dulu, pastu ISU dan kini aku kena concentrate buat dokumentari pulak. Dalam tempoh yang sama juga, 3 kali masa ISU bersiaran bertukar daripada hari Selasa - Ahad dan mula minggu ini Jumaat! Hebat kan...

Demi memikirkan kebahagiaan sendiri aku terrrrrramat happy sebab tak payah keja hari ahad. Aku boleh pergi melepak2 seluruh Malaysia dengan Hadi lepas nie tanpa memikirkan siapa la kena bala ganti aku untuk siaran. Lebih best, aku akan berjalan-jalan seluruh semenanjung Malaysia menghindari puaka tebing biru yang berkeliaran di merata-rata tempat.

Dengan doku yang sama, aku berpeluang memangkah satu azam 2009 iaitu menghantar doku ini ke festival antarabangsa. Adalah beberapa yang festival yang kerap aku masuk kat HEA dulu. Bolehlah aku lanjutkan rutin yang sama tahun ini selepas tahun lepas hampeh geduak haram pun takde bahan aku hantar. Takde la nanti orang cakap, kalau tak suka kerja sini pindah aje la unit lain. Sebab hakikatnya, keja kat mana pun aku masih kerja untuk RTM. Kenapa ini pun boleh jadi ISU?!?!

Ok..udah-udah hal kerja sebab ia berpotensi buat aku mogok menulis lagi sekali.

****

Aku dan Hadi akan bercuti bulan depan sempena hari lahir Hadi. Jenuh memilih pakej yang murah, jauh dan best berbaloi dengan duit. Semalam selesai urusan itu dan aku menantikan Julai datang dengan ketidak-sabaran. Juga Julai ini aku akan mengikuti kursus BTN..Tak jauh pun..Kat Kelang aje. Masa aku join Khidmat Sosial Negara pas SPM dulu aku dah sampai kat kem nie. Boleh la buat imbasan sezaman he..he..he..

Hari ini, mama pergi Jakarta dan Bandung. Hari ini birthday Ali Hanafi, the only adik lelaki yang aku ada. Dan hari ini maybe Aisya dan Meera nak tido rumah. What else, my family rocks!!

Saje letak gambar Hello Kitty coz aku dengan Zaff sangat gilekan benda nie zaman Matriks dulu

Friday, June 5, 2009

Cuti...

Aku baru sedar minggu ini masih dalam fasa cuti sekolah bila mana tadi aku cuba booking hotel semuanya dengan ceria memberitahu dah fully booked - Cuti Sekolah.

Hari minggu yang bukan musim cuti sekolah pun sama saja. Bila aku call diorang dengan ceria memberitahu 'dah penuh semua bilik sebab cuti hujung minggu..'

Aku juga tahu ini adalah salah dari pihak aku juga yang tak reti nak merancang bila dan di mana hendak bercuti. Setidak-tidaknya kalau peak season pun kalau hotel dah booking awal-awal surely tak akan ada masalah. Tapi di mana datang thrillnya percutia mengejut kalau semuanya dirancang, iya tak?

Begitu juga kalau merancang nak bercuti jauh sikit dari Malaysia - walaupun di seberang tambak. Kalau hari ini nak pergi, semalam lepas baru sibuk-sibuk nak cari tiket murah memang mintak kena gelak lah dengan Tony Fernandez. Kecualilah kalau duit bagi kita seperti memetik daun-daun yang banyak di Kebun Mamak Kodin. Dan hotel di seluruh dunia adalah peninggalan arwah ayah aku yang disayangi..yang boleh aku keluar masuk setiap masa.

Kerana itu lebih seronok, meriah dan mudah jika kita merancang percutian dengan kawan-kawan yang sealiran dan kaki berjalan. Cuti confirm-confirm 2 bulan sebelum pergi dah sibuk hantar borang cuti. Tiket pula awal-awal dan booking. Bukan untuk tahun ini saja, untuk tahun depan pun dah siap planning nak travel ke mana. Bukan itu saja, agenda masa bercuti lebih menarik berjalan-jalan walaupun melawat Muzium Door Knob. Takdelah terperuk aje kat bilik dan mensia-siakan peluang melawat tempat orang..

Untuk itu aku akan menunggu November 2009, Januari dan April 2010 dengan tenang dan penuh kesabaran. Rasanya ada lagi planning sepanjang 2010 tapi aku menunggu pokok duit akan aku tanam sebulan lagi..Untung-untung tahun 2010 daunnya tumbuh dengan lebat dan aku akan dapat menjelajah Europe sebelum aku berpencen.

Sekian..

Next time aku datang sini lagi..aku akan beli T-shirt tu..

Wednesday, June 3, 2009

Unwell..


Hari nie aku tak sihat....dah pergi klinik dah pun. Doktor kata bacaan temperature bawah lagi tinggi dari atas dan aku tak faham apa maksudnya.

Makan pun tak lalu..aku rasa kusut dan pening-pening kepala. Cuaca yang tak menentu menambahkan suhu pelik-pelik dalam badan aku..

