Thursday, February 26, 2009

Geng : Pengembaraan Bermula..

Poster Geng : Pengembaraan Bermula

Hampir 2 minggu di pawagam, semalam aku berpeluang menyaksikan filem ini. Aku pernah tengok 'the making' filem ini yang pada aku memang lain dari yang lain. Jadi tak ada alasan untuk aku tidak menonton dan memberi sokongan pada produk Malaysia ini. Untuk pengetahuan, aku tak pernah sekalipun tengok cerita Upin dan Ipin kat TV9 ataupun Youtube sebab aku tak suka cerita kartun, apatah lagi kartun Malaysia.

Selepas cerita Kala Malam Bulan Mengambang, inilah cerita yang berjaya buat aku ketawa besar. Walaupun sekejap-sekejap, jadilah. Tapi nak banding filem ini dengan KMBM memang macam oren dengan epal. Seperti KMBM, filem ini kalau bawa ke Hollywood pun tak malu la!

Geng : Pengembaraan Bermula ini memang sesuai untuk tontonan rakyat Malaysia walau apapun latar belakangnya. Aku ulang, rakyat Malaysia, bukan orang Melayu sahaja. Filem ini majmuk bahan-bahannya. Aku tak berhasrat nak tulis sinopsis cerita ini sebab korang boleh baca dalam suratkhabar atau blog orang lain. Tapi apa yang aku rasa, wajak Rajoo lebih timbul daripada dua budak botak tu. Kehadiran budak-budak botak itu sekadar menjadikan pelengkap cerita sebab keletah toyol-toyol tu memang lucu.

Cuma masa babak kena kejar dengan ular besar dan lintah tu, aku rasa macam terlalu senang sangat diorang nie menyelamatkan diri. Sekali-sekala aku rasa bosan juga sebab terlalu lama dan boleh agak apa yang jadi. Begitu juga dengan watak Opet, haiwan yang katanya comel tu. Hmm...untuk kanak-kanak riang tu comel la kot. Tapi aku tengok macam Lilo & Stitch pun ada juga. Bahasa Opet juga macam, entah la...aku rasa macam binatang tu sebut SIVAKASI SIVAKASI banyak kali. Sivakasi tu filem Tamil yang memang aku akui kehebatannya....

Apapun, mari meriahkan panggung. Sokong filem ini dan insyaallah sasaran RM10 juta boleh menjadi kenyataan. Sebelum terlupa, teaser filem Sayang You Can Dance dan Syurga Cinta disiarkan sebelum filem bermula. Melihat promo, SYCD macam ada potensi best. Syurga Cinta, confirm aku tak tengok!!!

Tuesday, February 24, 2009

Datuk S...

Semalam aku dan Areen melepak-lepak di sebuah kedai kopi terkemuka di Bangsar Shopping Centre. Ini pertemuan pertama kami secara berdua selepas seminggu lebih dia mendirikan rumahtangga.

Baru saja melabuhkan punggung dibangku, aku tersedar seseorang.
'Eh, itu macam Datuk S' aku amat yakin dan terus merapati beliau.
Dengan selamba aku menegur beliau sambil mencicirkan gelaran Datuk yang diterima.

'Hi S...ingat i lagi' sapa aku penuh confiden. Dia agak terpempan, dan cuba mengingati.
'Aku la..Baini' aku cut short
'Oh, ya la..la..la...' balas Datuk S dan kami bersembang sebentar sebab Areen menunggu. Lagipun aku tak selesa bersembang lama-lama di kala aku datang dengan seseorang.

Aku terus kembali ke meja asal dan sambung bersembang dengan Areen. Beliau juga tak lama, tapi sebelum berlalu, beliau sempat meminta diri untuk beransur...

Itulah kawan zaman kanak-kanak dulu. Member yang dulu begitu skema duduk disebelah aku. Sama-sama masuk pertandingan bercerita dan sama-sama kena denda oleh seorang guru yang garang tak bertempat. Antara kawan-kawan satu aliran, rasanya dia yang pertama mendapat gelaran Datuk. Tak mustahil pun...sebab dia antara yang termuda pernah mendapat tajuk itu.

