Thursday, October 30, 2008

Semalam Di Shah Alam

Gelas dan hiasan meja kopi yang ringkas, tapi menarik..

Semalam aku berpeluang melawat rumah seorang kawan baik yang baru berpindah rumah. Kebetulan Hadi mahu menziarah kawan beliau yang kehilangan bapa di Meru, jadi aku minta dihantar ke Seksyen 8, Shah Alam. Jadi, dapat juga aku ke rumah kawan itu..

Kami bertemu di Restoran Darul Ehsan...pekena Roti Boom dan segelas Milo Ais. Sempat bercerita kisah pejabat yang sentiasa lucu...hal kerja yang memerlukan kami berganding idea dan hal-hal lain berkaitan kehidupan. Setelah kenyang, barulah aku dibawa ke rumahnya...

Wah....aku terkesima sebentar sebaik sahaja masuk ke rumah beliau. Otak menerawang merata-rata. Dia sudah ada rumah dan kereta sendiri..Tapi apa yang aku ada?

Kami mengisi malam itu dengan menonton filem Take The Lead yang ditayangkan di 8TV. Sambil-menyambil bercerita tentang rumah yang indah itu..

Jeles memang jeles....tapi aku yakin setiap manusia ada rezeki masing-masing :)

Monday, October 27, 2008

Setengah Hari Di Temerloh

Aku dibawa melawat keluarga angkat pemilik HUMMER H2 di Temerloh, Pahang. Agak excited nak pergi sebenarnya. Mungkin sebab dah lama kami tak berjalan-jalan bersama sementelah aku asyik kerja dan dia asyik kursus memanjang. Kedua, sebab katanya rumah itu betul-betul sebelah Sungai Pahang dan ketiga - makan! Kata dia, pernah udang sebesar lengan menjadi hidangan semasa 2 minggu dia menetap di sana..


Sungai Pahang mengalir lesu...
Sampai Temerloh, kami dijemput makan tengah hari..lauk ikan patin tempoyak dan beberapa lauk lain. Dia pulak menyakat aku, kononnya aku teringin nak makan udang besar. Cheh! Bikin malu anak negeri aje..dan sebelum balik, seekor udang sebesar telapak jari menjadi buah tangan...sebatang lemang sebesar lengan dan keropok bawang seplastik besar. Aku kena paksa makan nasi goreng kampung...

Aku juga dibawa minum Ais Jagung yang paling heaven sekali di Temerloh...kedai yang enak itu bernama Singgah Sokmo. Kalau la aku nie pengarah drama / filem, komfem aku shooting kat area Temerloh selain Sabak Bernam.



Meh, singgah!

Air jagung yang lazat dan Pakcik Peter
Nasi Goreng dan ayam goreng...

Saturday, October 25, 2008

Tak Sihat..


Sejak balik dari rakaman Bicara Siswa, aku demam teruk. Tak tahu, adakah sebab cuaca ataupun demam urat kerana berurut. Aku tak ada idea nak tulis apa pasal pengalaman aku di USM, Penang. Cukuplah sekadar aku berpuas hati dapat berkerja luar dari KL.

Mujur set designer yang dihormati ada membuat sedikit catatan rakaman itu. Bole klik
di sini untuk bacaan lanjut.

*Cough...cough...cough...

Take A Bow...


Dalam perjalanan ke satu lokasi yang aku tak ingat, Fly.FM menghiburkan kami dengan lagu nyanyian Rihanna, Take A Bow. Dan mulut aku terkumat-kamit menyanyi bait-bait lagu yang enak didengar.
But you put on quite a show
Really had me going
Now it's time to go
Curtain's finally closing
That was quite a show
Very entertaining
But it's over now (but it's over now)
Go on and take a bow
Dan satu suara mencelah...
'Ya...sebab itulah i dapat award Pengarah Terbaik dan teater terbaik Malam Adiwarna...'

Yes, it's all about you!Dan aku memandang cermin luar dengan rasa chemburu..

Wednesday, October 22, 2008

Hmmm...Tolong Tuhan!


