Friday, January 7, 2011

Minggu Pertama Dah Sibuk


SKT selamat dihantar beberapa hari yang lalu. Aku ingatkan aku yang lambat. Rupanya ada lagi yang terlebih lambat. Ini perbandingan yang tak bagus, tapi aku rasa lega sebab berjaya menyiapkannya walaupun agak lewat. Tahun ini kalau rasa-rasa bercadang untuk membawa diri dalam jangkamasa yang lama aku akan pastikan SKT dihantar dulu - ini bukan azam tapi nasihat untuk diri sendiri.

Sudah bermacam-macam arahan tugas diberikan. Tapi dari semasa ke semasa terpaksa membuat pertukaran kerana banyak arahan terkini yang perlu diuruskan juga. Pada mulanya aku kena buat Malam Anugerah Malaysia Book Of Record. Tadi sudah pun aku membuat tinjauan lokasi. Petangnya pula aku dimaklumkan aku akan bertugas di pilihanraya kecil Tenang. Jadi tugas penerbitan rancangan di atas akan diamahkan kepada Abang Zam.

Ketika aku menulis di sini, aku dalam keadaan bersiap siaga untuk ditugaskan ke Kota Baru untuk liputan bencana. Dalam masa yang sama, sudah 3 kali mesin basuh membuat kerjanya kerana baju memang dah tak ada. Yang balik dari bercuti pun belum sempat aku basuh.

Harap-harap tiada masalah besar yang timbul esok. Lewat petang tadi aku sudah melakukan senarai semak mana yang patut dimaklumkan dan apa yang patut dibawa.

(Rasanya catatan kali ini menggunakan nahu dan tatabahasa yang betul. Kalau disemak oleh cikgu Bahasa Malaysia mungkin tidak menimbulkan amarah..)

1 comment:

  1. Hmmm mampir ya di blog saya,, salam kenal http://samboramotorclub.blogspot.com/

    ReplyDelete