Wednesday, March 26, 2008

Ruang Lingkup Ini


Hampir beberapa hari aku terfikir, kalau kesunyian itu begitu merantai, kenapa kita dikurniakan tuhan perasaan yang menyakitkan ini? Dan seringkali perasaan itu begitu menghantui sampaikan aku seringkali tersungkur olehnya. Penjaga hati selalu berpesan pada aku setiap kali aku berada diruang lingkup ini 'everyday is a new day..' Lupakan kesah semalam dan fikirkan masa depan. Tak boleh tidak, aku selalu memandang ke belakang dahulu, sebelum memandang ke depan. Walaupun sakit, itu yang menjadikan aku nampak hitam putih kehidupan. Sama ada aku menjadi lebih baik atau tidak, itu soal kedua.

Macam pelari terakhir dalam acara 4x100 meter. Aku tetap memandang ke belakang sebelum menyambut baton dari pelari ke-tiga. Sebagai sprinter, penyudahnya di tangan aku. Kalau team aku mendahului semua pelari lain, automatik emosi aku begitu kukuh untuk menyudahkan larian sekaligus meranggul emas untuk semua. Belum ada sekalipun ada pelari lain yang berjaya memintas seselarian emosi dan kesungguhan aku menyudahkan larian. Tapi bagaimana pula tatkala aku menerima baton itu, aku ditinggalkan oleh team yang lain? Ada lagikah keazaman untuk menyudahkan larian meski untuk merebut sebutir perak atau gangsa?

Aku mungkin sudah tahu kesudahan episod pertandingan tadi. Tapi, tak boleh tidak - harapan menggunung semua ditangan aku. Inilah miricle marvell yang diharapkan untuk mengubah situasi. Baton dicapai, aku perkemaskan larian dan satu demi satu pesaing aku tinggalkan. Bilakala semangat itu begitu menggila, aku pernah mengejar sisa-sisa pelari lain dan akhirnya meninggalkan mereka. Dan disitu, tatkala dada aku mencecah riben penamat, aku sedar tiada yang mustahil dalam hidup ini.Sorakan bergempita di mana-mana. Aku dijulang, bendera berkibaran dan guru pengiring tersenyum riang. Kawan-kawan lain memeluk aku dan mengucapkan terima kasih. Terima kasih? Kenapa bukan Well done?

Still..dalam riuk pikuk itu, ada juga kesunyian yang menjelang. Saat aku pandang kiri-kanan dan fade off audio di arena, barulah aku sedar. Aku dipuja dan dipuji kerana aku membuatkan hati mereka gembira. Aku tunaikan harapan dia untuk satu kemenangan. Aku buatkan sorakan mereka berbaloi. Tapi khalayak tahukah apa yang aku rasa? Mana nak tahu..Kalian tidak pernah merasa berlari dengan pasukan yang berada dalam keadaan mereka memakai kasut paku, dan aku pula berkaki ayam! Paling menyagat jiwa, dalam episod pintas memintas, kaki aku berselisih dengan paku-pakis mereka. Yup..kaki aku cedera. Hati aku turut cedera kerana masa itu aku tak mampu untuk membeli kasuk spike yang harganya lebih kurang RM 150 sekitar awal 90an. Tapi kerana kemenangan tadi, melenyapkan semua kesakitan yang ada.

Bagaimana kalau aku gagal membuatkan hati-hati keliling aku gembira. Aku calarkan dengan perkataan yang disalahtafsir, aku minta satu penjelasan dengan struktur dan gaya bahasa yang tidak dapat diterima umum. Then What? Melontarkan frasa maaf? Maaf berkali-kali sampai merasa betapa kerdilnya manusia ini...Bersedih-sedihan meminta maaf pada manusia sedangkan dosa-dosa yang saban hari aku kumpul pun jarang ditangiskan airmata memohon kemaafan dari-Nya. Then What?

