Tuesday, May 20, 2008

Kembali Ke Pejabat


Selepas seminggu cuti, aku hari ini kembali ke pejabat. Sebenarnya semalam aku dah mula berkerja, walaupun semalam merupakan Hari Wesak. Tapi semalam sekadar monitoring apa yang perlu dan aku kemudian balik kerana masih sakit bekas operation.

Siaran tadi berjalan lancar...Syukurlah aku tidak terbangang di mana-mana. Cumanya suara agak serak, luka masih sakit dan tangan aku pula semakin ngilu bila studio mulai mendingin. Aku sedaya upaya cuba menahan sakit, tapi gagal. Berapa kali aku mengeluh pun aku tak tahu..Kenapalah sakit ini datang serentak?

Habis siaran, aku minta izin untuk terus balik rumah. Aku tak boleh tanggung lagi sakitnya. Nasib Gee pun nak balik, so aku tumpang dia aje. Balik rumah, aku melayan Criminal Minds sambil mencuba untuk tidur. Sempat aku tuam bekas operation supaya ia kebah. Seksanya macam ini...sampai sekarang kepala aku masih berdenyut-denyut tak boleh nak berfikir dengan waras. Memandangkan aku harus memaksa otak berjalan, maka aku menulis di blog ini.

Aku bercadang untuk menjadi penulis tegar, setidaknya setiap minggu perlu ada satu post baru. Ilmiah tak ilmiah belakang kira, yang penting komitmen menjayakannya. Masalah sekarang selain dari idea ialah masa yang sering aku mainkan. Dalam otak, aku merencana macam-macam. Tapi pelaksanaannya sungguh menyedihkan. Aku tahu aku kena merubah dan aku sedang mencuba ke arah itu.

Harapan aku sekarang : kembali ke pejabat dan menyenangkan semua orang..Lama aku tak kerja. Baik sebab cuti panjang ataupun sakit. Walaupun aku tak suka berlama-lama di Unit ini, aku terpaksa komited!

Friday, May 16, 2008


Pic : Bjan, E-kin, Ezelin and Me


Dah lama aku tak jumpa dengan geng sekolah menengah. Kali terakhir di Kampung Baru, tapi memori itu seakan ingat-tak ingat aje. Tanpa kehadiran Nana, kami melepak kat Setiawangsa sambil makan malam dan catching things up.

Hmmm..banyak juga yang disembangkan sambil makan-makan kat kedai Pak Ya. Seperti biasa, tanyalah perkembangan classmates yang lain. Yang dah jadi jutawan la, kisah boifren lama-lama dan juga update Cik Minyak Angin dan jadi putih. Alamak, biar betul. Dalam sakit-sakit tu aku gelak besar jugaklah mendengarkan kisah kawan-kawan yang rata-rata semuanya dah berubah.

Aku tak tahu, adakah peluang lagi untuk bergebang seperti ini lagi. Sejak aku kawin, jarang rasanya cukup korum. Selalunya aku lah yang selalu takde. Skang Nana pulak..Akan datang maybe B-jan ataupun E-kin pula akan ada sekatan untuk keluar melepak-lepak. Aku kalau ada kat Permata sure tarak hal. Walaupun status dah berubah, aku masih macam dulu. Maybe masa aje tak jumpa equilibrium untuk kami sama-sama bersatu kembali menjadi B-Benz@New-B.

Mengingatkan perjumpaan tadi, aku terasa seolah-olah aku sebenarnya masih ada dalam radius persahabatan yang utuh. Seperti 11 tahun dulu baru saja aku tinggalkan. Cuma ketidak-kerapan berjumpa membuatkan aku rasa terasing. Aku faham..Masing-masing dah kerja dan dah bawa haluan masing-masing. Ini baru 3 kawan yang betul-betul aku rapat. Geng Abakus entah apa pula ceritanya. Hmmm...aku harap ada antara jutawan Abakus yang sanggup sponsor reunion so that kami dapat sama-sama bertemu mengimbas kembali kisah silam yang gemilang dan lestari selamanya..

Dah tua rupanya aku...(Masih enggan mengaku hakikat...)

Thursday, May 15, 2008

Aduh, Sakit!


Lepas operation, aku terus ambik teksi dan balik rumah. Biarkan laptop menyala dan aku terus tertidur sambil House Season 4 Part 1 menonton aku. Aku rasa dizzy sangat. Tidur tak lama, dalam 30 minit tapi aku rasa macam tidur itu sangat solid sekali. Sedar-sedar, ada beberapa message YM masuk sepanjang aku menidurkan diri. Maybe kesan bius tadi yang membuatkan aku begitu mengantuk..

Aku sempat call Farah, ajak keluar makan. Kami makan kat kedai sampan dan aku pesan Nasi Ayam. Selera makan bukan main lagi..Kalau tak kerana masih sakit, mahu aku minta ikan bakar ke, sate ke ataupun makan western food. Sambil makan, member dan Siti Nur menyakat aku tak jemu-jemu. Ngeri juga aku mendengarkannya sampaikan aku bertekad aku kena balik rumah mama malam ini juga. Buatnya menjelang 2 pagi tiba-tiba aku terasa sakit, siapa pulak nak menjaga aku time-time tu. Sebelum balik, aku menelefon dan sms siapa-siapa yang perlu. Ada yang angkat, ada yang buat trick tak angkat then off hp dan ada yang volunteer nak ambil aku dari PJ. Terima kasih atas keperihatinan kawan-kawan..Aku rasa terharu dan terpilu di kalbu sekali.

