Friday, April 3, 2009

Dari Taiping Dengan Cinta : Rumusan



Setelah selesai rancangan Isu@1, semua team penerbitan yang terlibat makan malam di kedai hadapan pintu masuk Bukit Merah Laketown Resort. Aku makan telur bungkus saje. Aku cuma untuk tidak makan nasi dan masuk hari entry ini ditulis, 3 hari aku berjaya melakukannya!

Balik hotel, aku mula rasa tak sedap badan dan perut. Keluar masuk bilik air, soheh keracunan makanan melanda diri yang tidak bermaya ini. Tapi kali ini aku tidak bising-bising seperti selalu. Aku terima sakit ini sebab adanya perjanjian dihati antara aku dan Maha Pencipta. Insyaallah ada rezeki besar yang akan menyusul.

Esoknya, kami semua berpoya-poya di bandar Taiping. Aku nak cari klinik manakala yang lain-lain cucuk duit dan membeli-belah. Taiping meriah dengan segala macam ekspo. Maklum aje musim pilihanraya kecil, ini peluang warganya membuat duit. 3 hari di Taiping kami belum berpeluang merasa mee udang yang digembar-gemburkan. Ok, misi seterusnya - makan mee udang.

Seperti yang aku nyatakan di atas, ini peluang warga Taiping buat duit. Kami makan mee udang di Restoran Nur Zetty, di sekitar Matang lokasinya. Sedap, memang sedap...sesedap harganya RM 12 semangkuk! Kalau yang datang 10 orang, senang-senang aje dapat RM120.. Aku makan juga walau perut semakin tak selesa. Sempat habis semangkuk, terburai semua isi perut. Lagak bullimia aku hari ini dan tiada langsung sisa makanan yang tinggal..Too bad.

Siaran langsung Dialog@1 bersama YAB Menteri Besar Perak dan Tuan Sayed Munawar sebagai Moderator berlangsung dengan lancar. Aku memerhati Kak R membuat siaran. Mana tahu lepas ini aku terpaksa menggantikan beliau. Setidak-tidaknya aku dah tahu flow rancangan itu macam mana. Lepas siaran, Tuan Sayed pula nak merasa mee udang. Dan restoran tengah hari tadi kamu kunjungi - sekali lagi.

Aku memang takde mood langsung nak makan. Tapi sebab takde langsung sisa makanan yang tersisa, aku gagahkan juga membelasah sepinggan kuew tiaw. Aku melawak seadanya mengelak sakit tapi sekali sekala tergelak besar, tekanan perut tetap terasa. Oh, ya...kami kebetulan tiba serentak dengan Datuk Mukriz Mahathir dan ahli rombongan yang lain. Sempat bersalaman dan memperkenalkan diri sebelum aku meninggalkan beliau dan menyertai rombongan aku sendiri. Selepas sessi makan berakhir, kami balik ke hotel dan aku terus tidur lena..Agaknya penangan ubat yang diberi doktor.

*****
Khamis...Masa untuk balik KL. Aku rasa gembira kerana tak sabar berjumpa dengan yang tercinta. Tapi Taiping begitu sentimental pada aku..Aku pasti rindukan suasana di sini. Di mana lagi destinasi aku selepas ini?

2 comments:

  1. Wahh.. sudah jatuh cinta kat taiping? sINGGAh umah anne dolu la.. Mahal gler mee udang tu? Mee udang palin g best penah aku makan di sungai besar. Tak tahulah sama ada betul2 sedap atau perut aku yang sangat2 lapar.
    ps: syok tengok penerbit2 ni buat keje.. mana tau satu hari aku tercampak plak ke tv kan..

    ReplyDelete
  2. aik..macam mintak aje...
    tv ke radio sama..tp better awak stay radio..kesian zara nanti..

    abah dia soheh berjalan. jangan mamanya pun berjalan :)

    singgah umah anne pun dia bukannya ada sini..adik aku ialah baik dengan famili dia..aku kenal dia dengan pakcik dia aje..

    ReplyDelete