Banyak benda yang membuatkan aku berperasaan seperti ini. Aku pelik, mana perginya aku yang dulu? Yang jiwanya kental..Buat apapun tak kisahlah walaupun langit menjadi sempadan (aku masih kunyah kenyataan ini sesungguhnya..) Jiwa yang begitu ampuh kini rapuh! Aku menyesali nasib ibubapa yang ditinggalkan anak di Rumah Seri Kenangan. Aku bersimpati dengan anak-anak kurang upaya di Rumah Ehsan. Aku melalui kesedihan yang sama dengan anak-anak yatim Hulu Kelang. Aku takut dengan masa depan orang melayu selepas PRU 12. Aku ngeri memikirkan menjalani operation dalam waktu terdekat. Membayangkan nasib palestin juga boleh membuatkan aku berdoa selamatkan dunia dari kekejaman yang berleluasa. Aku sedih sekiranya setiapkali aku bersiaran, aku gagal buat yang terbaik untuk diri aku.Mungkin aku takut pada perkataan gagal kot? Hmmm...Then What?

Inilah..bersendiri di ruang lingkup. Mengimbas kembali subjek dan predikat yang menyebabkan jiwa aku berkecamuk. Menyibukkan diri dengan menyusun kata-kata. Memaksa fizikal melakukan aktiviti. Mengepam jantung dengan nikotin dan fluid. Still, otak aku masih berlegar-legar memohon dapat kiranya dilepaskan perasaan yang begitu pedih ini. Tapi aku pupuk juga rasa ketidak apaan. Kerana aku telah mencuba walaupun aku masih gagal. Daripada aku menyesali semuanya dan tidak mencuba mengubah apa-apa.

Ada yang bertanya, kenapa banyak kesedihan yang dihamburkan. Dalam keadaan 27 tahun bernafas dibumi ini takkan tak ada moment-moment indah untuk dikongsi bersama? Aku pun bertanya soalan yang sama pada alam. Setelah aku kehilangan kata-kata hampir 1 jam 14 minit memikirkan jawapan di atas : -

Yup, sedih, duka lara, nestapa, gering, kecewa, gelisah dan yang sealiran dan seanekdot dengannya membawa konotasi yang hampir sama. Tapi tak bermakna bila aku selalu merasainya, aku begitu lemah. Rasanya lebih hipokrit untuk aku tidak mengakui sebenarnya aku berada dalam misery dan memomokkan khalayak dengan jenaka-jenaka semasa. Aku mempunyai perasaan sebenarnya....Untuk ceritera yang paling indah dan kadangkala moment yang berharga, mungkin tidak berbaloi untuk diceritakan. Memadai sesama sendiri yang memahami.

Aku tak mahu bila aku dibukakan white wine dalam hati aku sebenarnya menginginkan red wine...

Tuesday, March 25, 2008

Just Being Me


Aku dah kunci jam untuk bangun pukul 5.00 pagi. Tapi bila jam berbunyi, aku masih berat untuk buka mata. Nak kata tidur lewat, jam 12.00 malam aku dah mula masuk tidur. Yakinnya aku terus berlabuh kerana aku tersangat letih seharian bekerja. Jadi, aku lewatkan bangun jam 5.30 pagi dan terus mandi bagi memulakan pagi Selasa ini.

Terus telefon Public Cab, jam 6.34 pagi. Sampai 6.50 pagi takde bunyi, aku call lagi sekali. Baru dikhabarkan tiada teksi. Hmmm...lain kali bagitau la awal-awal. Tapi aku tidak menyumpah seranah sangat sebab aku nak mulakan hari ini dengan jiwa yang tenang. Aku sms SA dan memberitahu aku mungkin lewat. Tapi tak lewat sangat pun, siaran belum bermula. Dalam perjalanan ke OB Van, selisih dengan Gee yang baru nak masuk set. Sempat aku minta beliau berjumpa aku selepas siaran sebab aku perlu bercakap dengan beliau soal kerja.

Siaran lancar..Cuma ada masalah miss-communication yang menyebabkan Lintas Langsung Hari Peringatan Polis Ke-201 yang sepatutnya bermula jam 7.50 pagi terpaksa masuk jam 8.00 pagi. Yang buat aku tambah tension, kata nak habis pukul 9.30 pagi. Rupa-rupanya seawak 9.15 pagi dah selesai. Sekali lagi, aku tidak menekan perasaan semua orang dan aku buat apa yang terdaya untuk mengisi masa senggang tadi.