Dan aku tak larat nak keluar masuk bilik air...
p/s : semalam aku mimpi arwah abah...minggu lepas pun.

Tuesday, June 2, 2009

I'm Back!

Macam yang aku pernah kata, mogok aku tak lama. Aku tak reti nak merajuk panjang berjela-jela. Abaikan saja apa yang dah jadi dan hidup mesti terus. Tu sebab kadang-kadang aku salahkan diri aku sendiri bila orang lain yang buat pasal aku pulak yang mengalah.

Punca hilang mogok?
Hmmm...aku jumpa satu lagu Slank yang selalu aku dengar kira-kira 4 tahun dulu. Tapi bukan dinyanyikan oleh Slank. Lagu itu dinyanyikan oleh Erie Suzan semasa Konsert Ekspresi Gemilang kalau aku tak silap.

Tajuknya - Ku Tak Bisa. Digubah semula oleh bro Jimmy Ali dan aku rasa itulah composition beliau paling syok aku layan.

Lepas dengar lagu tu terus aku feeling-feeling feel good....Bukan sebab lagu itu saja. Aku rasa bagus sebab aku cuba untuk mengubah kehidupan aku secara besar-besaran bermula seawalnya pertengahan Jun ini. Semoga berkat doa mama dan restu Al-Hadi aku akan berjaya melakukannya..

Thursday, April 30, 2009

Take A Break..


Aku tersangat tension giler babi dengan suasana kerja akhir-akhir ini..Actually, tension aje. Tersangat itu untuk menguatkan hujah :)

Untuk itu aku akan berhenti menulis di laman ini. Tapi aku tetap menulis seperti biasa. Cuma di laman yang lain pula.


Tapi selalunya aku hanya bertaubat sekejap he..he..he..

Wednesday, April 15, 2009

Selamat Ulang Tahun Kakak..

Happy Birthday My Sis..


Lepas balik kerja, aku dan dia terus balik ke rumah mama. Hari ini birthday kakak ke-30 tahun. Aku sebenarnya tak sure birthday dia semalam atau hari ini. Tapi aku dah ada hadiah special untuk dia.

Pertama kalinya kami naik Jaguh balik rumah mama. Aku terasa macam nak meraung pun ada tersiksa atas motor tu. Untuk short distance ok la. Aku membayangkan kalau balik Melaka naik motor konfem aku menyanyi lagu Nicky Astria - Mengapa sepanjang perjalanan.

Ingatkan nak beli KFC, tapi mama terasa nak makan Sate Melaka. Hmmm...macam best. Alang-alang lalu AKLEH, aku minta dia singgah kat kedai sate AU 2. Apa nama kedai tu haram aku tak ingat, tapi depan kilang-kilang. Sate dia perrgh....lazat gile. Tak sempat abis sebatang rokok, sate 60 cucuk dah siap bakar. Punyalah cepat servis kedai tu.

Balik rumah, sedang elok kakak dan keluarga sampai. Sayangnya Ali, Wani dan kembar tak dapat join sekali sebab esok Wani kena pergi kursus awal pagi. Aku rasa sangat gembira sebab dapat makan ramai-ramai satu famili..Juga sangat gembira sebab aku berkesempatan meraikan ulang tahun kakak ini.
Bersama Danish, Danial dan Mama..

Buat kakanda tersayang, Siti Nurzairiah Khairi - Selamat Hari Jadi!

Tuesday, April 14, 2009

Laprop?

Aku membuka laman Facebook tanpa perasaan hari ini. Untuk pertama kalinya - tanpa perasaan. Aku tak tahu kenapa..nak kata laman aku tak meriah - teramat sangatlah meriahnya. Nak kata takde komen yang merapu, sangat banyak juga adanya. Tapi ia tak datang dari manusia yang betul-betul rapat dengan aku. Nyatanya Facebook ini membuat hubungan dengan kawan-kawan biasa bertambah rapat, walaupun sekadar di alam maya.

Hari ini aku tak buat siaran. Jadi aku langsung tak sibuk. Masa yang tersisa aku gunakan untuk membaca blog kawan-kawan, blog orang popular, blog orang perasan popular dan blog-blog lain. Bukan sekadar membaca entri yang baru...Aku selongkar dari entri hari pertama mereka mula menulis sampailah entri terkini.

Ada yang buat aku tersenyum..ada yang buat aku tertanya..ada juga yang buat aku terasa. Tapi baca ajelah sementelah dah masuk rumah orang.

Dan aku mula teringat pada Jack...
Aku teringat pada Cicak...
Aku teringat pada laprop. Hmmmm.....

Laprop?

Sunday, April 12, 2009

Hujung Minggu..2

Masih cerita hujung minggu. Aku, dia dan kawan baik dia bersama pasangan telah menggagahkan diri menaiki Genting Highlands dengan kereta 'rimau' yang macam bapak ayam tu. Cadangnya nak tidur semalam di sana. Tapi bilik semua fully-booked. Ini gara-gara Anugerah Bintang Popular yang menyebabkan semua bilik habis di makan monyet.


