Kejap aje nak masuk pertengahan Oktober. Betul la teori aku kesibukan akan menyebabkan masa cepat berlalu. Selaras dengan cepatnya masa berlalu, maka bertambah cepatlah usia meningkat dan semakin stress aku memikirkan banyak benda aku belum capai.
Perasmian Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama 2010 selamat berlangsung. KSN Annual Lecture pun dah selesai pagi tadi. Simulation Bajet 2010 akan dibuat esok, dan petang tadi aku sudah berbincang dengan Akmal dan Syaza cara terbaik dan praktikal dalam membentuk team editorial yang semenggah. Insyaallah berjaya dengan kerjasama mereka.
Malam ini aku dah mula rasa tak sedap badan. Sebenarnya dari balik Bukit Kiara tadi aku dah mula rasa pelik-pelik. Pelik-pelik mcm rasa badan exhausted melampau, mengantuk dipertengahan hari dan suhu badan turun naik. Itu maybe sebab cuaca tak menentu.. Pernafasan rasa stabil tapi kalau aku push lagi ada potensi aku shut down seketika.
Emosi dan jiwa raga sedikit terganggu apabila masa aku baru aje nak lelap jam 12.30 tengah hari tadi aku diminta menjelaskan satu perkara - yang tak ada kena mengena dengan aku pun. Dalam mamai-mamai aku pergi juga...takde apa sebenarnya. Cuma aku tak mahu terkait dengan perkara yang aku dah surrender lama dah...
15 Oktober ini, aku akan terlibat dalam pembentangan bajet utk siaran TV1. Selepas bajet, liputan Persidangan UMNO pula. Aku memikirkan untuk mengambil 'book-off' minggu selepas program itu selesai. Tak larat rasanya 7 hari seminggu dan lagi, dan lagi tanpa henti.
***
Satu banting program raya masih ada di lobi Wisma TV. Aku rasa nak terbalikkan aje setiap kali melintas, dan terpandang wajah itu.
Wednesday, October 13, 2010
Saturday, October 9, 2010
Seri Perdana
Kerana First Ladies Summit, ia membawa aku kembali ke Seri Perdana lepas hampir 3 tahun tidak ke sana. Pertama kali ke sana adalah masa menjadi AP Atan Lut untuk ucapan raya Pak Lah.
Seri Perdana cantik indah tersergam..Aku bersyukur berpeluang menjejak kembali tempat ini..
(Sekadar catatan ringkas..)
Esok akan kembali untuk set-up.
Seri Perdana cantik indah tersergam..Aku bersyukur berpeluang menjejak kembali tempat ini..
(Sekadar catatan ringkas..)
Esok akan kembali untuk set-up.
Thursday, October 7, 2010
Seksyen Ehwal Semasa TV RTM : Dekat Tapi Jauh

Kek..
Usai jamuan perpisahan untuk Tuan Haji Khairuddin Che Long atau lebih dikenali dengan nama KCL. KCL ialah bos kedua aku di Seksyen Ehwal Semasa (SES) selepas En. Hadi. Panjang kisah aku dengan KCL untuk dicatatkan di sini. Siapa yang maklum, maklum sajalah. Selamat bersara untuk beliau dan kami menanti bos baru dengan perasaan biasa-biasa saja.Sebab apa.....SES tempat yang sangat sibuk. Kalau penerbit ditukar ke SES, seboleh-boleh mereka nak pindah ke unit lain. Aku boleh simpulkan orang yang takde kehidupan dan pandai urus kehidupan aje yang mampu bertahan di sini. Tu sebab majoriti yang ada di unit ini vokalnya lantang-lantang belaka, jalan macam lipas kudung dan macam biskut kejap ada kejap takde.
Sebab itu juga, kami semua susah amat nak berjumpa kenal mesra sesama sendiri. Ya aku kenal penerbit program itu dan ini. Ya kita lepak kantin atau menyembur nyamuk sekali sekala. Paling cemerlang 10 minit lepas tu tak jumpa lagi dah.
Jadi kehadiran bos baru adalah perkara yang lumrah. Kalau bos itu dapat menyelesaikan masalah, itu bonus dan rahmat bagi kami. Kalau sebaliknya - kerja tetap menimbun macam itu juga, hidup kena terus dan aku tetap komited dengan kerja yang diberi.
Jadi peluang berkumpul meraikan Tuan Haji KCL dan mendoakan krew Salam Baitullah adalah bonus berganda buat aku secara peribadi. Tadi buat pertama kalinya aku lihat muka warga SES tanpa rasa tension melampau...Bergelak ketawa sambil makan-makan dan menyakat KCL dan Sue Aryanie. 'Catching things up' sesama sendiri...berebut nak ambil nasi tapi masih sempat bergurau.
Hampir 2 tahun, barulah aku rasa - oh, besar rupanya keluarga aku di RTM nie. Tolak Kak Olyn, bole dikatakan semua pengacara pernah berkerja dengan aku. Tapi kami mesra sebab setiap kali dia buat Bisnes Malaysia, kami akan menyakat sesama sendiri. Paling tidak bertanyakan Farmville yang masa itu begitu hebat penangannya. Sejak ditempatkan di Rumah Eksekutif dan tidak menerbitkan SPM, pengacara-pengacara lain tu berapa sen sangatlah hubungan aku dengan mereka.

Antara Pengacara Yang Hadir
Begitu jugak dengan penerbit, AP dan SA yang lain. Seksyen kita sangat besar sampai ada 4 pejabat berbeza. Lagilah payah jumpa, payah nak kenal dan komunikasi terbatas. Kita dekat...dalam jajahan RTM tapi jauh segala-galanya.

