Saturday, February 21, 2009

Konsert Masihkah Kau Ingat Bersama...

Masihkah Kau Ingat Bersama....

Mak dan bapa mertua aku datang dari Melaka. Tujuannya untuk menghadiri persandingan anak Profesor Datuk Dr. Zainal Kling - sepupunya di Shah Alam. Dan keduanya, untuk menghadiri Konsert Masihkah Kau Ingat Bersama Jefrydeen, Latif Ibrahim dan Muhaini Suratman.

Aku memang merupakan pendengar Klasik Nasional. Tak layak mengatakan aku peminat setia kerana akhir-akhir ini aku jarang mendengar radio. Tetapi kalau diberi pilihan, memang aku mendengar Klasik Nasional. Aku rasa kalau melalui perjalanan jauh dengan kereta, Pengejar Masa sudi menahan telinga mendengar Klasik.FM untuk mengambil hati aku. Jadi kesempatan konsert yang berlangsung di premis pejabat aku itu menjadikan aku agak teruja untuk menyaksikannya secara langsung.
Pilihlah Aku - Latif Ibrahim...Tak tahu berapa kali aku bersorak apabila dia menyanyi..

Muhaini Suratman...masih merdu walaupun demam..

Persembahan dari ketiga-tiga artis memang hebat..Kalah artis-artis AF yang harap nama aje lebih. Walaupun rata-rata penonton yang datang hampir setengah abad usianya, itu bukanlah penghalang untuk mereka bersuka-ria ya-be-da-be-du di sana. Ada satu pakcik veteran itu, setiap kali artis keluar pentas asyik ambil gambar aje. Aku memang tergelak memerhatikan gelagat beliau yang begitu gangsi dengan topi senget yang digayakannya.

Cuma ketika persembahan Jefrydeen, aku agak geli melihat beberapa wanita kategori makcik yang naik ke pentas untuk bersalam dengan penyanyi itu. Setakat salam, ok la..Tapi tang cium tangan tu very the geli-geleman aku menengoknya! Aku rasa, Jefrydeen pun berpeluh dengan aksi tak terduga itu - sampai dikejar ke belakang pentas....
Jefrydeen yang happening..Gambar banyak blur sebab dia asyik bergerak aje..Antara peminat beliau yang sporting..

Apapun, aku puas hati sebab kedua ibubapa mertua aku seronok dapat tengok konsert..Setelah konsert berakhir, dalam hati aku membayangkan 20 tahun akan datang. Kalau KRU buat show, adakah 'kami-kami' ini akan melakukan aksi sedemikian rupa? Atau lebih drastik lagi....(mengambil kira Yusry masih ganteng diusia itu....)

No comments:

Post a Comment