Dalam slot hari ini, para pemenang kuiz Syahadah telah diundang ke studio untuk mengambil hadiah kemenangan mereka iaitu tiket ke Beijing dan tiket Umrah. Wah, seronoknya....Sebelum itu, temuramah bersama Timbalan Pengarah yang aku sayangi (sayang ikhlas, bukan bodek) Dato Adilah Shek Omar dan Pengarah Utas Travel selaku penaja utama kuiz terbabit. Alamak, ada 10 minit pulak extra time. Aku minta roll satu pakej dan kerah pengacara pergi ke set asal untuk closing. Nasib baik sempat, walaupun agak terkejar-kejar.

Selama aku menjadi penerbit SPM, aku tak pernah bercita-cita untuk pasang lagu Ramlah Ram sebagai lagu selingan atau lagu penutup. Nanti ingat aku menjaga hati suaminya pula yang sememangnya kamceng dengan aku. Tapi sebagai penghargaan kerana beliau memenangi pertandingan Hits Akhir, aku roll habis, full song. Saat itu juga aku sedar kenapa aku rasa lagu Ketentuan itu dekat dihati aku yang cedera. Yups, just being me. Ada masa happy, banyaknya sedih dan selalunya buat-buat happy.

Selesai siaran, aku dipanggil untuk jamuan ringan bersama tetamu-tetamu tadi. Hmmm...tak apalah. Aku sedikit keseganan. Mungkin kerana muka aku tak begitu indah sebab masih ada sisa sembab dan eye bag agak ketara. Aku lepak berasap dan mengacau sesiapa yang lalu lalang..Satu lagi sebab aku tak nak pergi ialah sebab nanti kakak aku seorang ini akan berkata pada Dato Adilah yang aku nie dah pandai pakai baju kurung...Dah berubah..bla...bla.bla..Aku pakai baju kurung sebab aku tak payah iron. Yup..just being me. Kalau dapat t-shirt dengan jeans pun ok. Tak kisahlah nak kata tak feminin ke, mukminin ke.

Sempat aku jumpa Gee dan Shuhaimi, pengacara pagi tadi. Aku meminta maaf dahulu sebelum bercakap. Boleh? Hmmmm...tak nak ada yang terasa lagi. Aku bagitau apa yang aku rasa dan meminta masing-masing memperbaiki apa yang patut di baiki. Kalau aku nak terangkan pun payah. Sebabnya, bukan aku yang ada di depan kamera. Jadi tips ringkas aje la..Diorang bole accept kot, i guess.

Disebabkan aku belum makan, Gee bawa aku lepak Mahbub dan aku alas perut. Itulah menu untuk tengah hari dan makan malam. Malam ini aku nak bersendiri sambil melayan DVD Scrubs. Aku dah hilang semua..Alang-alang biarlah aku mengisi kehilangan itu dan melayan emosi sambil menanti bila kala dia akan keluar dari daerah yang ber Lumut dan menghantar sms yang mampu membuatkan aku tersenyum kembali. Ah, rindu!

Just being me...Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm.........

Monday, March 24, 2008

Dengar Bisikku


Kadang aku berfikir, dapatkah kita terus cuba
Mendayung perahu kita, menyatukan ingin kita
Sedang selalu saja, khilaf yang kecil mengusik
Bagai angin berhembus kencang, goyahkan kaki kita

Genggam tanganku jangan bimbang
Tak usahlah lagi dikenang
Naif diri yang pernah datang
Jadikan pelajaran sayang
Dengar bisikanku oh Dinda
Cuba lapangkan dada kita
Terima aku apa adanya
Jujur hati yang kita jaga

Bila gundahmu tak menghilang
Hentikan dulu dayung kita
Bila kau ingin lupakan aku
Ku tak tahu apalah daya…

Sunday, March 23, 2008

Khilaf

Dalam kehidupan seharian, kita sedaya upaya menjaga hati manusia-manusia yang berada disekeliling kita. Bukan kerana usaha dan daya yang kita lakukan itu mengharapkan balasan, tapi banyaknya lebih pada manusia yang menerima setidaknya gembira dengan sedikit courtesy yang diusahakan.Harapannya agar hubungan itu berpanjangan dan berkekalan. Apatah lagi kalau hubungan itu seharusnya menjadi satu berhubungan yang indah.

