Thursday, September 25, 2008

Semalam & Hari Ini Kisahnya...


Senja yang tenang dan mendamaikan...

Semalam, kakak telefon...Agak larut juga sebab yang aku ingat aku sedang membasuh pinggan selepas malamnya mengisi masa berkaroke dengan Areen. Dia mengkhabarkan kisah 'seseorang' yang lalu depan rumah kami seolah-olah mengintai isi rumah yang ada. Kebetulan Aisyah sedang mengemas rumah depan dan perasan dengan pelakuan 'seseorang' tadi. Tapi adik aku itu hanya berlagak biasa sahaja tanpa mempedulikannya. Dua hari sebelum itu, mama, kakak dan adik-adik terserempak dengan 'seseorang' ini di Wangsa Maju. Sekali lagi mereka buat tak reti saja..

Agaknya, kenapakah akhir-akhir Ramadhan ini peristiwa terserempak ini sering terjadi. Ikut instinct aku, kukuh mengatakan 'seseorang' telah menyesal dengan tindakannya dan mahu memohon maaf pada mama. Aku yakin, beberapa hari lagi 'seseorang' akan memberanikan diri menjejak rumah kami yang lama tak dikunjungi sesiapa, melainkan penghantar surat dan peminta sedekah jua adanya.

Kakak memang panas hati dengan 'seseorang'. Aku faham...tapi aku tak suka mengeruhkan suasana. Kata kakak, 'orang macam gila talak...tak dapat tengok orang, bumbung rumah pun jadi.' (Bumbung rumah tu baru aku repair dan buat awning dengan menggunakan separuh duit tanah, dan separuh duit aku..)

Tambah kakak lagi..'nasib baik bawah bumbung tu ada kereta putih..(BMW baru milik adik aku..) Baru dia tahu kita nie boleh hidup tanpa dia...'

Ish..emosi berapi..Minggir! Minggir!!

Sebelum kami mengakhiri perbualan, kakak meminta aku menghubungi mama untuk keterangan lanjut :)
****
Pagi tadi, tak sempat pun aku telefon, mama melayangkan satu SMS. Dia bertanyakan pendapat aku untuk menjaga kakaknya yang telah buta. Mendengarkan cerita kenapa dan mengapa Mami (panggilan aku pada kakak mama) jadi begitu, aku memang terasa sebak. Dan Tuhan, elakkanlah kami adik beradik menjadi anak yang tidak bertanggungjawab dan mendapat nasib yang sama. Aku setuju...tapi sempat aku memberitahu mama apa yang perlu dilakukan sebelum dia benar-benar nekad dengan keputusan itu. Aku aku berharap Mami akan duduk dengan kami..

Dan aku tanyakan kisah 'seseorang'....mama tergelak kecil. 'Betullah kita nie hero hindustan....kebenaran dah terbukti'
Menzalimi anak yatim dan ibu tunggal, hati mesti tak tenang...

Sudahlah....aku mengharapkan yang indah-indah belaka. Mengharapkan 'seseorang' berani mengaku kesalahan dan memohon maaf pada Mama dan kakak. Mengharapkan Mami akan duduk dengan Mama supaya kami adik-beradik senang memantau..

Untuk diri aku..aku mengharapkan kehidupan dengan Alhadi kekal abadi.

No comments:

Post a Comment