Otak aku menerawang memikirkannya dari semua angle..


Kata orang, jangan fikirkan sangat, takut impian tak seindah kenyataan. Kata aku, tak rugi berfikir..bukannya kena bayar sementelah dalam bilik termenung pun boleh berfikir.

Aku diminta untuk jangan fikirkan sangat hal itu...biarkan...dan diamkan aje sampailah soheh terjadi seperti yang diinginkan. Pantas aku memikirkan perkara lain yang less pressure tapi aku terfikir pulak benda lain yang cuba untuk tidak aku fikirkan...?!

Melihatkan ramalan Nostradamus, seolah-olahnya hampir menjadi nyata..Tengoklah...mungkin belum tersurat walaupun aku mengharapkannya bagai nak gile!
Penat berfikir rupanya...

Antara 2 Makhluk...

Aku nak cari DVD Critters dan meminta seseorang utk download dari internet sebab kat pasar haram aku tak pernah jumpa DVD ini.

Aku : U bole download cerita Critters utk i tak? Critters 1-3?

Dia : Oh, Critters yang comel tapi bila kena air jadi jahat dan hodoh tu ke?

Aku : Tak..Critters ni hodoh dan makan daging. Bila berkumpul dia bole jadi besar la..la..la..

Dia : ???


Jadi, inilah rupa bentuk Critters yang hamba maksudkan...

Gremlins pula citer mengada-ngada konon chomel tapi sedikit keji yang aku tak gemar. Tapi DVD u aku beli untuk kakak tengok bila dia datang umah aku nanti..

Gremlins masa chomel dan macam siye...

Friday, October 17, 2008

Rakaman Isu Semasa...

Wah..hari ini sungguh mengujakan dan meletihkan!!

Aku menggantikan Kak Iza menerbitkan rancangan ISU SEMASA kerana beliau mempunyai 'kecemasan'. Walaupun aku tak pernah buat talkshow di UESTV, itu bukannya satu halangan. Semasa di HEA aku pernah menerbitkan Sembang@10 dan beberapa program talkshow yang lain. Ini kira proses ulangkaji saja..

Tak kisahlah kerja malam walaupun esok aku kena memantau penerbit baru yang double-banking dengan aku. Tak kisah juga aku masih tak boleh tidur merana menulis entry ini. (Aku baru lepas kemas rumah, basuh pinggan dan baju...Itu yang tak boleh tidur lagi..) Sejujurnya, aku lebih suka kerja malam sebab aku malas nak bangun awal pagi.

Apabila dikhabarkan panel esok ialah angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, aku memang excited. Bukannya apa...semenjak beliau turun ke bumi melanggar kerajaan langit Ayah Pin aku tak pernah nampak kelibat beliau di sini. Apabila aku semak RO panel lain ialah Datuk Mukhriz Mahathir, oh-mak rasa nak melompat rasanya...Inilah pemimpin era baru yang aku kagumi sementelah aku memang pro ayahandanya, Tun. Dr. Mahathir.

Lagak seorang penerbit berkerja..

Bersiaran dari Studio 2, Wisma TV


Selepas siaran, aku enggan melepaskan peluang bergambar dengan 2 personaliti ini. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar memang dah kena serbu, begitu juga Datuk Mukhriz. Kerana risaukan Datuk Mukhriz balik awal, aku mencelah awal untuk bergambar dengan beliau. Eh, penerbit...kenalah beri ruang dan peluang idak gitu?

Aku dan Datuk Mukhriz Mahathir..
Selesai bergambar dengan beliau, tanpa aku sedari sang angkasawan dan berdiri sebelah aku untuk bergambar. Tak menggigil lutut dan berderau urat saraf dibuatnya..Aku nak bergambar dengan beliau itu lumrah. Dia menanti bergambar dengan aku itu luar biasa! He..he..he..dalam hati aku masih teringatkan seseorang yang berada di puncak Genting..

Aku dan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar..gigil sekejap dibuatnya.

Penerbit, tetamu dan pengacara...