Apapun, aku berbangga dengan dia..Hai, bilalah aku nak jadi Datuk? Tak jadi Datuk jadi Datin pun tak mengapa.....

Saturday, February 21, 2009

Konsert Masihkah Kau Ingat Bersama...

Masihkah Kau Ingat Bersama....

Mak dan bapa mertua aku datang dari Melaka. Tujuannya untuk menghadiri persandingan anak Profesor Datuk Dr. Zainal Kling - sepupunya di Shah Alam. Dan keduanya, untuk menghadiri Konsert Masihkah Kau Ingat Bersama Jefrydeen, Latif Ibrahim dan Muhaini Suratman.

Aku memang merupakan pendengar Klasik Nasional. Tak layak mengatakan aku peminat setia kerana akhir-akhir ini aku jarang mendengar radio. Tetapi kalau diberi pilihan, memang aku mendengar Klasik Nasional. Aku rasa kalau melalui perjalanan jauh dengan kereta, Pengejar Masa sudi menahan telinga mendengar Klasik.FM untuk mengambil hati aku. Jadi kesempatan konsert yang berlangsung di premis pejabat aku itu menjadikan aku agak teruja untuk menyaksikannya secara langsung.
Pilihlah Aku - Latif Ibrahim...Tak tahu berapa kali aku bersorak apabila dia menyanyi..

Muhaini Suratman...masih merdu walaupun demam..

Persembahan dari ketiga-tiga artis memang hebat..Kalah artis-artis AF yang harap nama aje lebih. Walaupun rata-rata penonton yang datang hampir setengah abad usianya, itu bukanlah penghalang untuk mereka bersuka-ria ya-be-da-be-du di sana. Ada satu pakcik veteran itu, setiap kali artis keluar pentas asyik ambil gambar aje. Aku memang tergelak memerhatikan gelagat beliau yang begitu gangsi dengan topi senget yang digayakannya.

Cuma ketika persembahan Jefrydeen, aku agak geli melihat beberapa wanita kategori makcik yang naik ke pentas untuk bersalam dengan penyanyi itu. Setakat salam, ok la..Tapi tang cium tangan tu very the geli-geleman aku menengoknya! Aku rasa, Jefrydeen pun berpeluh dengan aksi tak terduga itu - sampai dikejar ke belakang pentas....
Jefrydeen yang happening..Gambar banyak blur sebab dia asyik bergerak aje..Antara peminat beliau yang sporting..

Apapun, aku puas hati sebab kedua ibubapa mertua aku seronok dapat tengok konsert..Setelah konsert berakhir, dalam hati aku membayangkan 20 tahun akan datang. Kalau KRU buat show, adakah 'kami-kami' ini akan melakukan aksi sedemikian rupa? Atau lebih drastik lagi....(mengambil kira Yusry masih ganteng diusia itu....)

Tuesday, February 17, 2009

Post 3 : 14 Februari...


Ini post 14 Februari paling bermakna buat aku..
Kami hari ini 9 tahun!!!!!
Kalau ada anak dah darjah 3 pun :)

Love you Abdul Hadi Hamzah...

Post 2 : 14 Februari...

Me, Areen, Zaiman and Hadi


Sahabat aku paling setia, Azreen Joanna Abdul selamat bersatu dengan Zaiman. Aku sangat gembira hari itu. Bukan sahaja kerana Areen berkahwin, tetapi kerana salah seorang sahabat kami, Adaha balik dari Miri untuk bersama kami.

Bersama adik-beradik Areen..Adaha berbaju hitam


Aku, Areen dan Adaha adalah sahabat baik dari zaman sekolah sehinggalah sekarang. Asalnya kami berempat, tapi ini sahaja yang setia dan sanggup bersama. Jadi kehadiran Adaha sedikit sebanyak membuatkan kami bertiga terasa yang sebenarnya hubungan kami sangat kuat. Adaha membawa Atun, kawan kerjanya dari Miri. Atun juga adalah sahabat yang bersama aku dan Hadi menjelajah Gua Miri semasa kunjungan kami ke sana November tahun lalu..

Atun : Kiri sekali..


Selamat Pengantin Baru Areen dan Zaiman...


Post 1 : 14 Februari...


