Friday, January 7, 2011

Minggu Pertama Dah Sibuk


SKT selamat dihantar beberapa hari yang lalu. Aku ingatkan aku yang lambat. Rupanya ada lagi yang terlebih lambat. Ini perbandingan yang tak bagus, tapi aku rasa lega sebab berjaya menyiapkannya walaupun agak lewat. Tahun ini kalau rasa-rasa bercadang untuk membawa diri dalam jangkamasa yang lama aku akan pastikan SKT dihantar dulu - ini bukan azam tapi nasihat untuk diri sendiri.

Sudah bermacam-macam arahan tugas diberikan. Tapi dari semasa ke semasa terpaksa membuat pertukaran kerana banyak arahan terkini yang perlu diuruskan juga. Pada mulanya aku kena buat Malam Anugerah Malaysia Book Of Record. Tadi sudah pun aku membuat tinjauan lokasi. Petangnya pula aku dimaklumkan aku akan bertugas di pilihanraya kecil Tenang. Jadi tugas penerbitan rancangan di atas akan diamahkan kepada Abang Zam.

Ketika aku menulis di sini, aku dalam keadaan bersiap siaga untuk ditugaskan ke Kota Baru untuk liputan bencana. Dalam masa yang sama, sudah 3 kali mesin basuh membuat kerjanya kerana baju memang dah tak ada. Yang balik dari bercuti pun belum sempat aku basuh.

Harap-harap tiada masalah besar yang timbul esok. Lewat petang tadi aku sudah melakukan senarai semak mana yang patut dimaklumkan dan apa yang patut dibawa.

(Rasanya catatan kali ini menggunakan nahu dan tatabahasa yang betul. Kalau disemak oleh cikgu Bahasa Malaysia mungkin tidak menimbulkan amarah..)

Monday, January 3, 2011


Haluuuuuu....!
Hati sangat senang sebab masuk kerja tahun baharu ini dengan perasaan yang cukup tenang. Pegilah mamp** dengan masalah-masalah yang pernah ada kerana aku membuka tahun ini dengan rasa yang lapang.
Semua bertanyakan percutian yang maha panjang aku ambil tahun lepas. Jawapan aku hanya satu - awek cuuuuunzzz!
Tak sampai 5 minit duduk dikerusi sudah 2 kerja menanti. Hambatlah dengan bebanan apapun. Aku terima dengan senyum dan senang hati.
Hari ini hari baru..tidak seperti budak darjah satu yang menangis kena pergi sekolah. Aku bangun dengan perut yang lapar dan sempat memasak sarapan sebelum ke pejabat. Yap, nasi goreng aku memang sedap. True dat!