Tuesday, March 31, 2009

Minggu Yang Sibuk..

Minggu lepas aku berkampung di PDDP selama 2 hari..PDDP? Apa tu? Pusat Dagangan Dunia Putera...Kalau aku sebut PWTC mesti ramai yang maklum. Mengambil iktibar memperkasakan bahasa kebangsaan seperti yang disarankan oleh Atan Lut, mulai hari ini aku akan mula membiasakan diri dengan akronim PDDP ini.

Persidangan UMNO telah berlalu..Aku harap dengan kesudian Tun M kembali pada UMNO mampu mengukuhkan parti yang dikata bakal rebah ini. Sayangnya aku hanya berada di PDDP hari Rabu dan Khamis sahaja. Jumaat - Ahad aku berkampung di Port Dickson untuk menghadiri kursus Pengurusan Masa Efektif.

Tajuk kursus ini amat simple, tapi pengisiannya sedikit sebanyak memberi banyak ilmu baru untuk aku. Nyatanya, aku tak berapa concentrate sebab aku rasa badan ini flat giler.Tidur pun tak cukup. Tapi aku gagahkan juga mata walaupun tersengguk-sengguk juga dibuatnya. Agenda makan yang maha dasyat seolah-olah menggagalkan diet terancang yang saban hari aku cuba amalkan. Durian, tom yam, cendol dan laksa...itu antara makanan yang aku baham kerana terpengaruh dengan rakan sebaya..Takpe la...lain kali diet lagi.

Minggu ini masih sibuk...Sekarang aku berada di Bukit Gantang untuk siaran langsung rancangan Isu. Khamis baru balik..Aku masih belum boleh tidur walaupun badan terasa letih lesu. Nanti-nantilah aku tulis lagi..

Aku rindu Pengejar Masa...rindu amat...pendek kata, aku rindu dia!

Thursday, March 26, 2009

Forum Khas UMNO Sempena Persidangan UMNO


Semalam aku bertugas sebagai penerbit forum khas di PWTC sempena Persidangan UMNO. Hari yang sibuk untuk semua petugas media dan perwakilan. Sampai pening-pening kepala otak aku dengan keadaan orang yang berpusu-pusu di sana..

Ramai kawan-kawan zaman UiTM yang aku jumpa. Juga kawan-kawan di PWTC. Oh, dapat juga jumpa abang aku yang seorang tu dalam keadaan yang terkejar-kejar. Jadilah...dah lama tak jumpa dapat sembang sekejap pun jadik la..Sempat aku rembat air mineral beliau walaupun air mineral bukan main banyak lagi ada kat bilik makan tu :) Sekali-sekala nak bermanja apa salahnya tak...

Siaran aku bemula agak lewat, 9.42 malam. Sepatutnya bermula 9.30 malam. Tapi kerana memberi laluan siaran langsung pengumuman Ketua Wanita ianya terlajak sedikit. Dalam hati, aku berharap keputusan Pemuda dan Puteri diumumkan back-to-back. Tak perlulah rancangan aku menjadi bahan passing.

Pengacara yang bertuah berkerja dengan aku malam itu ialah Dr. Asyraf Wajdi Dasuki. First time kami berkerjasama dan rasanya kami tak menghadapi masalah komunikasi langsung. Tetamu pula ialah Datuk Seri Ibrahim Abu Shah atapun lebih dikenali dengan nama 'fat pirate' oleh para bloggers. Tqs to Pengejar Masa atas info ini..Perbincangan berjalan lancar. Dr. Asyraf memang hebat mengendalikan siaran, sebab aku tidak sempat memberi feed apa-apa soalan tambahan. Semuanya datang dari dia dan aku hanya concentrate pada siaran saja. Dia juga ada harapan menjadi pelapis pengacara berkaliber seperti Tuan Sayed Munawar (abang???).

Keputusan pemilihan bagi Wanita Umno diumumkan oleh Pengerusi Tetapnya, Tan Sri Napsiah Omar, kira-kira jam 9.30 malam, manakala Pengerusi Tetap Pemuda Umno, Datuk Abdul Fattah Abdullah mengumumkan keputusan pemilihan pergerakan itu pada jam 11.20 malam.