Mama suruh aku tunggu Ali habis silat. Then dia akan minta Ali ambil aku. Hmm..takpelah. Aku malas nak menyusahkan siapa-siapa. Terus aku call Public Cab dan setelah sekian lama menunggu, aku dapat juga balik ke rumah mama dengan selamat sejahtera. Sempat aku minta mama belikan gauze dan ais sebab aku terasa bleeding yang sedikit teruk. Gauze yang doktor bagi ada..tapi tinggal sikit sebab bekas operation tu asyik bleeding aje. Nasib aku mintak extra, kalau tak aku lap dengan baju aje la.

Balik rumah mama kalau sakit memang best. Mama bekas nurse, jadi dia memang terror bab menjaga pesakit-pesakit terutamanya kalau aku yang sakit. Aku kalau sakit tak banyak ragam..Dapat milo buatan mama segelas dengan pain killer, ok la aku lepas itu. Tapi aku tak bole tido sebab sepanjang balik, aku sibukkan diri dengan menukar gauze dan tuam bekas operate yang sakit dan ngilu rasanya bila aku bergerak-gerak. Menjelang 3 pagi, baru aku berjaya untuk tidur, itupun dalam keadaan aku balut ais lagi tak mahu dan tekap pada bekas tadi. Bangun pagi, basah jugalah bantal, selimut dan towel dibuatnya.

Aku tak lalu makan..selera ada. In fact selera aku besar sebenarnya. Makan pun sekadar mengalas perut untuk makan ubat aje. Ini sakit aku yang paling kronik sekali. Masa kena Chicken-Pox dulu terus juga, tapi at least aku tak payah makan banyak ubat. Kali ini, hambik kau..Sebeban ubat yang kena aku telan.

Seronok balik rumah mama kali ini sebab kebetulan famili kakak, Ali dan Wani balik sama. Terasa meriahnya rumah mama walaupun lama-lama tu aku runsing bila anak-anak saudara mula membising-bising. Mulalah aku rasa berdenyut-denyut dan terasa nak membaran. Malamnya, aku keluar dengan Areen, untuk distract dari rasa sakit. Dah sakit-sakit pun tak reti nak duduk rumah...

Masa artikel ini aku tulis, aku dah mula rasa loya-loya balik. Mual pulak rasanya lepas minum kopi Starbucks. Tapi aku rasa positif sebab otak aku berfungsi seperti biasa. Maknanya, doktor tu berjaya menjalankan tugas beliau dengan jayanya sebab tempat yang aku operate sipi-sipi dengan saraf. Yang lebih aku terharu, 2 sms dilayang dari doktor bertanyakan perkembangan aku selepas operation dengan dia. Actually aku tahu kenapa...Aku pesakit yang paling kronik pernah dia jumpa.....

Tuesday, May 13, 2008

Show Me The Meaning Of Being Lonely


Hmmmm..tajuknya begitu english sekali. Mengambil tajuk lagu dari band boy popular, Backstreet Boys. Bukannya tak ada tajuk melayu yang sesuai. Sekadar suka-suka menghiburkan hati aku yang sedikit lara..

Tunjukkan aku makna kesepian. Ya..itulah translasi yang aku buat. Makna satu kesepian sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Tak dapat diungkapkan juga dengan ekspresi muka apatah lagi isyarat tangan lagak memainkan permainan Win, Lose or Draw. Ia hanya dapat dihayati dengan terkesan dalam keadaan kita seorang diri, tiada tempat bergantung dan berkelana.

Aku melaluinya..Tadi. Seumur hidup aku, tak pernah terfikir aku akan menghadapi pembedahan. Baik kecik, besar atau apa skala sekalipun. Tapi disebabkan aku sudah tak tertanggung kesakitannya, aku memberanikan diri untuk berdepan dengan sesuatu yang aku takutkan. Aku cuba memberanikan diri..Prosedur ringkas kata Doktor untuk menenangkan aku.

Baru 2 minit berlangsung, aku dah rasa dizzy lain macam. Aku bangun dan terus terbelahak muntah semahunya. Doktor tinggalkan aku 15 minit sebelum aku meyakinkan dia yang aku sudah berani untuk meneruskan operasi..

Hmmmm...banyak kali jugalah operasi tergendala sebab aku dilanda panik attack..Agak lucu dan pelik bunyinya tapi itulah...aku rasa takut tahap gaban dan aku rasa sangat tak secure. Hanya ada hanyalah misi yang cuba menenangkan aku yang berusaha membuatkan aku normal kembali. Aku tak pasti aku menangis atu tidak. Tapi rasanya aku sempat tersedu-sedan!

Aku tak tahu berapa lama operation berlangsung. Sepanjang proses, aku hanya membayangkan manusia-manusia pernah singgah dalam hidup aku macam satu putaran wayang gambar. Aku rasa sepi sangat..bukan sebab aku takut mati, tapi lebih pada aku takut mati dalam keadaan aku seorang. What if tiada siapa yang sayang aku..tiada siapa yang mendoakan aku dan lain-lain yang aneh-aneh. Saat itu, memang aku rasa sedih sangat sebab aku hanya ada diri aku sahaja..!

Oh, aku benci hakikat itu..dalam pada sakit-sakit itu aku meyakinkan diri - ada sakit yang lebih sakit dari apa yang aku lalui..Aku kena sabar dan membiarkan otak aku berputar untuk distract dari rasa sakit...Selang 1 jam 10 minit, semuanya selesai dan aku terus balik rumah - seorang diri..

Aku benci perasaan sepi macam ini..Aku benci sebab perasaan ini buat aku lemah sekali. Buat aku bertambah benci aku tak tahu macam mana nak hilangkan perasaan sepi ini..

Aku MC 4 hari..sepanjang MC ini, aku akan bersendiri...Lagi!
Hmmm....terima kasih pada kawan-kawan yang caring.. I owe u a lot.