Sebagai manusia yang tak sempurna, kadangkala kita selalu terkhilaf. Terkhilaf dari segi perbuatan..terkhilaf dari segi pemikiran dan yang selalu mengusik - terkhilaf dalam menyusun perkataan. Tanpa sedar, ada hati yang terluka dan ada jiwa yang retak bahana kekhilafan tadi. Aku selalu terkhilaf kata, dan kata-kata ini memisahkan hubungan aku dengan manusia yang lain. Ada yang boleh menerima dan ada yang menuntut justifikasi dalam perkataan aku yang membuatkan dirinya terasa. Bagaimana pula jika dia terus menjauh?

Hmmmm.......kalau manusia tu memang tak membawa sedikit makna pun dalam kehidupan aku, silakan bergerak jauh dari radius aku. Sedikit tidak aku sesalkan apatah lagi mahu memohon kasih. Bagaimana pula kalau kekhilafan aku menyebabkan aku semakin samar di mata manusia yang aku senang bersama. Lebih parah, aku mulai merasa selesa dengan kehadiran manusia itu. Lebih pedih - aku seolah mengosongkan sedikit ruang hati untuk manusia itu bertapak!

Macam badi..setiap kali aku mencuba menjadi sahabat yang baik, aku langsung gagal. Pedihnya kegagalan itu sampai aku kesali setiap titisan airmata yang menitis olehnya. Kenapa perlu disesalkan? Aku dah mencuba untuk menjernihkan keadaan, tapi nyatanya bukan mudah mengubat jiwa yang luka. Itu aku tahu, aku sendiri pernah merasa.

Ya, kawan senang dicari. Tapi untuk mendapat kawan yang boleh menerima kita seadanya memang sesuatu yang teramat sukar. Dan yang paling aku kesalkan ialah apabila kejujuran yang aku pamerkan selalu cenderung disalah tafsir. Aku minta maaf..Bukan setakat minta maaf, aku turut merendahkan ego aku yang lebih kurang sama saiznya dengan ego seorang lelaki. Kali ini aku bertekad, aku akan terus menghilang, sampailah dia sendiri melembutkan hatinya yang maha keras tu. Kalau dia merasa seolah dirinya saja yang terluka, nyata dia silap. Aku lebih terasa kerana aku tak sangka sebegini tragis pengakhirannya.

Aku harap dia faham. Tapi tak mungkin, dia tak tahupun kewujudan medan ini!

Thursday, March 20, 2008

Kisah Harta Sekangkang Kera

Baru-baru ini aku ke mahkamah untuk menyelesaikan kes tuntutan harta arwah abah yang tertinggal. Hanya aku, mama dan Ali yang ke kamar bicara. Kakak tak dapat hadir sebab anak-anaknya bersekolah, sementelah dia baru sahaja bersalin. Jadi kami bertiga pergi dengan harapan kes ini selesai segera.

Kesnya agak rumit..Sebidang tanah atas nama arwah, yang menjadi tuntutan saudara mara lain atas sebab mereka menetap di situ. Ikut hukum dan undang-undang, ia menjadi harta balu dan anak-anak. Tapi sebab kami sendiri pun tak kuasa nak panjang-panjang dan mengeruhkan keadaan, kami semua terpaksa menunggu keputusan mahkamah.

Isunya, keluarga aku kena serang dan macam-macam cerita karut keluar. Mungkin ayah aku dah cagar tanah tu la, mak aku melewatkan hal ini ke mahkamah dan lain-lain cerita karut zaman-berzaman semuanya dibongkar kembali. Sayangnya masa kejadian itu, aku dan suami sedang bercuti dan menyambut hari lahir aku di Pulau Pangkor, Perak. Apapun, aku bersyukur sebab Ali ada semasa peristiwa ini terjadi. Setidak-tidaknya, dia dapat mengawal keadaan.