Pengerusi Tetap Puteri, Rohani Abu Hassan pula mengumumkan keputusan pemilihan sayap termuda Umno itu, jam 10.57 malam.
Sumber : Berita Harian - 26 Mac 2009

Siaran aku bermula jam 9.42 malam dan berakhir jam 10.30 malam. Tiada sebab mengatakan aku miss keputusan berdasarkan keratan akhbar di atas.

Kepada calon yang menang, tahniah diucapkan dan kepada yang kalah, tunjukkan kesetiaan pada parti dengan terus memberi sumbangan. Aku sedih sebab Datuk Mukhriz Mahathir tak menang.

Tuesday, March 24, 2009

Malasnya Nak Menulis..


Akhir-akhir ini aku sangat sibuk Dah la sibuk, asyik sakit-sakit aje badan nie. Nak menulis pun bukan main malas lagi. Entry ini aku gagahkan juga tulis dalam keadaan kepala yang sedikit pusing. Cuaca ke? Atau memang antibodi semakin lemah?

Apa yang jadi akhir-akhir ini...Banyak! RTM pun banyak berubah dengan umat-umatnya sekali. Orang yang datang ke sini pun berubah juga macam tak pernah kenal siapa-siapa. Aku pun berubah juga, tapi minor la..tak nampak sangat kecuali aku sendiri yang perasan perubahan itu.

Aku baru balik bercuti..Percutian itu sungguh seronok tetapi aku tak bercadang menghebahkan keindahannya kepada umum. Cukuplah untuk mereka-mereka yang berada di sana saja mengenang keindahan itu.

Baru-baru ini juga aku mendapat segedebak durian runtuh. Ada yang aku belanjakan untuk membeli baju dan kasut baru. Sebahagian besarnya aku laburkan dalam unit amanah,dengan harapan pulangannya lumayan...walaupun ekonomi belum menampakkan tanda-tanda pemulihan. Masa aku bercuti, aku sempat tengok Fox TV. Hari-hari diorang buat survey pasal Obama peratus sokongan warga Amerika. Nyatanya sokongan terhadap Obama yang disangka angin perubahan semakin merosot. Jadi tanda-tanda ekonomi AS (dunia?) akan pulih dalam waktu terdekat agak tipis. Aku sendiri tak mengharapkan untung berlipat-lipat kali ganda. Tapi mana tahu, segalanya tidak mustahil...

Aku juga membeli 'permainan' untuk diri aku sendiri - yang aku gunakan setidak-tidaknya 20 minit sehari. Ok la, puas hati dengan keluaran Jepun itu. Semoga dengan bantuannya salah satu azam 2009 akan tercapai..Azam yang aku asyik carry forward setiap tahun.

Minggu ini aku akan sibuk dengan Persidangan UMNO....

Sunday, March 1, 2009

Kerana Allah SWT Itu Adil..


Bermula 2009, setiap kali aku ditimpa musibah atau dianiaya orang aku hanya berdoa dua perkara pada Allah SWT :-
  1. Berilah aku peluang untuk menjadi ibu dan ada zuriat sendiri
  2. Berilah rezeki pada aku untuk memiliki rumah banglo yang besar..

Agak pelik doa itu. Tapi better daripada aku mencaci-maki dan meminta agar tuhan memberi balasan yang sama agar manusia itu mengerti apa yang aku rasa apabila dia menyusahkan hidup dan mental aku. Macam mana aku menangis, sayu hati dan rasa diperhambakan, rasa diperkotak-katikkan dan lain-lain emosi yang negatif disebabkan manusia itu.

Hari ini aku merasakan Tuhan itu adil..Bukan kerana aku mengandung atau berjaya memiliki rumah banglo. Tapi kerana satu Malaysia melihat kebenaran itu..

Memang rasa nak bersorak riang, tapi aku fikir ada banyak benda lain lebih penting untuk aku buat iaitu memikirkan macam mana untuk kaya cepat, selesaikan hutang dan sambung Master.

Dan betul....doa orang teraniaya itu makbul. Ia makbul dengan cepat sebab bukan aku saja yang berdoa, ramai lagi.