Thursday, May 15, 2008

Aduh, Sakit!


Lepas operation, aku terus ambik teksi dan balik rumah. Biarkan laptop menyala dan aku terus tertidur sambil House Season 4 Part 1 menonton aku. Aku rasa dizzy sangat. Tidur tak lama, dalam 30 minit tapi aku rasa macam tidur itu sangat solid sekali. Sedar-sedar, ada beberapa message YM masuk sepanjang aku menidurkan diri. Maybe kesan bius tadi yang membuatkan aku begitu mengantuk..

Aku sempat call Farah, ajak keluar makan. Kami makan kat kedai sampan dan aku pesan Nasi Ayam. Selera makan bukan main lagi..Kalau tak kerana masih sakit, mahu aku minta ikan bakar ke, sate ke ataupun makan western food. Sambil makan, member dan Siti Nur menyakat aku tak jemu-jemu. Ngeri juga aku mendengarkannya sampaikan aku bertekad aku kena balik rumah mama malam ini juga. Buatnya menjelang 2 pagi tiba-tiba aku terasa sakit, siapa pulak nak menjaga aku time-time tu. Sebelum balik, aku menelefon dan sms siapa-siapa yang perlu. Ada yang angkat, ada yang buat trick tak angkat then off hp dan ada yang volunteer nak ambil aku dari PJ. Terima kasih atas keperihatinan kawan-kawan..Aku rasa terharu dan terpilu di kalbu sekali.

Mama suruh aku tunggu Ali habis silat. Then dia akan minta Ali ambil aku. Hmm..takpelah. Aku malas nak menyusahkan siapa-siapa. Terus aku call Public Cab dan setelah sekian lama menunggu, aku dapat juga balik ke rumah mama dengan selamat sejahtera. Sempat aku minta mama belikan gauze dan ais sebab aku terasa bleeding yang sedikit teruk. Gauze yang doktor bagi ada..tapi tinggal sikit sebab bekas operation tu asyik bleeding aje. Nasib aku mintak extra, kalau tak aku lap dengan baju aje la.

Balik rumah mama kalau sakit memang best. Mama bekas nurse, jadi dia memang terror bab menjaga pesakit-pesakit terutamanya kalau aku yang sakit. Aku kalau sakit tak banyak ragam..Dapat milo buatan mama segelas dengan pain killer, ok la aku lepas itu. Tapi aku tak bole tido sebab sepanjang balik, aku sibukkan diri dengan menukar gauze dan tuam bekas operate yang sakit dan ngilu rasanya bila aku bergerak-gerak. Menjelang 3 pagi, baru aku berjaya untuk tidur, itupun dalam keadaan aku balut ais lagi tak mahu dan tekap pada bekas tadi. Bangun pagi, basah jugalah bantal, selimut dan towel dibuatnya.

Aku tak lalu makan..selera ada. In fact selera aku besar sebenarnya. Makan pun sekadar mengalas perut untuk makan ubat aje. Ini sakit aku yang paling kronik sekali. Masa kena Chicken-Pox dulu terus juga, tapi at least aku tak payah makan banyak ubat. Kali ini, hambik kau..Sebeban ubat yang kena aku telan.

Seronok balik rumah mama kali ini sebab kebetulan famili kakak, Ali dan Wani balik sama. Terasa meriahnya rumah mama walaupun lama-lama tu aku runsing bila anak-anak saudara mula membising-bising. Mulalah aku rasa berdenyut-denyut dan terasa nak membaran. Malamnya, aku keluar dengan Areen, untuk distract dari rasa sakit. Dah sakit-sakit pun tak reti nak duduk rumah...

Masa artikel ini aku tulis, aku dah mula rasa loya-loya balik. Mual pulak rasanya lepas minum kopi Starbucks. Tapi aku rasa positif sebab otak aku berfungsi seperti biasa. Maknanya, doktor tu berjaya menjalankan tugas beliau dengan jayanya sebab tempat yang aku operate sipi-sipi dengan saraf. Yang lebih aku terharu, 2 sms dilayang dari doktor bertanyakan perkembangan aku selepas operation dengan dia. Actually aku tahu kenapa...Aku pesakit yang paling kronik pernah dia jumpa.....

No comments:

Post a Comment