Di kamar bicara, aku biarkan Ali dan mama meluahkan pendapat dia kepada tuan yang bertugas (tak pasti, hakim atau majistret). Pening juga kepala tuan itu mendengar cerita ini. Diringkaskan, wang tanah dari kerajaan negeri itu dibuat atas nama arwah. Secara automatiknya, ia dimasukkan ke Amanah Raya dan perlu menunggu semua waris mencecah usia 17 tahun, barulah boleh dituntut. Kami dinasihatkan mendahulukan wang sendiri dahulu, yakni 2 bahagian adik-adik aku yang belum berumur 17 tahun. Kira-punya-kira, dekat 24k jugalah perlu disediakan jika kami mahu kes ini selesai segera.

Aduh, aku dah tepuk dahi! Itu habis cara yang boleh diguna untuk menyelesaikan konflik rumahtangga ini. Dan bila aku memberitahu hakim tentang sesuatu situasi (agak sensitif untuk ditulis), tuan itu bersetuju itu cara yang terbaik dan meminta aku dan Ali berbincang tentang pelaksanaannya. Mak aku dah mula beremosi..Aku faham kesedihan yang bersarang dihatinya sebab aku merasakan perasaan yang sama. Tapi sebab aku bertekad untuk selesaikan hal ini demi ketenangan emosinya juga, mak aku akhirnya setuju.

Aku tak faham sebenarnya, kenapa manusia lapar harta. Kerana harta semuanya berantakan. Belum masuk kes sampai menyampai yang tambah membarahkan keadaan. Nilai tanah itu tak banyak mana. Kalau dibahagi 8 bahagian, setiap seorang dapat lebih kurang nilainya deposit sebuah rumah teres 1 tingkat. Ya, itulah nilainya yang menyebabkan semuanya berkecamuk.

Kami dinasihatkan membawa kes ini ke mahkamah tinggi, atas nama pembelaan. Tapi aku bertekad, aku tak akan menyusahkan hidup kami sekeluarga hanya kerana wang ringgit yang aku bole habiskan dalam jangkasama 1 minggu. Kalau nilainya paling kurang RM3 juta, layaklah kami berkapak-kapak mendapatkannya.

Siapa benar siapa salah di sini tak penting. Mahkamah dunia hanya boleh membuat keputusan berdasarkan bukti. Tetapi mahkamah akhirat membuat keputusan berdasarkan hak. Hak yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia biasa.

Cepatlah kemelut ini berakhir..Aku dah tak kuasa nak bertekak mengenainya.

Tuesday, March 18, 2008

Hari Baru, Jiwa Baru

Aku tak nak ulas pasal pembentangan barisan Kabinet 2008. Aku dah coretkan dengan jelas dan nyata dalam blog Luahan Dari Papan Kekunci. Seronoknya dapat feedback yang positif dari panel dan juga penonton. Ada juga semangat untuk terus berkerja dan berkarya.

Sudah dua hari, aku rasa berjiwa dan bernyawa kembali.Thanks to Dr. Sarjit Singh, penganalisa politik / social anthropologist dari UPM yang aku kira berjaya membuka horizon aku tentang memahami masyarakat dan memahami diri aku sendiri. Selama ini aku begitu benci untuk membicarakan beberapa topik yang aku kira tiada kesudahan. Apatah lagi kalau topik itu, jika aku ulas menampakkan ketidakcerdikan aku dalam membincangkannya. Tapi sebaik aku menghabiskan minit-minit berbualan dengan beliau, aku meyakinkan diri aku sendiri yang sebenarnya aku 10 kali lebih bijak membincangkannya daripada pengacara-pengacara perempuan yang ada di Malaysia. Dan Dr. Sarjit juga berjaya mendidik aku secara tidak sedar tentang betapa pentingnya memahami manusia secara keseluruhannya.