Krew Penerbitan yang terlibat

Setelah semuanya usai, aku melepak di bilik VVIP melepaskan lelah dan dahaga. Baru aku teringat..aku tidak ada sekeping pun gambar dengan Sayed Munawar. Aku pertama kali berkerjasama dengan beliau semasa Pembukaan Parlimen tahun lepas. Tuan Sayed adalah pengacara yang paling mudah untuk aku berkerja kerana beliau sendiri telah lebih 11 tahun berpengalaman di dalam arena pengacaraan.

Tuan Sayed dan aku..
Lega....tapi aku masih menanti bertemu dengan M.Nasir sebagai tetamu walaupun berkoyan-koyan gambar beliau dalam simpanan aku..

Esok aku akan ke USIM untuk rakaman Bicara Siswa..

Monday, October 13, 2008

Rumah Terbuka..Buurgh!

Terlebih dahulu aku ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang jemput datang rumah terbuka. Maaflah andainya ada jemputan yang gagal aku hadiri. Maklum, semuanya pakat buat serentak dan perut aku pun menangis minta dikasihani..

Yang buat aku terharu, pastinya ketika aku menghadiri jamuan makan-makan hari raya di Unit Hal Ehwal Awam. Ingat juga mereka pada aku walaupun hampir setahun aku berpindah unit. Menunya, ya rabbi, memang feveret aku. Ayam masak tomato, kurma daging, daging masak lemak, ikan bilis goreng, sambal belacan dll...Menyebutnya pun berdecip-decip menahan air liur!

Rendang Daging yang lazat...
Oh, Ayam Masak Tomato....recipe of success Datuk Siti Nurhaliza

Wal Qurma Daging yang belum kehabisarullazi...

Malam Sabtu yang lalu, aku menyerang rumah Kak Sue. Sudah berapa lama aku tak ke sana pun aku dah tak ingat. Zaman Kak Sue mengacara Sembang@10, kami memang rapat giler. Sejak dah berpindah unit, jumpa pun kejap-kejap aje. Jadi aku mengambil kesempatan untuk beraya sambil catching thing's up dengan dia..Kak Sue masak laksa dan Nasi Minyak..Hmmm, ayam lagi! Next time aku nak paksa Kak Sue masak Asam Pedas sebab menu itu paling hebat yang pernah aku rasa...
Aku dan Kak Sue
Sabtu pulak, aku ke Wisma Perwira menghadiri rumah terbuka Elyana. Dia merupakan kawan zaman sekolah rendah yang dah berapa tahun aku tak jumpa. Bersama Pengejar Masa dan Areen kami menikmati menu wajib raya. Aku happy bukan saja sebab menu tu sedap, tapi sebab dapat jumpa x-SKLK yang lain seperti Zaynah dan Shida. Pertemuan dengan Shidah adalah setelah 15 tahun tak berjumpa!

Aku makan dengan pelahap sambil Areen dan Elyana bersembang..

Antara makanan yang aku jamah...

Bull's Eye Nasi Himpit

Selepas balik dari rumah terbuka Elyana, aku melepak di rumah Areen. Masih juga aku makan. Kali ini cakoi dan pau goreng. Bertambah sihatlah aku sementara Syawal masih berbaki ini. Tak cukup selepas itu, kami lepak di Chawan, Bangsar dan aku makan pulut kuning berendang daging pula..

Nak hambeklah...

Pasni kena carik ubat lawas!!!!

Wednesday, October 8, 2008

Saya Telah Di Tanda!

Kredit Foto : bp1.blogger.com/.../s400/Ive+been+tagged.jpg


Atas permintaan DJ fofular Suria.fm merangkap sahabat baik selamanya, Zaff, maka aku bersetuju untuk meneruskan kelangsungan tagged/mengetagged ini..

The rules: Link to your tagger and post these rules on your blog. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird. Tag at least 3 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.


1. Saya adalah penggemar warna oren...dalam almari memang melambak baju kaler oren. Ia tiada kena mengena dengan Zahid AF2 dan saya benci dikaitkan soal warna ini dengan beliau...