Untuk itu aku sangat berterima kasih pada Kak Iza dan Shuhaimi atas kejayaan acara tadi. Abaikanlah perasaan yang tak indah itu dan ingatlah gelak tawa yang tercipta tadi walaupun sekejap.

Wednesday, October 6, 2010
Benda Yang Menyebabkan Kening Aku Terangkat Dalam Miting

Mesyuarat merupakan satu aktibiti yang tak berapa nak best sebab menuntut masa yang lama dan keboringan yang melampau. Tapi kena attend juga sebab kalau tak pergi tak tahu apa bijik butir. Mesyuarat juga adalah landasan yang penting untuk menyelaraskan sesuatu acara/jabatan/perubahan dan lain-lain.
Mesyuarat tak bersalah.....Yang sengal ialah ahli-ahli yang menghadiri dan memburukkan keadaan. Antara percaya atau tidak, kebanyakan mesyuarat sengal yang aku hadiri melibatkan jemaah-jemaah bijak pandai yang sijilnya penuh dinding kalau disusun. Tapi idea yang dilontarkan bijak sedikit daripada kanak-kanak Tadika Kemas.
Antara perkara yang membuatkan kening aku terangkat ala-ala akak Ziana bila menghadiri miting adalah seperti dibawah....
- Apabila agenda mesyuarat dah bergerak ke perkara no 3, pastu reverse balik ke perkara no. 1...then dah masuk perkara no. 4, patah balik ke perkara no. 1. Apakah?
- Apabila ahli mesyuarat masuk lambat lepas tu tiba-tiba mencelah pasal hal dia yang dah terlepas keretapi. Tak reti tengok jam ke? Kalau jalan 'jammed' djadikan alasan, datang la awal..
- Mesyuarat tersangkut di agenda yang tak semenggah...dalam ertikata lain benda yang mudah tapi direnyahkkah. Contohnya, kenapa pilih saiz ketupat untuk hiasan nie kecik sangat? Habis kalau besar bukan bole masak pun.... Atau kenapa gunakan woven beg sebab I nak paper beg jugak...Ok la jugak ada beg daripada bungkus dengan suratkhabar.
- Bila ada ahli mesyuarat yang menyampuk sampah dalam semua perkara. Itu salah, ini tak betul...Kenapa itu, kenapa ini.. Tapi bila suruh dia buat benda dia komen bergantang-gantang tu dia pulak tak tahu. Lain kali tak payah cakaplah..Bukan saja buang masa ahli-ahli mesyuarat lain tapi menunjukkan akal kau tu cetek sangat..
- Apabila ahli jemaah memberi pendapat peribadi...Kalau relevan tu aku terima. Kalau yang bercakap tu pun kita ragui cara kerjanya, memang terangkat kening aku depan dia jugak.
- Handphone dengan ringtone sekeji lagu Halimah Jongang berkumandang tengah mesyuarat..Silent la dulu..Tak pun tutup aje terus.
- Bila rasa karipap miting semalam tak sama dengan hari ini pun nak kecoh..Bedal aje la.
- Yang lebih syahdu pilu di Aidilfitri, apabila pengerusi tak tahu semua jawapan yang ditanya dan tak tahu hujung pangkal miting. Selalunya yang bermasalah macam nie adalah pihak luar :)
- Bila pengerusi/ahli mesyuarat buat statement lebih kurang macam nie - i kenal Datuk/YB/Menteri sekian sekian sekian kami sama-sama sekian sekian sekian...takkan tak boleh sekian sekian sekian? Jawab aku, memang tak boleh :)
Ada pengalaman lain yang lebih kurang sengal? Kongsi la dengan aku...
Friday, October 1, 2010
Terima Kasih Atas Penghargaan..

Kadang-kadang, kita buat kerja dan mengharapkan kerja itu mendapat balasan.
Kadang-kadang juga, kita buat kerja dan tak mengharapkan apa-apa.
Selalu, aku buat kerja dan mengharapkan tidak ada masalah teknikal dan penerbitan yang akan timbul...Serius!
Aku banyak buat siaran besar tahun ini. Ia adakalanya/selalunya menyebabkan masa untuk menulis terbantut. Kalau pun ada masa, aku tak mahu tulisan itu nanti mengecilkan hati pihak-pihak yang pernah berurusan dengan aku. Percaya atau tidak, cantik diluaran kadangkala masalah-masalah sebelum siaran menyebabkan aku memangkah beberapa muka yang cakap aje pandai...Hasil memang ado!
Menyelaras 3 sambutan Merdeka, termasuk Perayaan 1Malaysia memang meninggalkan sejarah dalam hidup aku yang boleh dikategorikan 'nobody'. Sambutan Kemerdekaan ke-53 di Bukit Jalil 31 Ogos lalu antara yang terbesar yang pernah aku bayangkan, berjaya aku terbitkan dengan jayanya. Menyelaras Perayaan 1Malaysia di Kota Kinabalu juga begitu. Di kala orang lain masih berjengga-jengga di pagi Syawal aku dan krew RTM Sabah sibuk dengan persiapan siaran langsung. Banyak yang berlaku - aku simpan saja sebab kalau korang tengok di TV jelas nyata masalahnya apa.
Untuk itu, aku sangat berterima kasih kepada Datuk Tiger atas sijil penghargaan yang diberi. Kalau ikutkan, aku menolak dan malu untuk menerimanya atas sebab-sebab yang dinyatakan. Kerana Menteri pun menyedari 'kepantasan bertindak' oleh SEMUA yang terlibat, aku naik juga menerima sijil mewakili team penerbitan.
Apapun, terima kasih sekali lagi..
terima kasih Menteri,terima kasih Datuk KP, terima kasih RTM dan terima kasih kesemua krew RTM Sabah yang terlibat.
Subscribe to:
Posts (Atom)