Aku sangat sibuk. Itu alasan wajib bagi kelambatan entri ini ... ha..ha..ha.. go figure!

Hari itu, sabahat aku zaman sekolah rendah selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangannya. Izatulliza Sharmila dan Zahares...percintaan zaman sekolah menengah yang akhirnya berakhir juga dengan satu ikatan perkahwinan..

Buat Ijat, Selamat Pengantin Baru. Sayangnya aku tak sempat berjumpa kawan-kawan sekolah yang lain. Aik, aku datang awal sangat ke?

Thursday, February 12, 2009

Behind Blue Eyes (I Miss You Cole Turner...)





No one knows what it's like
To be the bad man
To be the sad man
Behind blue eyes

And no one knows
What it's like to be hated
To be faded to telling only lies

But my dreams they aren't as empty
As my conscious seems to be
I have hours, only lonely
My love is vengeance
That's never free

No one knows what it's like
To feel these feelings
Like I do, and I blame you!

No one bites back as hard
On their anger
None of my pain woe
Can show through

But my dreams they aren't as empty
As my conscious seems to be
I have hours, only lonely
My love is vengeance
That's never free

Discover l.I.m.p. say it
Discover l.I.m.p. say it
Discover l.I.m.p. say it
Discover l.I.m.p. say it
Discover

No one knows what it's like
To be mistreated, to be defeated
Behind blue eyesNo one know how to say
That they're sorry and don't worryI'm not telling lies

But my dreams they aren't as empty
As my conscious seems to be
I have hours, only lonely
My love is vengeance
That's never free

No one knows what it's like
To be the bad man, to be the sad man
Behind blue eyes.

Wednesday, February 11, 2009

Hidup Bukan Bahan Jenaka

Ada orang, suka menjadikan apa juga aspek kehidupan sebagai bahan jenaka. Pendeknya, tak mahu serius sangat dalam kehidupan sebab hidup kita tak lama. Jadi kita kena hargai setiap detik yang ada. Aku setuju part hargai setiap detik yang ada..Tapi bukan dengan jenaka dan komedi tak bertempat. Kadang-kadang orang yang tak serius ini lebih banyak menyakitkan hati dari menyenangkan jiwa.

Tolak cerita lawak tu bodoh atau tidak..Pada aku lawak tetap bersifat lawak. Cerdik bodoh lawak itu bergantung kepada panjang-pendek akal si pencerita itu. Dan dia kena kenal audience dulu baru dia tahu lawak tu kena atau tidak.

Perkahwinan bukan lawak jenaka...persahabatan pun bukan lawak jenaka. Melalui hidup dengan ayat-ayat bersifat loyar buruk dan tak semenggah sepanjang masa bukan mengeratkan hubungan, tapi menimbulkan rasa meluat dan benci yang melampau..


Macam mana ya...semua benda kelakar...Silap-silap kalau aku mati pun benda yang kelakar juga ke?

Monday, February 9, 2009

Jom Mandi Sungai!


Sampai aje terus pasang khemah..
Dah lama tak mandi sungai...Alang-alang ada kat rumah macam-macam aktiviti yang adik-adik aku buat. Nak tak nak, aku ikutkan saja sebab aku jarang spend time dengan diorang. Rasanya sakit ini hikmahnya mengeratkan hubungan kami.
Air sungai yang dingin giler..
Kami lepak kat Sungai Congkak, tapi kat area rumah orang asli. Tempatnya agak tersorok, tapi air yang deras, kurang berbatu dan kawasan yang lapang untuk pacak khemah. Itu keja Aisya dan Ameera. Aku dan mama pulak terus cari pot untuk bentang tikar. Mama punya excited siap masak tempoyak udang, nasi goreng, nasi putih, keropok dan bawa flask kalau kami nak minum air panas. Selalunya plan last minute macam nie lagi best sebab excitednya lain macam.
Mama tunggu anak-anak sebelum makan..
Sebelum mandi, kami makan dulu. Ya, Tuhan...sedapnya makan dalam keadaan macam ini. Perut memang tengah lapar, suasana yang redup dan air sungai mengalir depan mata. Cuma masa aku tengah kusyuk makan tu, kena sergah dengan anak biawak - 2 kali! Memang la anak biawak tu kecik, tapi aku takut dan geli...
Khemah dah pasang, makan time!
Adik-adik mandi dan berjengga-jengga kat situ. Aku dan mama pula bercerita tentang macam-macam perkara. Dan merencana macam-macam..Nak beli durian Langat la..nak beli jeruk la..nak makan KFC la.. Oh, aku tak bleh mandi sebab air sejuk sangat. Kang terkejut pulak jantung aku. Elok-elok kuar hospital kang kena masuk balik naya aje..
Adik-adik bermandi-manda..