Sejuk..panaskan badan

Say Cheese!
Jadinya kami mengambil keputusan berjengga-jengga sambil menyaksikan Thai Songkran Festival yang kebetulan diadakan di sana. Tidaklah terasa rugi kunjungan ke sini. Feeling-feeling nak mandi buih terpaksa dibatalkan sebab aku tak bawak pakaian ekstra. Tengok dan ambil bau sahajalah. Sepanjang karnival, mata aku meliar memerhatikan mana tahu ada kura-kura yang dijual. Dapat juga seekor - cukuplah untuk kenang-kenangan walaupun cinonet harganya RM 9. Gambar aku tak load sebab terasa malas ya amat. Juga aku dapat 2 pasang jam Color Bar dan Giormani.

Nak mandi buih...

Songkran Festival


Turun dari Genting, kami menebeng di Mines Shopping Center pula. Sempat juga tengok filem Fast and Furious 4. Tapi dia membuatkan aku terharu sepanjang malam...In fact sampai sekarang aku masih terasa dengan pemberian dia yang sangat berharga.

Untuk dia, tqs very much and i will always love you...Walaupun rabak hati pecah, kau cantum kembali dan kau pecahkan semula, aku terima semua ketentuan tuhan..

Suka sangat...

Hujung Minggu..

Dah lama tak merasa seperti pasangan kekasih yang baru bercinta. Err, maksudnya macam pergi dating, makan di luar berlama-lama dan menghabiskan masa bersama sebelum kena grounded dengan keluarga. Jadi tadi aku dan dia pergi ke Amcorp Mall. Cadangnya nak makan tengah hari di Restoran Sri Melaka, sudahnya kami makan di Restoran Salero Negori.

Aku selalu menebeng kat Amcorp. Kalau ke sana pun tujuannya pun makan aje la kat antara dua restoran di atas. Kali terakhir ke sana pada hari Ahad rasanya tahun sudah. Alang-alang banyak flea market, aku terasa nak mencari kura-kura. Memang banyak..tapi mahal mak bapak harganya. Nasib baik dapat juga anak patung kura-kura yang di beli dengan harga RM25. Antara lain barang yang aku beli :-

Kura-Kura = RM 25

2 Novel = RM 8

3 Sarung Tangan = RM 5

Satu kotak bekas rokok berserta pemetik api yang belum ditawar harganya ialah RM 20. Aku memang sangat handal dalam arena tawar-menawar ini dan mengambil keputusan membeli 2 kotak.


2 Kotak Bekas Rokok = RM 30

Potret kami....Satu potret berharga RM 50 sebab berwarna. Frame pula daripada RM 90 sekeping aku berjaya dapat RM 80.

Sempat minum petang di Starbucks dengan penggunaan kupon, makan malam di Restoran Sri Melaka dan urut kaki RM 25 untuk 30 minit. Oh, aku sempat buat highlight rambut dengan harga RM 50 sebelum hari kami berakhir di sini. Keseluruhannya, aku sangat berpuas hati dengan kunjungan aku ke Amcorp Mall.

Wednesday, April 8, 2009

Hmm...Tak Perlu Kot!


Semalam aku di offer sebiji Blackberry Bold. Aku sangat terkejut...Pelawaan secara spontan, yet bersungguh-sungguh itu sungguh mengharukan.

Tak payah dulu la...aku dah selalu sangat tukar handphone. Lagipun aku macam tak berapa reti dengan aplikasi sang Blackberry Bold. Mungkin juga aku insist nak tunggu Blackberry Storm he..he..he..Communicator yang aku idam-idamkan itu pun aku rasa macam tak menepati keperluan sekarang.


Betul, zaman semakin maju dan teknologi semakin tinggi. Tapi aku masih kategori buta IT!

Monday, April 6, 2009

Ain't No Reason - Brett Dennen



Aku sangat suka lagu ini..ada orang pernah tanya - jika ada lagu ekspresi dirimu lagu apakah itu. Selain lagu Sideways - Santana Feat. Citizen Cops, inilah dia Ain't No Reason. Apapun, selamat hari lahir untuk dirimu..

Friday, April 3, 2009

Dari Taiping Dengan Cinta : Rumusan



Setelah selesai rancangan Isu@1, semua team penerbitan yang terlibat makan malam di kedai hadapan pintu masuk Bukit Merah Laketown Resort. Aku makan telur bungkus saje. Aku cuma untuk tidak makan nasi dan masuk hari entry ini ditulis, 3 hari aku berjaya melakukannya!

Balik hotel, aku mula rasa tak sedap badan dan perut. Keluar masuk bilik air, soheh keracunan makanan melanda diri yang tidak bermaya ini. Tapi kali ini aku tidak bising-bising seperti selalu. Aku terima sakit ini sebab adanya perjanjian dihati antara aku dan Maha Pencipta. Insyaallah ada rezeki besar yang akan menyusul.