Secara tidak sedar, kebencian aku kepada beberapa individu dan perkara semakin berkurangan. Banyak benda lain yang aku perlu tumpukan, daripada melayan perasaan yang tiada kesudahan. Aku mula menyibukkan diri dengan kerja-kerja rumah, merangka pelan jangka masa yang tidak pernah jemu aku buat dan juga memikirkan menyelesaikan apa juga permasalahan dengan cara yang berhemah.

Betul kata Dr. Sarjit, bila bercakap tentang kesan kita akan cenderung memikirkan tentang kesan buruk sahaja. Aku aku sempat menambah, perkataan gejala juga membawa konotasi yang hampir sama. Kenapa tidak memikirkan kesan dan gejala positif? Selepas statement itu, otak aku berputar lagi dan rasanya pembuluh darah tidak tersumbat lagi!

Hmm...mungkin aku berperasaan begini kerana akhirnya aku ditemukan dengan regu yang sesuai untuk bersembang - baik ilmiah atau tidak. Sebenarnya, aku betul-betul rasa rendah diri bila bersembang dengan manusia yang tahu almost everything, sebab aku rasa betapa kurangnya IQ yang aku ada. Tapi baiknya, dari situ aku mengkaji balik kenapalah benak sangat otak aku tentang sesuatu isu. Atau aku sendiri terlalu selektif dalam memilih apa yang perlu aku simpan dalam memori. Rasa-rasa tak minat, abaikan saja.

Hmmm...aku teliti balik manusia-manusia yang berjaya membuka ruang lingkup Abbybaini. Mungkin jurang usia yang nyata antara kami menjadikan menjadikan mereka begitu sabar melayan bicara aku dan mungkin aku kagum dengan kematangan mereka yang selaras dengan usia mereka. Pengalaman itu aku kunyah menjadi makanan tambahan dalam membentuk revolusi minda yang baru. I guess..

Friday, March 14, 2008

TGI Friday...

Jumaat hari paling lemah sekali buat mereka-mereka yang bekerja. Apatah lagi orang macam aku yang seawal 5.30 pagi kena bangun untuk ke studio. Nasib baik baju kurung yang baru beli minggu lepas elok tergantung dalam almari. Maka, dengan kurung berlabuci lip-lap-lip-lap dan baju assasin, aku menuju ke Studio IBC dengan bantuan Public Cab.

Aku drop beberapa item yang agak kontroversial. Takut nanti tak kena dengan suasana Malaysia selepas PRU 12. Tapi cacat sikit tadi, pakej Sabah ada pulak sebut tahun 2007. Fine, aku ingatkan AP yang bertugas check dulu sebelum select apa juga item. Lagu back-up pun tak banyak. Tapi aku sempat pasang lagu Gerhana Ska Cinta dengan Bumiputra Rockers. Barulah indah pagi Jumaat yang permai ini..

Tadi aku terlepas baran pada Iesya, compere yang mengendalikan siaran Jumaat tadi. Aduh, aku menyesal sendiri. Tapi aku dan email pada dia, mohon maaf pada kedua-dua pengacara. Tak sempat nak call atau sms. Aku off hp sebaik saja tamat siaran. Malas nak layan siapa yang call urusan kerja..

Terus balik rumah. Nak masak apa pun takde melainkan mee segera juga adanya. Aku sampai dah tak lalu nak makan kat mapley, mee maggi dan juga Mc D. Tapi perut kemain lapar lagi. Order jugak Mc D. Sayangnya...aku tak lalu nak habiskan hidangan Mc Value itu. Membazir aje duit..

Ingatkan nak tido, tak mengantuk pula. Tadi macam-macam tak cukup tidur sampaikan rasa nak bangun pukul 6.00 pagi. Sudahnya aku layan internet dan bertenet di sini. Pun terasa bosan. Nak siapkan proposal yang diminta oleh client, idea pulak macam bengong. Tapi siap jugak. Bolehlah hantar screening A.B.U kot yang berlangsung kat Malaysia aje..He..he..he..Aku juga yang merasa pergi Beijing.