Sayangnya hajat nak beli durian tak tercapai. Bukannya apa..aku nie hantu durian. Kang sakit payah..Hmmm, beli KFC aje.

Apapun aku happy sebab at least ada jugak aktiviti aku sepanjang melepak di rumah mama...

p/s: Rindu pulak dengan anak-anak saudara yang lasak-lasak tu..



Gelagat Peserta Masa Uji Bakat Bintang RTM...

Atas dasar nak menjadi seorang kakak yang supportive, aku temankan juga adik seorang itu ke ujibakat Bintang RTM. Nasib baik dia tak terlepas...Setidaknya, selain untuk back-up adalah jugak menambah pengalaman budak tu audition ke sana ke mari. Dapat tak dapat tu belakang kira sebab aku tahu dia bukannya macam orang lain datang memalukan muka sendiri dan ahli keluarga..Dia memang berbakat dan ada potensi.

Kami pergi bertiga...aku, mama dan Aisya. Kerja aku ialah 'keep myself low' dan menggelakkan peserta yang lain. Sampai-sampai aje kat RTM aku dah gelakkan berpuluh orang yang pakai bukan main cun make-up bedak setong, tapi kena menapak naik ke Angkasapuri...he..he..he..Bila aku bantai gelak, mulalah batuk ganas tu datang..Takpe, aku bole kontrol lagik..

Sampai di Auditorium P.Ramlee, aku andaikan hampir 200 orang dah menunggu. Ingatkan bole terus register. Rupanya kena tunggu pukul 9.00 pagi baru diorang bukak pendaftaran. Siot aje..sempat aku tanya, agak-agaknya kalau ramai macam nie abis kul brape? Shida, yang jaga kaunter cakap kalau Aisya antara 50 orang pertama, sebelum lunch boleh selesai..

Oh, ok...tak payahlah aku berkampung kat RTM nie sampai malam. Bila beratur, Aisya antara 10 peserta pertama. Aku cakap kat mama, biarlah dia beratur belakang-belakang sikit. Ambik mood dulu dan tengok rentak audition tu macam mana. Ok, Aisya akhirnya beratur belakang sikit dan dapat nombor 323, rasanya peserta ke-15 kot. Sepanjang beratur, aku gelak lagi....

  1. Adalah satu budak nie..aku gelarkan dia MEMEY..Dah la rupa sebijik-sebijon macam betina garik tu. Dah tu, garik dan gediknya pun sama..Selang 10 minit dia pasti akan lalu-lalang mencuri perhatian orang lain. Dia pakai dress separuh lutut. Layaknya aku gelakkan betis pompuan tu yang sungguh la penuh bunting padi dan kakinya yang tak berapa lawa tu he..he..he..
    Aku gelak sampai terpaksa masuk bilik air..he..he..he..
  2. Seorang peserta yang pakai jeans hijau, baju putih dan jaket hijau. Rambutnya macam rambut aku jugak tapi penuh emosi..
  3. Seorang peserta lelaki yang bonsai memakai beg corak landak. Sempat aku melawak dengan mama...Kalau nyamuk langgar beg dia mesti arwah kan mama he..he..he..
  4. Yang lain tu standard la....Muka macam rumah tak siap pun ada. Tapi mana tahu suara dia dasyat..Jahat betul aku nie...

Pukul 10.00 pagi, audition bermula. Untuk pengiring-pengiring, bakal PA dan jurusolek yang mengantar anak-anak ikan mereka tidak dibenarkan masuk ke dewan. Mereka hanya boleh menonton menerusi TV 14 inci yang diletakkan di luar dewan. Kenapa la diorang tak guna projektor yang besar mak-bapak sikit? Lantak la..bukan unit aku yang buat.