Esoknya, kami semua berpoya-poya di bandar Taiping. Aku nak cari klinik manakala yang lain-lain cucuk duit dan membeli-belah. Taiping meriah dengan segala macam ekspo. Maklum aje musim pilihanraya kecil, ini peluang warganya membuat duit. 3 hari di Taiping kami belum berpeluang merasa mee udang yang digembar-gemburkan. Ok, misi seterusnya - makan mee udang.

Seperti yang aku nyatakan di atas, ini peluang warga Taiping buat duit. Kami makan mee udang di Restoran Nur Zetty, di sekitar Matang lokasinya. Sedap, memang sedap...sesedap harganya RM 12 semangkuk! Kalau yang datang 10 orang, senang-senang aje dapat RM120.. Aku makan juga walau perut semakin tak selesa. Sempat habis semangkuk, terburai semua isi perut. Lagak bullimia aku hari ini dan tiada langsung sisa makanan yang tinggal..Too bad.

Siaran langsung Dialog@1 bersama YAB Menteri Besar Perak dan Tuan Sayed Munawar sebagai Moderator berlangsung dengan lancar. Aku memerhati Kak R membuat siaran. Mana tahu lepas ini aku terpaksa menggantikan beliau. Setidak-tidaknya aku dah tahu flow rancangan itu macam mana. Lepas siaran, Tuan Sayed pula nak merasa mee udang. Dan restoran tengah hari tadi kamu kunjungi - sekali lagi.

Aku memang takde mood langsung nak makan. Tapi sebab takde langsung sisa makanan yang tersisa, aku gagahkan juga membelasah sepinggan kuew tiaw. Aku melawak seadanya mengelak sakit tapi sekali sekala tergelak besar, tekanan perut tetap terasa. Oh, ya...kami kebetulan tiba serentak dengan Datuk Mukriz Mahathir dan ahli rombongan yang lain. Sempat bersalaman dan memperkenalkan diri sebelum aku meninggalkan beliau dan menyertai rombongan aku sendiri. Selepas sessi makan berakhir, kami balik ke hotel dan aku terus tidur lena..Agaknya penangan ubat yang diberi doktor.

*****
Khamis...Masa untuk balik KL. Aku rasa gembira kerana tak sabar berjumpa dengan yang tercinta. Tapi Taiping begitu sentimental pada aku..Aku pasti rindukan suasana di sini. Di mana lagi destinasi aku selepas ini?

Wednesday, April 1, 2009

Dari Taiping Dengan Cinta

Pemancar TV Bukit Gantang


Masih di Taiping, melakukan siaran langsung rancangan Isu@1 dari Dataran Kompleks Ngah Ibrahim. Alhamdulillah siaran tadi berjalan lancar. Cuma aku agak runsing telinga mendengar suara yang aku tak mahu dengar.

***

Bangun pagi agak awal..Bersarapan seadanya di Bukit Merah. Hari ini aku tak usik nasi langsung. Tapi tak rasa lapar atau craving sangat sebab banyak ratah lauk. Cumanya perut tak berapa sedap. Aku tak tahu nak salahkan lauk yang aku makan (sebab harganya yang agak melampau walaupun tanpa nasi) ataupun kerana satu ubat yang baru aku makan. Kata penjual, ubat itu mampu melancarkan sistem dalaman dan membantu menyuburkan rahim. Subur celah mananya...asyik berulang ke tandas. Nasib masa siaran tadi takde terasa sakit perut. Raymee siap sound 'dah yang menjual tu memang terkenal menjual barang yang melancarkan proses ke tandas..'

Mana aku tahu he..he..he..


Masih tak berjaya makan mee udang hari ini. Sibuk sangat...tak sempat nak utamakan agenda makan.

Dan perut masih meragam. Cobaan....

Tuesday, March 31, 2009

Minggu Yang Sibuk..

Minggu lepas aku berkampung di PDDP selama 2 hari..PDDP? Apa tu? Pusat Dagangan Dunia Putera...Kalau aku sebut PWTC mesti ramai yang maklum. Mengambil iktibar memperkasakan bahasa kebangsaan seperti yang disarankan oleh Atan Lut, mulai hari ini aku akan mula membiasakan diri dengan akronim PDDP ini.

Persidangan UMNO telah berlalu..Aku harap dengan kesudian Tun M kembali pada UMNO mampu mengukuhkan parti yang dikata bakal rebah ini. Sayangnya aku hanya berada di PDDP hari Rabu dan Khamis sahaja. Jumaat - Ahad aku berkampung di Port Dickson untuk menghadiri kursus Pengurusan Masa Efektif.

Tajuk kursus ini amat simple, tapi pengisiannya sedikit sebanyak memberi banyak ilmu baru untuk aku. Nyatanya, aku tak berapa concentrate sebab aku rasa badan ini flat giler.Tidur pun tak cukup. Tapi aku gagahkan juga mata walaupun tersengguk-sengguk juga dibuatnya. Agenda makan yang maha dasyat seolah-olah menggagalkan diet terancang yang saban hari aku cuba amalkan. Durian, tom yam, cendol dan laksa...itu antara makanan yang aku baham kerana terpengaruh dengan rakan sebaya..Takpe la...lain kali diet lagi.

