Tuesday, September 9, 2008

Aku & Datuk Ali Rustam

Aku & Datuk Mohd Ali Rustam

Sebaik sahaja selesai pembentangan Bajet 2009, aku tahu seminggu selepas itu kami akan membincangkan isu itu secara berterusan dalam siaran Selamat Pagi Malaysia (SPM). Seminggu pertama semuanya berjalan lancar. Sampailah minggu selepas itu kami digalakkan untuk membuat isu sekitar Bajet 2009. Dalam kepala otak aku masa itu hanya satu - jemput Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ali Rustam untuk membincangkan bajet 50 juta Tapak Warisan Dunia yang akan diberi pada Melaka dan Georgetown.

Secara peribadi, aku sangat mengagumi beliau yang pada aku banyak memajukan Melaka seperti yang kita lihat hari ini. Kali pertama aku ke Melaka, satu benda yang aku kagum ialah lampu isyaratnya yang ada 'countdown'. Lepas tu baru banyak tempat lain yang ikut..Datuk Ali juga merupakan alumni Malacca High School, seperti Alhadi. Setiap kali budak-budak MHS reunion, nama Datuk Ali tak pernah lekang dari mulut mereka.

Pengacara tadi ialah Shuhaimi dan Sayed Munawar. Kali pertama aku gandingkan mereka berdua, aku tahu aku tak akan mempunyai masalah mengemudi siaran. Memang siaran pagi tadi memuaskan hati aku...Mungkin kerana mood masing-masing ceria dan pengacara yang suka menyakat antara satu sama lain. Yang buat aku tergelak besar, kedua-duanya saling 'berebut-rebut' untuk menemubual Datuk Ali. Tapi aku memilih Shuhaimi sebab dia merupakan 'anchor' untuk hari Selasa.

Diskusi yang sepatutnya mengambil masa 20 minit terasa singkat. Ini kali ketiga aku bersiaran dengan Datuk Ali. Selalunya akan 'under run' sebab Datuk bukan orang yang penuh dengan kata-kata. Beliau banyak bekerja dari bercakap. Beliau juga bercakap dengan fakta yang disokong dengan bukti-bukti - bukan cakap kosong!

Tapi tadi tidak! Aku terpaksa tambah 10 minit sebab pemanggil menderu-deru menelefon studio. Yang uniknya, tiada satu pun warga Melaka yang berjaya menembusi talian. Semuanya dari luar Melaka yang kagum dengan pembangunan yang ada. Apabila membicarakan masa depan negeri Melaka, Datuk penuh semangat.... Aku terasa seronok mengendalikan siaran pagi tadi. Dan kebanyakan cadangan pemanggil rupanya sudah ada perancangan untuk dilaksanakan seperti menambah tempat letak bas pelancong, cable car dan lain-lain..

Sebagai penerbit, aku merasakan Shuhaimi berjaya menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang. Tak kisah kalau ada kipas kebas lain yang tak puas hati. Sebagai penerbit, aku tahu yang mana terbaik untuk rancangan aku.

Apapun, terima kasih Datuk Ali atas kelapangan masa untuk siaran tadi..

No comments:

Post a Comment