Audition bermula...Part ini memang la kelakar buat aku yang tak pernah melihat audition secara langsung. Peserta pertama masuk, menyanyikan lagu Sudirman - Hujan.

Hujan yang turun bagaikan mutiara..Berkilau bersinar berkerdipan....

Ok, terima kasih.... - terdengar juri bersuara

Hah? - Budak tu terkejut..

Kitorang yang kat luar nie dah mula riuh. Itu aje?

Kalu macam nie tak sampai pukul 12.00 tengahari boleh selesai...

Peserta kedua dan seterusnya pun macam tu jugak. Sampailah satu brother nie nyanyi lagu Jamal Abdillah. Sampai habis korus baru juri suruh berhenti..Oh, macam tu...Aku dan mama dah nervous. Janganlah part Aisya baru satu baris dah kena berhenti.

Giliran Aisya hampir tiba..Sebelum tu, giliran kawan dia yang selalu jugak masuk pertandingan karoke mana-mana. Pakaian bukan main smart hip-hop...rambut stylo minyak bergantang-gantang. Time dia nyanyi, jangan kata aku, luar dewan semua ketawa. Bukan sebab tak sedap, tapi confius.....?! Dia nyanyi lagu Ahmad Jais - Umpan Jinak Di Air Tenang....Terbatuk-batuk aku gelak..Agaknya kat umah dia takde baju Melayu kot...

Turn Aisya pun tiba. Oh, tuhan..aku yang berdebar-debar. Dia bawa lagu Ziana Zain - Kesuma Hati. Masuk baris pertama, ok.....baris kedua......ok...rangkap kedua.......ok....1st korus......ok....'Ok, terima kasih' juri bersuara. Di luar penonton separa bersorak. Fuhhhhh, aku lega giler...Insyaallah ada harapan tu, Aisya - kata aku dengan confident.

Abis audition, Aisya kata kawan kakak tu tunjuk-tunjuk Aisya masa atas pentas. Apahal? Aku rasa mesti diorang cakap 'itulah adik Baini...'

Takpe dik....kau tak malukan akak!

Saturday, February 7, 2009

AF...Oh, AF...

Suma orang nak masuk AF...

Alkisah salah seorang ahli keluarga aku yang berminat sangat nak masuk AF. Nak aku marah, dah memang dia suka menyanyi. Daripada dia menyanyi kat Medan Selera lebih baik dia mencuba bakat kat sini. Mana tahu ada rezeki dia...

Kisahnya....macam mana dia nak impress juri yang ada selain dengan suara dia yang lebih kurang aku tu ? (kalau aku dengan Ali masuk sure kronisme berlaku sebab dengan penuh confident kami akan dapat) Jenuh aku dengan mama fikir...akhirnya dapatlah juga idea yang separuh bengong tu - tapi fun!

Aku orang media..aku tahu apa colors yang diperlukan. Rileks aje la...itu pesan aku yang utama pada adik aku tu. Sempat aku tinggal pesanan penaja untuk adik nie - kalau diorang tanya soalan mengarut ko telefon aku...biar aku bagi jawapannya.. Bukannya apa, kang merapek-rapek jawapan yang dia bagi buat spoil aje he..he..he...

It was fun...betul! Dia sampai stage 3 dan biodata dia menarik perhatian juri yang ada. Mengekek-ngekek aku gelak sampai hampir asma dibuatnya. Kalau aku masuk hospital balik, reason dia ialah sebab aku gelakkan cerita adik aku sehari audition AF di Bukit Jalil.

Cuma...disebabkan dia berjaya sampai stage 3, dia miss audition Bintang RTM.. Takpe la dik....ada rezeki awak adalah... Kata kakak yang memahami. (Tapi dalam hati masih ada degree kejelesan yang tak ketara.....)

Friday, February 6, 2009

Semput 2....

Temptasi....