Minggu ini masih sibuk...Sekarang aku berada di Bukit Gantang untuk siaran langsung rancangan Isu. Khamis baru balik..Aku masih belum boleh tidur walaupun badan terasa letih lesu. Nanti-nantilah aku tulis lagi..

Aku rindu Pengejar Masa...rindu amat...pendek kata, aku rindu dia!

Thursday, March 26, 2009

Forum Khas UMNO Sempena Persidangan UMNO


Semalam aku bertugas sebagai penerbit forum khas di PWTC sempena Persidangan UMNO. Hari yang sibuk untuk semua petugas media dan perwakilan. Sampai pening-pening kepala otak aku dengan keadaan orang yang berpusu-pusu di sana..

Ramai kawan-kawan zaman UiTM yang aku jumpa. Juga kawan-kawan di PWTC. Oh, dapat juga jumpa abang aku yang seorang tu dalam keadaan yang terkejar-kejar. Jadilah...dah lama tak jumpa dapat sembang sekejap pun jadik la..Sempat aku rembat air mineral beliau walaupun air mineral bukan main banyak lagi ada kat bilik makan tu :) Sekali-sekala nak bermanja apa salahnya tak...

Siaran aku bemula agak lewat, 9.42 malam. Sepatutnya bermula 9.30 malam. Tapi kerana memberi laluan siaran langsung pengumuman Ketua Wanita ianya terlajak sedikit. Dalam hati, aku berharap keputusan Pemuda dan Puteri diumumkan back-to-back. Tak perlulah rancangan aku menjadi bahan passing.

Pengacara yang bertuah berkerja dengan aku malam itu ialah Dr. Asyraf Wajdi Dasuki. First time kami berkerjasama dan rasanya kami tak menghadapi masalah komunikasi langsung. Tetamu pula ialah Datuk Seri Ibrahim Abu Shah atapun lebih dikenali dengan nama 'fat pirate' oleh para bloggers. Tqs to Pengejar Masa atas info ini..Perbincangan berjalan lancar. Dr. Asyraf memang hebat mengendalikan siaran, sebab aku tidak sempat memberi feed apa-apa soalan tambahan. Semuanya datang dari dia dan aku hanya concentrate pada siaran saja. Dia juga ada harapan menjadi pelapis pengacara berkaliber seperti Tuan Sayed Munawar (abang???).

Keputusan pemilihan bagi Wanita Umno diumumkan oleh Pengerusi Tetapnya, Tan Sri Napsiah Omar, kira-kira jam 9.30 malam, manakala Pengerusi Tetap Pemuda Umno, Datuk Abdul Fattah Abdullah mengumumkan keputusan pemilihan pergerakan itu pada jam 11.20 malam.

Pengerusi Tetap Puteri, Rohani Abu Hassan pula mengumumkan keputusan pemilihan sayap termuda Umno itu, jam 10.57 malam.
Sumber : Berita Harian - 26 Mac 2009

Siaran aku bermula jam 9.42 malam dan berakhir jam 10.30 malam. Tiada sebab mengatakan aku miss keputusan berdasarkan keratan akhbar di atas.

Kepada calon yang menang, tahniah diucapkan dan kepada yang kalah, tunjukkan kesetiaan pada parti dengan terus memberi sumbangan. Aku sedih sebab Datuk Mukhriz Mahathir tak menang.

Tuesday, March 24, 2009

Malasnya Nak Menulis..


Akhir-akhir ini aku sangat sibuk Dah la sibuk, asyik sakit-sakit aje badan nie. Nak menulis pun bukan main malas lagi. Entry ini aku gagahkan juga tulis dalam keadaan kepala yang sedikit pusing. Cuaca ke? Atau memang antibodi semakin lemah?

Apa yang jadi akhir-akhir ini...Banyak! RTM pun banyak berubah dengan umat-umatnya sekali. Orang yang datang ke sini pun berubah juga macam tak pernah kenal siapa-siapa. Aku pun berubah juga, tapi minor la..tak nampak sangat kecuali aku sendiri yang perasan perubahan itu.

Aku baru balik bercuti..Percutian itu sungguh seronok tetapi aku tak bercadang menghebahkan keindahannya kepada umum. Cukuplah untuk mereka-mereka yang berada di sana saja mengenang keindahan itu.

Baru-baru ini juga aku mendapat segedebak durian runtuh. Ada yang aku belanjakan untuk membeli baju dan kasut baru. Sebahagian besarnya aku laburkan dalam unit amanah,dengan harapan pulangannya lumayan...walaupun ekonomi belum menampakkan tanda-tanda pemulihan. Masa aku bercuti, aku sempat tengok Fox TV. Hari-hari diorang buat survey pasal Obama peratus sokongan warga Amerika. Nyatanya sokongan terhadap Obama yang disangka angin perubahan semakin merosot. Jadi tanda-tanda ekonomi AS (dunia?) akan pulih dalam waktu terdekat agak tipis. Aku sendiri tak mengharapkan untung berlipat-lipat kali ganda. Tapi mana tahu, segalanya tidak mustahil...