2. Saya takut dan sangat gayat apabila berada ditempat tinggi!! Kerana itu saya tidak akan main permainan di Theme Park Genting, berada di tinggat 3 ke atas KLCC sambil memandang bawah, flying fox, saya tak mungkin naik Eye On Melaka apatah lagi Eye On Malaysia etc. Tapi teringin pulak nak makan kat Restoran Berputar Menara KL...Boleh?

3. Saya peminat fanatik M.Nasir...janganlah kalian berani mengutuk beliau di depan saya kerana saya tidak gemar mendengarnya dan saya akan mempertahankan beliau sesungguhnya...

4. Saya manusia berjiwa halus, emosional dan panas baran. Bagi mengelakkan saya melakukan rusuhan ataupun terjadinya peristiwa di Columbine High School satu masa dulu, saya akan menulis, karoke terjerit-jerit sampai suara hilang, mengadu pada mama sambil menangis-nangis dan sambung nangis sebelum tidur. Paling kronik, saya menangis masa tidur...!

5. Salah satu cita-cita zaman sekolah yang belum tercapai selain menjadi penyanyi ialah menjadi DJ! Saya bercita-cita menjadi wartawan dan penerbit rancangan dan saya telah berjaya melaluinya. Saya hampir menjadi artis rakaman tetapi kerana 'circumstances' ia tergendala..(masih belum terlewat..)


6. Saya rasa, huruf B membawa banyak makna dalam hidup. Selain nama saya BAINI, saya mendokong BIJAKnya saya, BAIK hati, BRILLIANT, BESTARI etc. dan makna negatif lain seperti BARAN, BENGKENG. Yang terlepas mencarut juga binatang dari huruf B he..he..he..
Saya pernah ke luar negara iaitu di Beijing, Bali dan Brunei - Belait dan Bandar Seri Begawan. Antara percaya atau tidak, saya teringin ke Bangkok, Beunos Aires-Argentina, Barbados dan Baghdad....Baghdad??

6. Saya tak reti berenang hu..hu..


7. Oh, dalam keadaan fizikal saya yang rock dan hip-hop, saya sebenarnya penggemar lagu klasik Melayu lama dan kerana itu Klasik Nasional adalah siaran radio yang akan menemani bila saya masak, tidur dan mengemas rumah..


Untuk meneruskan kelangsungan tagging ini, saya memilih :-

Justifikasi pemilihan : blogger yang rajin menulis..Mungkin ada sesuatu yang dapat dipelajari dari catatan mereka. Tiada desakan untuk kalian..sekadar memeriahkan arena blogging!

Salam dan Selamat Menulis..

Haaaaaaaa......rapan Setinggi Gunung!

Some days, it's just better to set your expectations low. Today is on of those days..

Kredit Foto : http://www.geocities.com/cualumn95/SeriesFour/DISAPPOINTMENT.jpg

Aku mudah sangat percaya orang. Nak-nak orang tu memang aku kenal. Dan aku selalu beranggapan 'people don't make mistakes'..Aku saja yang buat silap walaupun orang lain bukan maksum.

Hal kepercayaan dan kewangan, aku particular..Tapi apa yang jadi buat aku rasa manusia sayang duit daripada lebih daripada sayang manusia. Sayangnya, aku berharap ketelusan yang dipamer dibalas dengan balasan sewajarnya. Tapi yang aku dapat selepas itu hanyalah geram, sakit hati dan caci-maki dalam hati yang berterusan..
Takpe..aku nampak Tuhan bayar cash atas perbuatan dia!

Friday, October 3, 2008

SPM Khas Raya

Jumaat, 3 Syawal 1429H bersamaan 3 Oktober 2008 memang Syawal yang pelbagai. Hari umat Islam berhari raya, aku antara kakitangan kerajaan yang bukan dari unit beruniform harus melaksanakan tanggungjawab sebagai penerbit rancangan.

