Wednesday, October 6, 2010

Benda Yang Menyebabkan Kening Aku Terangkat Dalam Miting


Mesyuarat merupakan satu aktibiti yang tak berapa nak best sebab menuntut masa yang lama dan keboringan yang melampau. Tapi kena attend juga sebab kalau tak pergi tak tahu apa bijik butir. Mesyuarat juga adalah landasan yang penting untuk menyelaraskan sesuatu acara/jabatan/perubahan dan lain-lain.

Mesyuarat tak bersalah.....Yang sengal ialah ahli-ahli yang menghadiri dan memburukkan keadaan. Antara percaya atau tidak, kebanyakan mesyuarat sengal yang aku hadiri melibatkan jemaah-jemaah bijak pandai yang sijilnya penuh dinding kalau disusun. Tapi idea yang dilontarkan bijak sedikit daripada kanak-kanak Tadika Kemas.

Antara perkara yang membuatkan kening aku terangkat ala-ala akak Ziana bila menghadiri miting adalah seperti dibawah....
  • Apabila agenda mesyuarat dah bergerak ke perkara no 3, pastu reverse balik ke perkara no. 1...then dah masuk perkara no. 4, patah balik ke perkara no. 1. Apakah?
  • Apabila ahli mesyuarat masuk lambat lepas tu tiba-tiba mencelah pasal hal dia yang dah terlepas keretapi. Tak reti tengok jam ke? Kalau jalan 'jammed' djadikan alasan, datang la awal..
  • Mesyuarat tersangkut di agenda yang tak semenggah...dalam ertikata lain benda yang mudah tapi direnyahkkah. Contohnya, kenapa pilih saiz ketupat untuk hiasan nie kecik sangat? Habis kalau besar bukan bole masak pun.... Atau kenapa gunakan woven beg sebab I nak paper beg jugak...Ok la jugak ada beg daripada bungkus dengan suratkhabar.
  • Bila ada ahli mesyuarat yang menyampuk sampah dalam semua perkara. Itu salah, ini tak betul...Kenapa itu, kenapa ini.. Tapi bila suruh dia buat benda dia komen bergantang-gantang tu dia pulak tak tahu. Lain kali tak payah cakaplah..Bukan saja buang masa ahli-ahli mesyuarat lain tapi menunjukkan akal kau tu cetek sangat..
  • Apabila ahli jemaah memberi pendapat peribadi...Kalau relevan tu aku terima. Kalau yang bercakap tu pun kita ragui cara kerjanya, memang terangkat kening aku depan dia jugak.
  • Handphone dengan ringtone sekeji lagu Halimah Jongang berkumandang tengah mesyuarat..Silent la dulu..Tak pun tutup aje terus.
  • Bila rasa karipap miting semalam tak sama dengan hari ini pun nak kecoh..Bedal aje la.
  • Yang lebih syahdu pilu di Aidilfitri, apabila pengerusi tak tahu semua jawapan yang ditanya dan tak tahu hujung pangkal miting. Selalunya yang bermasalah macam nie adalah pihak luar :)
  • Bila pengerusi/ahli mesyuarat buat statement lebih kurang macam nie - i kenal Datuk/YB/Menteri sekian sekian sekian kami sama-sama sekian sekian sekian...takkan tak boleh sekian sekian sekian? Jawab aku, memang tak boleh :)
Ada pengalaman lain yang lebih kurang sengal? Kongsi la dengan aku...

No comments:

Post a Comment