Aku juga membeli 'permainan' untuk diri aku sendiri - yang aku gunakan setidak-tidaknya 20 minit sehari. Ok la, puas hati dengan keluaran Jepun itu. Semoga dengan bantuannya salah satu azam 2009 akan tercapai..Azam yang aku asyik carry forward setiap tahun.

Minggu ini aku akan sibuk dengan Persidangan UMNO....

Sunday, March 1, 2009

Kerana Allah SWT Itu Adil..


Bermula 2009, setiap kali aku ditimpa musibah atau dianiaya orang aku hanya berdoa dua perkara pada Allah SWT :-
  1. Berilah aku peluang untuk menjadi ibu dan ada zuriat sendiri
  2. Berilah rezeki pada aku untuk memiliki rumah banglo yang besar..

Agak pelik doa itu. Tapi better daripada aku mencaci-maki dan meminta agar tuhan memberi balasan yang sama agar manusia itu mengerti apa yang aku rasa apabila dia menyusahkan hidup dan mental aku. Macam mana aku menangis, sayu hati dan rasa diperhambakan, rasa diperkotak-katikkan dan lain-lain emosi yang negatif disebabkan manusia itu.

Hari ini aku merasakan Tuhan itu adil..Bukan kerana aku mengandung atau berjaya memiliki rumah banglo. Tapi kerana satu Malaysia melihat kebenaran itu..

Memang rasa nak bersorak riang, tapi aku fikir ada banyak benda lain lebih penting untuk aku buat iaitu memikirkan macam mana untuk kaya cepat, selesaikan hutang dan sambung Master.

Dan betul....doa orang teraniaya itu makbul. Ia makbul dengan cepat sebab bukan aku saja yang berdoa, ramai lagi.

Thursday, February 26, 2009

Geng : Pengembaraan Bermula..

Poster Geng : Pengembaraan Bermula

Hampir 2 minggu di pawagam, semalam aku berpeluang menyaksikan filem ini. Aku pernah tengok 'the making' filem ini yang pada aku memang lain dari yang lain. Jadi tak ada alasan untuk aku tidak menonton dan memberi sokongan pada produk Malaysia ini. Untuk pengetahuan, aku tak pernah sekalipun tengok cerita Upin dan Ipin kat TV9 ataupun Youtube sebab aku tak suka cerita kartun, apatah lagi kartun Malaysia.

Selepas cerita Kala Malam Bulan Mengambang, inilah cerita yang berjaya buat aku ketawa besar. Walaupun sekejap-sekejap, jadilah. Tapi nak banding filem ini dengan KMBM memang macam oren dengan epal. Seperti KMBM, filem ini kalau bawa ke Hollywood pun tak malu la!

Geng : Pengembaraan Bermula ini memang sesuai untuk tontonan rakyat Malaysia walau apapun latar belakangnya. Aku ulang, rakyat Malaysia, bukan orang Melayu sahaja. Filem ini majmuk bahan-bahannya. Aku tak berhasrat nak tulis sinopsis cerita ini sebab korang boleh baca dalam suratkhabar atau blog orang lain. Tapi apa yang aku rasa, wajak Rajoo lebih timbul daripada dua budak botak tu. Kehadiran budak-budak botak itu sekadar menjadikan pelengkap cerita sebab keletah toyol-toyol tu memang lucu.

Cuma masa babak kena kejar dengan ular besar dan lintah tu, aku rasa macam terlalu senang sangat diorang nie menyelamatkan diri. Sekali-sekala aku rasa bosan juga sebab terlalu lama dan boleh agak apa yang jadi. Begitu juga dengan watak Opet, haiwan yang katanya comel tu. Hmm...untuk kanak-kanak riang tu comel la kot. Tapi aku tengok macam Lilo & Stitch pun ada juga. Bahasa Opet juga macam, entah la...aku rasa macam binatang tu sebut SIVAKASI SIVAKASI banyak kali. Sivakasi tu filem Tamil yang memang aku akui kehebatannya....

Apapun, mari meriahkan panggung. Sokong filem ini dan insyaallah sasaran RM10 juta boleh menjadi kenyataan. Sebelum terlupa, teaser filem Sayang You Can Dance dan Syurga Cinta disiarkan sebelum filem bermula. Melihat promo, SYCD macam ada potensi best. Syurga Cinta, confirm aku tak tengok!!!

Tuesday, February 24, 2009

Datuk S...

Semalam aku dan Areen melepak-lepak di sebuah kedai kopi terkemuka di Bangsar Shopping Centre. Ini pertemuan pertama kami secara berdua selepas seminggu lebih dia mendirikan rumahtangga.

Baru saja melabuhkan punggung dibangku, aku tersedar seseorang.
'Eh, itu macam Datuk S' aku amat yakin dan terus merapati beliau.
Dengan selamba aku menegur beliau sambil mencicirkan gelaran Datuk yang diterima.

