Tuesday, June 2, 2009

I'm Back!

Macam yang aku pernah kata, mogok aku tak lama. Aku tak reti nak merajuk panjang berjela-jela. Abaikan saja apa yang dah jadi dan hidup mesti terus. Tu sebab kadang-kadang aku salahkan diri aku sendiri bila orang lain yang buat pasal aku pulak yang mengalah.

Punca hilang mogok?
Hmmm...aku jumpa satu lagu Slank yang selalu aku dengar kira-kira 4 tahun dulu. Tapi bukan dinyanyikan oleh Slank. Lagu itu dinyanyikan oleh Erie Suzan semasa Konsert Ekspresi Gemilang kalau aku tak silap.

Tajuknya - Ku Tak Bisa. Digubah semula oleh bro Jimmy Ali dan aku rasa itulah composition beliau paling syok aku layan.

Lepas dengar lagu tu terus aku feeling-feeling feel good....Bukan sebab lagu itu saja. Aku rasa bagus sebab aku cuba untuk mengubah kehidupan aku secara besar-besaran bermula seawalnya pertengahan Jun ini. Semoga berkat doa mama dan restu Al-Hadi aku akan berjaya melakukannya..

2 comments:

  1. aku tau time tu.. aku ada buat show tu. ko trus jumpa penyanyi tu tanya pasal lagu tu.. hehehehe.. tp memang first time dgr je lagu tu trus rasa best je..

    ReplyDelete
  2. ya, baru aku ingat ko ada di sana....
    aku approach dia dan dia ada bagi no hp dia in case kalau aku ke Indon bole contact dia...

    kat Malaysia dia tak berapa popular tp kat Indon Erie Suzan quite hot juga..

    ReplyDelete