Wednesday, July 28, 2010

Rehearsal 1 : Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan

Seawal 6.30 pagi aku dah ada di RTM. Awal tu call time...maklum aje nak ke Dataran Merdeka yang sepelaung tu makan masa yang panjang kalau berlaku kesesakan apatah lagi kalau jalanraya di sana mulai ditutup berperingkat-peringkat. Tak tunggu lama, sekitar 6.40 pagi transport terus menderu ke lokasi sebab konsepnya - lambat tinggal!

Selepas bersarapan dan melakukan briefing ringkas, kesemua krew RTM yang terlibat terus cargas ke lokasi masing-masing. Memandangkan sambutan ini kali pertama dilakukan di Dataran Merdeka, aku tak dapat sangat nak membayangkan apakah rupa-paras sambutan ini. Dalam kepala otak aku membayangkan, mungkin perbarisan ini akan menjadi seperti perbarisan mengarak panji-panji.

Memang jauh bezanya....jadi bersesuaian dengan rehearsal pertama memang berterabur kamera cutting tadi. Masa ini barulah nak nampak apa sebenarnya yang akan berlaku. Jadi aku yakin esok akan lebih cantik dan kemas. Cumanya aku agak terkilan kerana tidak dapat menggunakan C2 sepenuhnya sebab C2 dah kena blocked dengan platform tentuang.

Jadi C2 dipindahkan untuk mendapatkan shot yang lebih cantik dan berguna. Esok aku update menjadi tak posisi baru dengan ketinggian platform baru.

Sekian.


2 comments:

  1. baini, aku tau ni sounds so lame, tapi amik award ni dari blog aku :D

    http://aquahartz.blogspot.com/2010/08/interesting-blog-award-d.html

    ReplyDelete
  2. wah, dapat award! maceh....maceh..nanti aku collect. bz sangat la keja samopai takde masa menulis :(

    ReplyDelete