'Hi S...ingat i lagi' sapa aku penuh confiden. Dia agak terpempan, dan cuba mengingati.
'Aku la..Baini' aku cut short
'Oh, ya la..la..la...' balas Datuk S dan kami bersembang sebentar sebab Areen menunggu. Lagipun aku tak selesa bersembang lama-lama di kala aku datang dengan seseorang.

Aku terus kembali ke meja asal dan sambung bersembang dengan Areen. Beliau juga tak lama, tapi sebelum berlalu, beliau sempat meminta diri untuk beransur...

Itulah kawan zaman kanak-kanak dulu. Member yang dulu begitu skema duduk disebelah aku. Sama-sama masuk pertandingan bercerita dan sama-sama kena denda oleh seorang guru yang garang tak bertempat. Antara kawan-kawan satu aliran, rasanya dia yang pertama mendapat gelaran Datuk. Tak mustahil pun...sebab dia antara yang termuda pernah mendapat tajuk itu.

Apapun, aku berbangga dengan dia..Hai, bilalah aku nak jadi Datuk? Tak jadi Datuk jadi Datin pun tak mengapa.....

Saturday, February 21, 2009

Konsert Masihkah Kau Ingat Bersama...

Masihkah Kau Ingat Bersama....

Mak dan bapa mertua aku datang dari Melaka. Tujuannya untuk menghadiri persandingan anak Profesor Datuk Dr. Zainal Kling - sepupunya di Shah Alam. Dan keduanya, untuk menghadiri Konsert Masihkah Kau Ingat Bersama Jefrydeen, Latif Ibrahim dan Muhaini Suratman.

Aku memang merupakan pendengar Klasik Nasional. Tak layak mengatakan aku peminat setia kerana akhir-akhir ini aku jarang mendengar radio. Tetapi kalau diberi pilihan, memang aku mendengar Klasik Nasional. Aku rasa kalau melalui perjalanan jauh dengan kereta, Pengejar Masa sudi menahan telinga mendengar Klasik.FM untuk mengambil hati aku. Jadi kesempatan konsert yang berlangsung di premis pejabat aku itu menjadikan aku agak teruja untuk menyaksikannya secara langsung.
Pilihlah Aku - Latif Ibrahim...Tak tahu berapa kali aku bersorak apabila dia menyanyi..

Muhaini Suratman...masih merdu walaupun demam..

Persembahan dari ketiga-tiga artis memang hebat..Kalah artis-artis AF yang harap nama aje lebih. Walaupun rata-rata penonton yang datang hampir setengah abad usianya, itu bukanlah penghalang untuk mereka bersuka-ria ya-be-da-be-du di sana. Ada satu pakcik veteran itu, setiap kali artis keluar pentas asyik ambil gambar aje. Aku memang tergelak memerhatikan gelagat beliau yang begitu gangsi dengan topi senget yang digayakannya.

Cuma ketika persembahan Jefrydeen, aku agak geli melihat beberapa wanita kategori makcik yang naik ke pentas untuk bersalam dengan penyanyi itu. Setakat salam, ok la..Tapi tang cium tangan tu very the geli-geleman aku menengoknya! Aku rasa, Jefrydeen pun berpeluh dengan aksi tak terduga itu - sampai dikejar ke belakang pentas....
Jefrydeen yang happening..Gambar banyak blur sebab dia asyik bergerak aje..Antara peminat beliau yang sporting..

Apapun, aku puas hati sebab kedua ibubapa mertua aku seronok dapat tengok konsert..Setelah konsert berakhir, dalam hati aku membayangkan 20 tahun akan datang. Kalau KRU buat show, adakah 'kami-kami' ini akan melakukan aksi sedemikian rupa? Atau lebih drastik lagi....(mengambil kira Yusry masih ganteng diusia itu....)

Tuesday, February 17, 2009

Post 3 : 14 Februari...


Ini post 14 Februari paling bermakna buat aku..
Kami hari ini 9 tahun!!!!!
Kalau ada anak dah darjah 3 pun :)

Love you Abdul Hadi Hamzah...

Post 2 : 14 Februari...

Me, Areen, Zaiman and Hadi


Sahabat aku paling setia, Azreen Joanna Abdul selamat bersatu dengan Zaiman. Aku sangat gembira hari itu. Bukan sahaja kerana Areen berkahwin, tetapi kerana salah seorang sahabat kami, Adaha balik dari Miri untuk bersama kami.

Bersama adik-beradik Areen..Adaha berbaju hitam


Aku, Areen dan Adaha adalah sahabat baik dari zaman sekolah sehinggalah sekarang. Asalnya kami berempat, tapi ini sahaja yang setia dan sanggup bersama. Jadi kehadiran Adaha sedikit sebanyak membuatkan kami bertiga terasa yang sebenarnya hubungan kami sangat kuat. Adaha membawa Atun, kawan kerjanya dari Miri. Atun juga adalah sahabat yang bersama aku dan Hadi menjelajah Gua Miri semasa kunjungan kami ke sana November tahun lalu..

Atun : Kiri sekali..


Selamat Pengantin Baru Areen dan Zaiman...


Post 1 : 14 Februari...