Sayu memang sayu...kasihan saudara-mara dan kawan-kawan yang tertanya kenapakah Abbybaini begitu sukar melapangkan masa seminggu Syawal yang pertama..
Raya kedua, merangkap sehari sebelum siaran aku dan AP-AP yang tersayang masih berada di pejabat. Segala yang perlu diselesaikan kami uruskan satu-persatu. Dengan perut yang lapar nasi sebab muak dengan juadah raya, aku bersejukan dipejabat mencari lirik lagu raya yang bakal dinyanyikan oleh artis-artis undangan.

Ija, aku dan Eina..AP yang setia dan manja..

Aku dan Faezawati..Kesayangan semua artis kerana menguruskan perkara Nombor 6 :)

My best friend...Shuhaimi Mohamed

Aku nerveous giler......Siaran hari Khamis pada aku sungguh membuatkan aku risau dengan pengalaman pertama mengendalikan SPM Raya ini. Mujur pengacara yang aku pilih benar-benar aku yakini kemampuan mereka. Actually semua pengacara ok..cuma aku saja risaukan banyak perkara.
Sewaktu mula bersiaran, aku memang rasa tak puas hati. Audio punyalah suwey, TP pun macam takde perasaan dan panggilan mengarah aku memasang sesuatu yang tak indah.Bukannya aku nak ingkar, tapi berilah at least 10 minit lepas bersiaran, bila dah tenang-tenang tu suruhlah pasang apapun. Yang buat aku agak clumsy, studio tu aku tak biasa bersiaran - apatah lagi dengan susur atur yang aku langsung tak familiar. Apapun...salah aku aku admit jualah...

Aku dan Royce...Aku memang suka gile lagu 2X Cinta..

Juril (Duta) dan aku...

Rozita Rohaizad dan aku..memang sebijik Seniwati Mariani masa muda

Setelah itu, semuanya ok..Aku tak kata aku puas hati sepenuhnya. Tapi aku rasa antara 3 hari, aku lebih baik rasanya. Apapun, terima kasih kepada Ija, Ina, Kak Dewi, Kak Kinah, Bee Ling, Faezawati, Shuhaimi, Kak Zamzarina, Iesya, Hisham Salleh dan barisan artis yang terlibat seperti Eileen, Sahri AF1, Rozita Rohaizad, Kumpulan Flava, Juril (Duta), Oney (May), Royce Sa'ayan, Amelia AF3, Ibnor Riza dan para penaja yang terlibat.

Ibnor Riza dan aku...kami memang adik/abang masa ini..

Aku dan Amylea AF3..Ini kali kedua dia muncul dalam siaran aku

Sahri AF1 dan aku..Banyak kali hint peluang dan akhirnya aku jumpa peluang dan ruang yang sesuai utk beliau..

Eileen dan aku..sungguh kiut amoi ini..
Sayangnya aku tak sempat merakam gambar sepanjang bersiaran. Jangan kata ambil gambar, makan pun aku tak sempat apatah lagi lari ke tandas. Selepas habis bersiaran barulah aku berpeluang bergambar...

Antara yang terlibat..tqs a lotzzzzzzzzzz..

Dan sesungguhnya - aku tidak serik....

Wednesday, October 1, 2008

Selamat Hari Raya...

1 Syawal datang lagi...
Aku kirim SMS kemaafan untuk semua yang ada dalam phone book. Yang tak ade pun aku kirim, tapi sedikit lewat.
Maklum, handphone China yang dibeli masih belum pandai aku gunakan..Dan banyak nombor perlu aku install semula.

Aku beraya di Melaka..Memang seronok dan suasana rayanya pertama kali aku rasa. Raya pertama di sini membuat aku lupa pada KL walaupun 2 kali aku telefon mama..Rindu punya pasal.

Tapi kepala otak tetap tak tenang. Aku risaukan siaran Jumaat ini. Harap-harap semuanya OK. Internet di sini sangat menguji kesabaran dan sekali lagi aku ingin memaki servis Maxis.

Untuk semua, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Apa juga yang membuatkan anda terasa, terluka dan kecewa, saya mohon dilupuskan kesalahan yang ada. Saya pohon maaf keikhlasnya...

Kalau aku boleh merendahkan diri memberi dan memohon maaf, mengapa tidak anda?