Wednesday, November 26, 2008

Miri...Aku Kembali 4


Lambang Bandaraya Miri..Kuda Laut

Kawasan pantai yang dijaga..

Semua ciptaan Allah swt adalah yang terbaik dan setiap satu membawa makna yang tersendiri untuk kita gali. Bagi aku, waktu matahari terbenam adalah antara kejadian yang Subhanallah indahnya...

Da'a membawa kami melepak di satu pantai yang cantik di Miri. Kami ke sana setelah masing-masing ketat perut minum 2 gelas Teh C Peng Special di Singapore Chicken Rice. Kata Da'a, cuaca hari ini baik dan pasti suasana matahari terbenam nampak cantik.

Menanti matahari terbenam dengan penuh kesabaran..

Aku selalu rasa, ala..matahari terbenam kat mana-mana pun sama. Satu masa dulu di Pangkor, aku sampai diselimut gelapnya malam kerana terlalu asyik melihat matahari terbenam di situ. Tapi di sini lain ceritanya.. Aku dan Da'a bercerita panjang, layaknya kami yang sudah lama tak berjumpa Mengimbas kisah lama..merindui Areen yang tak dapat bersama. Oh, dan bersembang tentang kehidupan kami.

Aku dan Da'a

Matahari makin terbenam dan kami larut bersembang dalam ketenangan...

Bold

Aku sangat tenang dalam situasi ini..

Rasa mahu berlari mendapat matahari tapi takut membakar diri


Dua insan sedang bercerita..

2 comments:

  1. Wah! Cantik2 gambar di Miri ni... Saya pun ada seorang rakan yang bertugas di RTM Miri. Kenal tak Puan Fauziah Zakaria yang bertukar dari KLfm ke Miri FM..

    ReplyDelete
  2. hmm...tak sure. kalau ada kenal pun hanya cecelia sman dengan zin aje..

    tengok muka cam kot :)

    ReplyDelete