Tuesday, September 23, 2008

Panggilan Ameera Yang Mengganggu...


Aku sedang menggodek handphone baru buatan China yang baru dibeli semalam. Sekonyong-konyong, ia bergetar dengan kuat dan SMS dari Ameera, adik yang bongsu meminta menelefon dia semula..

Hmmm...hati aku berdetak kencang..dalam hati hanya mengagak satu benda yang ingin dia mengadu..Instict begitu kuat, seperti mana yang Prof. Dr. Muhaya terangkan pada aku dan Shuhaimi selepas habis siaran tadi..

Tepat telahan aku...Ameera menangis telefon memberitahu dia rindukan arwah abah. Dia terserempak seseorang yang seiras arwah. Serentak airmata aku gugur tanpa esakan dan nada suara masih normal menenangkan dia..Padahal aku sebak di mana-mana...Tak ada sehari pun aku lupakan arwah dan Fatehah satu kewajipan sebelum aku pejamkan mata..Mujur iklan raya beberapa tahun lepas dari sebuah syarikat gergasi tidak ditayangkan lagi kerana pelakon itu memang seiras arwah, terutama semasa scene dia menyalakan pelita..

Setelah itu, apa yang Prof. Dr. Muhaya nasihatkan aku tadi terus terngiang-ngiang ditelinga dan di minda. Selepas ini akan aku catatkan apa yang aku mahu dalam hidup, pada satu kertas. Dan salah satu darinya agar hubungan persahabatan antara aku dan seseorang pulih kembali. Kerana instinct aku kuat mengatakan dia mengingati aku..Ya, dan aku juga begitu. Dan bulan sebenarnya bisa ngomong!

2 comments:

  1. aku pun rindukan arwah ayah kandung aku...aku langsung tak dapat menantap wajah terakhir dia... diam tak diam 4 tahun masa berlalu.ayah yang selama nie aku tak panggil pun dia sebagai 'ayah'... pertama dan terakhir kali aku melihat tanah merah yang menjadi tempat persemadian arwah ayah...hujan masa tue sama-sama memahami perasaan aku... satu kesalan yang susah untuk aku ungkapkan sepanjang hidup yang berbaki...

    kita ada persamaan walaupun terdapat perbezaan....

    ReplyDelete
  2. yup...4 tahun arwah ayah aku pergi dan setiap kali aku teringatkan dia,memang aku rasa down dan lost gile babi..
    ayah aku meninggal 10 disember 2003, masa anniversary dia. esoknya, dia dikebumikan dan sebaik aku balik dari kubur, aku dapat surat panggilan konvo untuk ibubapa..kau bayangkan pilu seksa jiwa masa tu..in fact aku takde gambar masa konvo sebab mak aku asyik sebab tengok kiri kanan semua datang dengan keluarga..yang ada hanya gambar yang UiTM ambil..

    ya, kita banyak persamaan dalam ada perbezaan..untuk itu aku sangat berterima kasih kerana kita saling bergantungan antara satu sama lain dan saling memahami...

    ReplyDelete