Wednesday, August 27, 2008

Sakit....Sakit...


http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/images/stomacheache.jpg

Tu la...semalam marah-marah tak tentu hala, pastu dah sakit. Nasib baik Hadi datang tepat pada masanya. Terus pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Tempah nak parking kereta pulak jauh nauzubillah. Aku minta Hadi drop kat tepi aje..pergi register sendiri.

Time aku ambil nombor baru 316..no aku pula 319. Tak sampai 10 minit tunggu sampailah giliran aku. Dengan keadaan kesakitan yang teramat sangat, aku berjalan kat kaunter pendaftaran. 'Eh, adik kalau sakit macam ini kena pergi bahagian Trauma dan Kecemasan...' kata kakak kat kaunter tu dengan sopan santun. Hadi plak tak sampai lagi. Alamak...dah sakit sangat-sangat nie. Tunggu la Hadi dan kami berpimpinan lagak cinta pandang pertama pergi ke bahagian Trauma dan Kecemasan.

Mentang-mentanglah aku nie boleh bergelak-ketawa dan berjalan-jalan, lambatlah sikit mereka melayan aku. Maybe banyak lagi pesakit lain yang kronik kot. Ambik darah, test air kencing, X-ray dll. Beberapa kali keluar masuk Dewan Konsultasi sampai aku baran-baran menunggu. Sudahlah sakit...menunggu tu dari aku tak demam sampai terus demam.

Akhir sekali selepas kena injection kat punggung, aku dibenarkan balik rumah. Lepas makan, aku terus tidur sampai ke pagi. Patutnya kalau sakit lagi kul 10.00 malam aku kena pergi PPUM lagi sekali. Ah, malaslah...baik tidor.

Actually sakit lagi nie..Tapi aku tahan ajelah sebab aku masih larat untuk lompat Nsync lagi..

Tuesday, August 26, 2008

Emosi Tak Stabil


Kenapalah hari ini Cik Puan Baini begitu emosi sekali? Permulaan harinya bermula dengan rasa menyampah dan benci di hati. Oh, ada sedikit rasa geli-geleman juga adanya..

Aku tahu..satu cara untuk cepat naik dan agar diri mendapat perhatian adalah dengan membuat-buat sibuk...menjadi kaki kipas sepenuh masa dan pak turut sepanjang masa. Tapi silap besarlah memerintahkan aku membuat itu dan ini agar ORANG ITU tidak dipanggil menjawap..Apa barang? Kalaulah semakin besar pangkat, semakin besar juga tanggungjawapnya. Memberi arahan pada orang bawahan agar berhati-hati supaya pundakmu tidak dimakan harimau bukan masalah aku syeikh....!!!! Silap-silap dengan diri yang mengeluarkan perintah pada aku akan menjawap apa juga tindakan aku..

Kena terimalah..kalau team aku buat silap pun aku sound juga, dan tunjukkan jalan yang aku mahu. Bukan marah semberono kemudian emosi sorang-sorang..

Semoga adalah antara yang bijak pandai nampak akan tarian yang dipersembahkan itu sesungguhnya buruk bebeno. Dan lagi satu..suka sangat berjanji dengan orang itu dan ini..

Jangan sampai 'abusing' kuasa yang ada... (ingatan untuk aku sepanjang hayat!
)

Thursday, August 14, 2008

Diari Kenapa Saya Tak Suka Budak Praktikal...


Credit Photo : http://www.my-diary.org/images/toshbook7.jpg

Setiap bulan, ada saja budak praktikal yang datang menjalani latihan amali kat RTM. Setiap kali itu juga, aku selalu brief apa benda budak tu perlu buat, protokol, kedatangan la..la..la... yang lain yang majikan aku bagitau dulu masa aku praktikal.

Seperti biasa, mereka perlu membuat laporan harian dalam jurnal yang disediakan oleh institusi pengajian masing-masing. Aku tegaskan pada mereka yang aku hanya akan tandatangan laporan itu seminggu sekali..bukannya sebulan sekali.

Tadi aku sempat semak laporan yang aku minta..Mak ai...Diari Rogayah yang kau bagi kat aku! Dah la nahu penyiaran tonggang-langgang...Tak pasal-pasal aku kena jadi cikgu bahasa membetulkan apa yang tak patut. Aku rasa pensyarah diorang patut bagitau macam mana cara nak membuat laporan yang ilmiah. Juga mengajar tentang makna MEMBANTU, MEMBUAT dan MEMERHATI.

Satu lagi aku pantang, budak praktikal bawak kamera masuk Studio, terutamanya bila ada artis atau Menteri datang. Nak kerja ke nak bergambar? Aku fahamlah nak jadikan kenang-kenangan ataupun alasan nak masuk dalam laporan. Tapi bila dah habis siaran la...Jangan tengah siaran langsung sebab flash kamera korang tu merosakkan rancangan aku..Dan menaikkan darah aku!!!!!

Oh, satu lagi...make-up mengalahkan artis. Menyampahnya aku..

Wednesday, August 13, 2008

Lintah...Eeei, Geli!


Credit Photo : http://www.leeches.biz/leeches-eczema.jpg

Tengah berlapang-lapang dada mengarang blog, tiba-tiba terasa ada seseorang berdiri di sisi. Aku masih buat tak reti. Sampailah tangan dihulur dan satu binatang gemuk kekenyangan berada diantara jejari Shuhaimi Mohamed, pengacara SPM.

'Oh, mak ngkau...!!' aku terjerit.
'Oh, takut rupanya...' Shuhaimi tersengih-sengih.
Tolong sikit..aku tak takut..Cuma rasa geli-geleman teramat sangat aje.

'Eh, macam mana nak tanggal lintah nie. Aku nak kena pergi bank kejap. Dia tak mahu tanggal sendiri' kata Shuhaimi.

Tu la...gatal tangan sangat nak mencuba segala benda yang menarik kat MAHA 2008. Nasib baik aku tak kurang hebatnya dalam sains kehidupan. Pantas aku mencapai sebatang rokok Winston Light dan aku bancuh untuk dibuat air tembakau. Terpisat-pisat lintah turun dari tangan beliau dan darah menitik tanpa henti. Selepas membalut bekas gigitan dengan 3 plaster, dia berlalu meninggalkan aku dan aku meneruskan kerja seperti biasa.

Apapun Mie..ko hutang aku RM.050!

Tuesday, August 12, 2008

Kembali Untuk Bagus

Hari ini rasa lapang dan bersungguh-sungguh. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab sengaja menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti demi melupakan kebosanan yang kesakitan yang ada. Siaran pun berjalan lancar..

Selepas meeting tadi, aku rasa lapang. Sangat lapang sambil mendengar lagu Island In The Stream. Kerja yang perlu aku buat untuk siaran pun sudah aku delegate sebaiknya..

Nak tenang sampai bila-bila..Bak kata satu pujangga - Badai Pasti Berlalu!