Bestnya Jumaat...esok Hadi balik. Aku nak ajak pergi Tesco nak beli beg travel. Bajet lari sungguh sebab adik aku kawin aritu. Mana yang termampu aku tong, aku tong aje walaupun lepas tu ting-tong aku tengok duit ringgit yang tak berapa nak cukup berjalan. Redha juga adanya..bukan untuk orang lain.

Bole ke nak hidup nie???
Nasib baik hari ini Jumaat..at least ada 3 hari yang aku tak banyak guna duit sebab terperuk aje kat rumah ini.

Thursday, March 13, 2008

Hmm...Tak Tahu

Hari nie aku malas nak datang ofis. Satu sebab aku sendiri bangun agak lambat, walaupun jam berbunyi dah banyak kali. Dua, pipi aku nie bengkak. Maybe sebab gigi bongsu baru nak tumbuh. Sakitnya rasa macam nak meraung aje..

Ingatkan nak spring cleaning, haram. Aku habiskan masa dengan melayari internet mencari informasi apa yang patut selain menonton koleksi DVD yang penuh dalam almari. Bosan juga...Nak keluar pulak terasa amatlah malas sebab semalam aku dah keluar.

Aku selongkar kotak lama yang berisi surat-surat, kad raya dan kad kiriman kawan-kawan yang mana masih ada dalam simpanan. Banyaknya dari zaman aku form 4 sampailah zaman UiTM. Tak lupa, surat-surat cinta lama yang buat aku tersenyum dan merindu ketiadaan Hadi.

Tak tahu kenapa, kali ini aku rasa lain macam sekali bila beberapa surat layangan Hadi aku ulang baca. Tak tahu juga, adakah masih relevan ungkapan kata bernafas cinta yang terpampang depan mata aku. Lama aku try digest isi kandungannya..Apa yang aku takut, aku banyaknya menghampakan Hadi dengan tindak tanduk aku dulu yang tersangatlah keras kepala dan keras hati.

Tak tahu juga, mungkinkah lompang dan vakum dalam hidup kami ini menjadikan aku begitu skeptikal sekali. Bila aku baca kembali catatan aku pada nukilan-nukilan yang lampau, barulah aku tersentak sendiri. Sepanjang tahun ini, aku melarikan diri dari kenyataan hidup. Terlalu takut dan dayus untuk berjuang dalam hidup. Semalam aku sentap lagi..Seorang kawan yang baru aku kenal mengatakan sesuatu yang agak tepat - tidak sesuai dengan pemahaman beliau yang baru saja kenal aku. Itupun tidak secara menyeluruh..

Ok..aku cuba untuk mengubahnya..paling tidak 2008 ini aku akan berusaha sehabis daya dan redha dengan apa juga keputusannya. SMS aku layangkan pada Hadi. Aku rasa, sudah tiba masanya aku buat keputusan yang wajar untuk kedua-dua belah pihak. Tapi sungguh, aku meragui keputusan aku sendiri. Hadi minta tunggu dia balik..Kemudian kita bincang apa yang terbaik untuk hidup kami.

Tak tahu la..Tapi aku yakin. The moment aku start jumpa doktor balik, kena inject, makan ubat itu dan ini, inject lagi dan lagi saban minggu consulting - aku sure jadi macam tahun lepas. Tension, helpless dan paling aku nak elak - giving up! Bukan dengan Hadi saja, dengan diri aku sendiri.


Hmmm..untuk kesejahteraan semua pihak, aku beralah sekali lagi. Tapi who knows, berapa lama aku bole terima semua benda nie? Bak kata Kak Gee, ini semua kuasa Tuhan. Ada hikmah disebaliknya - yang aku masih terus mencari.

Tuesday, March 4, 2008

MC

Lama aku tak dapat MC. Akhirnya setelah seminggu menahan sakit dan alahan yang agak kronik, aku memberanikan diri berjumpa dengan Dr. Mona.

'I think u stress..i mean over-stressed'
Why doc?
'U look miserably distress..bla..bla..bla..'

Selesai sesi soal jawap, aku dapat MC 2 hari. Yey!..Duduk rumah. Makan ubat, tido, makan ubat dan tido.