Aku bangun tidur agak lewat. Matahari dah meninggi. Kalau tak kerana silau menerusi celah-celah tingkap dah tentu aku terus lena sampai tengahari. Mama nampak happy aku ada di rumah. Dah berapa lama aku tak tidur di rumah pusaka nie. Asyik balik - singgah - balik - singgah aje. Jarang sekali datang dan tidur. Rasanya kali terakhir sebegini yang boleh aku ingat ialah.....tahun lepas!!?? Oh, masa aku baru lepas operation pulak tu. Teruknya aku....masa sakit baru carik mama....

Mama tak masak, sebab dia agak sibuk dengan aktiviti mengaji. So, masa mama tanya aku nak makan apa tengahari, tiba-tiba aku terasa nak makan rendang limpa. Yum...yum...membayangkan pun aku dah lapar. Ditambah dengan nasi panas...pajeri nenas. Mak ai...dari sakit terus sihat. Berbulu aje adik yang dua orang lagi tu melihat mama mencari menu yang aku nak ha..ha...ha...

Syukur hari ini sedikit sihat. Cuma bila aku dah mula start batuk, tanda-tanda nak sakit balik tu macam ada potensi nak datang balik. Mak kawan aku pesan 'antibiotik yang doktor bagi jangan lupa makan...' Aku ucap terima kasih aje la sambil senyum sumbing. Kalaulah dia tahu...



Skang masa utk recovery...aku kena berpantang kalau nak baik cepat..huh....

Semput Lagi!


Mula-mula tu aku fikir aku masih boleh bersabar dan bertahan, macam yang di lalui oleh berjuta manusia yang lain. Kadang-kadang manusia nie banyak yang bengap, semua benda kena bertulis baru tahu. Tapi pada aku macam bangang la pulak benda yang perlu di bawa kalau berkhemah pun tak boleh nak fikir dan minta ditulis..Fine, tapi kalau dah tulis dan benda tu tak dibawa apa pulak jadahnya tu? Manalah aku tahu....

Tapi semalam kemuncak segalanya. Api amarah-dendam-benci yang lama meluap-luap dalam hati semakin menebal dan membuatkan aku semakin nekad. Tak pernah aku terfikir dalam keadaan aku tak bermaya, emosi aku dipermainkan seperti sampah lagaknya. Tapi aku masih mampu bertahan walaupun airmata memang gugur tanpa dapat dibendung lagi. Aku tak tahu kenapalah bodohnya aku tak sedar benda-benda nie awal-awal lagi?

Membaca catatan yang ditulis berotakkan zakar bertambah menyakitkan hati aku. Babi betul....dia tak fikir ke dia sendiri membuatkan aku geli-geleman, mulut busuk longkang, pengotor haram jadah dan yang keji-keji semuanya ada kat diri dia yang semakin membesar macam bela hantu raya. Lepas tu mula membandingkan keadaan dulu dan sekarang macam epal dengan oren. Fikir balik, hmmm..orang baru merasa tengok dunia - terkejutnya lain macam. Dulu apa benda pun tak mampu-mampi berkongsi, sekarang beli sendiri gaji dah besar (kalaulah beli sendiri....)

Memang kimak bila orang lain dapat puisi, aku hanya dapat kopi Starbucks! Selagi artikel gampang yang aku babi-babikan tulisannya itu tak tarik pembacaannya, jangan harap aku nak bercakap dengan penulis yang menulis pun entah-entah pinjam kabel orang.

Mama terpempan mendengar cerita aku..Mesti dia tak sangka ada jugak masyarakat macam itu dalam dunia aku. Kalau dulu mama suruh sabar...Tapi tadi kata-kata mama membuat aku berfikir panjang.Walaupun aku takde bapak, aku masih ada mak dan kerana itu aku kena jaga kesihatan supaya tak menyusahkan sesiapa khususnya mama..Semput-semput aku bercerita...mujur nasi ayam madu suku aku makan dan perut tak sebu lagi.

Dan aku bertekad untuk mengakhiri semua tahun ini - sambung belajar - move on - pindah!

Wednesday, February 4, 2009

Berhenti Seketika..

Bukan sebab mental block..Tapi sebab aku kena tahan kat PPUM atas masalah kesihatan yang kronik. Terima kasih kepada kawan-kawan yang datang melawat..Pada yang nak datang, bagitahu awal-awal sebab ada potensi aku kena transfer ke wad lain pulak..

Ok..nak rehat..