Aku sangat sibuk. Itu alasan wajib bagi kelambatan entri ini ... ha..ha..ha.. go figure!

Hari itu, sabahat aku zaman sekolah rendah selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangannya. Izatulliza Sharmila dan Zahares...percintaan zaman sekolah menengah yang akhirnya berakhir juga dengan satu ikatan perkahwinan..

Buat Ijat, Selamat Pengantin Baru. Sayangnya aku tak sempat berjumpa kawan-kawan sekolah yang lain. Aik, aku datang awal sangat ke?

Thursday, February 12, 2009

Behind Blue Eyes (I Miss You Cole Turner...)





No one knows what it's like
To be the bad man
To be the sad man
Behind blue eyes

And no one knows
What it's like to be hated
To be faded to telling only lies

But my dreams they aren't as empty
As my conscious seems to be
I have hours, only lonely
My love is vengeance
That's never free

No one knows what it's like
To feel these feelings
Like I do, and I blame you!

No one bites back as hard
On their anger
None of my pain woe
Can show through

But my dreams they aren't as empty
As my conscious seems to be
I have hours, only lonely
My love is vengeance
That's never free

Discover l.I.m.p. say it
Discover l.I.m.p. say it
Discover l.I.m.p. say it
Discover l.I.m.p. say it
Discover

No one knows what it's like
To be mistreated, to be defeated
Behind blue eyesNo one know how to say
That they're sorry and don't worryI'm not telling lies

But my dreams they aren't as empty
As my conscious seems to be
I have hours, only lonely
My love is vengeance
That's never free

No one knows what it's like
To be the bad man, to be the sad man
Behind blue eyes.

Wednesday, February 11, 2009

Hidup Bukan Bahan Jenaka

Ada orang, suka menjadikan apa juga aspek kehidupan sebagai bahan jenaka. Pendeknya, tak mahu serius sangat dalam kehidupan sebab hidup kita tak lama. Jadi kita kena hargai setiap detik yang ada. Aku setuju part hargai setiap detik yang ada..Tapi bukan dengan jenaka dan komedi tak bertempat. Kadang-kadang orang yang tak serius ini lebih banyak menyakitkan hati dari menyenangkan jiwa.

Tolak cerita lawak tu bodoh atau tidak..Pada aku lawak tetap bersifat lawak. Cerdik bodoh lawak itu bergantung kepada panjang-pendek akal si pencerita itu. Dan dia kena kenal audience dulu baru dia tahu lawak tu kena atau tidak.

Perkahwinan bukan lawak jenaka...persahabatan pun bukan lawak jenaka. Melalui hidup dengan ayat-ayat bersifat loyar buruk dan tak semenggah sepanjang masa bukan mengeratkan hubungan, tapi menimbulkan rasa meluat dan benci yang melampau..


Macam mana ya...semua benda kelakar...Silap-silap kalau aku mati pun benda yang kelakar juga ke?

Monday, February 9, 2009

Jom Mandi Sungai!


Sampai aje terus pasang khemah..
Dah lama tak mandi sungai...Alang-alang ada kat rumah macam-macam aktiviti yang adik-adik aku buat. Nak tak nak, aku ikutkan saja sebab aku jarang spend time dengan diorang. Rasanya sakit ini hikmahnya mengeratkan hubungan kami.
Air sungai yang dingin giler..
Kami lepak kat Sungai Congkak, tapi kat area rumah orang asli. Tempatnya agak tersorok, tapi air yang deras, kurang berbatu dan kawasan yang lapang untuk pacak khemah. Itu keja Aisya dan Ameera. Aku dan mama pulak terus cari pot untuk bentang tikar. Mama punya excited siap masak tempoyak udang, nasi goreng, nasi putih, keropok dan bawa flask kalau kami nak minum air panas. Selalunya plan last minute macam nie lagi best sebab excitednya lain macam.
Mama tunggu anak-anak sebelum makan..
Sebelum mandi, kami makan dulu. Ya, Tuhan...sedapnya makan dalam keadaan macam ini. Perut memang tengah lapar, suasana yang redup dan air sungai mengalir depan mata. Cuma masa aku tengah kusyuk makan tu, kena sergah dengan anak biawak - 2 kali! Memang la anak biawak tu kecik, tapi aku takut dan geli...
Khemah dah pasang, makan time!
Adik-adik mandi dan berjengga-jengga kat situ. Aku dan mama pula bercerita tentang macam-macam perkara. Dan merencana macam-macam..Nak beli durian Langat la..nak beli jeruk la..nak makan KFC la.. Oh, aku tak bleh mandi sebab air sejuk sangat. Kang terkejut pulak jantung aku. Elok-elok kuar hospital kang kena masuk balik naya aje..
Adik-adik bermandi-manda..


Sayangnya hajat nak beli durian tak tercapai. Bukannya apa..aku nie hantu durian. Kang sakit payah..Hmmm, beli KFC aje.

Apapun aku happy sebab at least ada jugak aktiviti aku sepanjang melepak di rumah mama...

p/s: Rindu pulak dengan anak-anak saudara yang lasak-lasak tu..