Saat aku melayan Season 2 Sex In The City, aku terfikir - Macam mana kalau hidup aku jadi macam dia. Takde saving, takde boifren, heavy smoker dan setakat menyewa. Dan kalau Carrie sakit, i guess dia jadi macam akulah sekarang..

Sunday, March 2, 2008

Cerita Abbybaini

Lama aku tak update blog. Bukannya kerana semangat untuk menulis tu dah tak ada, tapi percaya atau tidak, setiapkali aku nak menulis di sini ada saja halangan yang menimpa. Hari ini aku aman Malaysia..Bole tulis dengan lapang tanpa ada kekangan..

Bnyk yang terjadi bilakala 2008 membuka tirai. Rujuk sajalah blog aku sama ada di friendster atau di Facebook. Apapun, aku rasa lega sebab konflik besar yang mampu meruntuhkan hubungan aku dengan Hadi ataupun kawan berjaya juga ditangkis. Satu permulaan, aku tidak lagi di unit HEA sebaliknya dipindahkan ke UESTV.

Satu-satu masalah besar berjaya aku lalui. Walaupun masa nak lalu tu aku selalu rasa give-up. Aku nie tak betah dengan masalah. Mulalah rimas dan cemas. Oh, ya..Hadi dah mula kursus dan Ogos nanti barulah kami melalui zaman rumahtangga yang normal. Aku aku tidak lagi meneruskan berjumpa doktor untuk follow-up apa juga masalah kesihatan yang aku alami. Kadangkala, doktor tu rajin juga call. Aku pun rajin jugak cancel setiap call yang dia buat. Basically, aku rasa aku dah normal kot..

Aku juga sudah tidak rajin menelefon sahabat-sahabat di Brunei, khususnya manusia yang pernah membuat jiwa aku kacau seketika. Aku bersendirian..Keluar dengan Areen dan Rina sekali sekala dan selebihnya aku sendiri. Seronok juga..membuai perasaan dengan pelbagai aktiviti khususnya menonton DVD yang penuh dalam almari.

Aku selalu rasa jiwa aku kosong. Tambahan dengan Hadi tak ada, 15 x ganda kosongnnya. Seorang abang yang dahulu cukup setia melayan kerenah aku pun dah tak bole luangkan masa dengan aku, walaupun untuk minum teh. Dulu, sebelum aku kawin bukan main lagi. Dan berjanji pertukaran status aku tidak akan mengubah apa-apa. Aku faham, sibuk dengan keluarga. Dulu bukan berkeluarga jugakah?

Saat aku menjawap sms menceritakan hidup aku mulai berubah kerana macam-macam konflik dalaman, barulah dia macam mula nak menyalahkan diri sendiri. Sorry sebab itu, sorry sebab ini..Nanti kita jumpa. Tapi aku malas nak fikir sangat sebab pada aku, aku dah cuba untuk mencari manusia yang memahami. Lebih baik aku sibukkan dengan insan-insan lain yang mungkin nasibnya sama macam aku, ataupun boleh buat aku tersenyum walaupun tak sampai 5 saat.

Tadi aku melayari Youtube dan aku sedikit tersentap dengan statement yang aku dengar. Kalaulah dia tahu yang aku tak pandang dia seperti mana orang lain memandang dan menyanjung dirinya. Cukuplah untuk dia tahu, dia dalam circle sahabat aku. Sedikit pun aku tak nak tempias popular yang melimpahi nama dan mukanya. Tapi itu semua kalaulah...

Aku hanya manusia belakang tabir. Tak sepopular DJ Zaff, DJ Julia, DJ Anne yang pernah satu kelas pun dengan aku..Buat Zaff (aku panggil ko Rina gak..) terima kasih kerana tidak mengubah apa-apa dalam friendship kita. Kalaulah kita re-call balik kenangan zaman belajar, berjaga sampai 7 pagi dll, 3 hari 3 malam pun tak cukup.

Merenung masa silam sungguh mudah. Aku mampu tersenyum, menangis dan ketawa. Tapi merenung masa depan lebih sukar, kerana aku tak dapat tebak apa yang akan jadi - walaupun aku mengharap yang indah-indah belaka.