Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha!!

Ibadah Qurban amalan mulia...

Aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua umat Islam di seluruh dunia. Tahun ini, genap 3 kali aku melaksanakan ibadah ini tanpa gagal. Aku bertekad setiap tahun aku akan melakukan ibadah ini. Dua tahun sudah, aku lakukan atas nama arwah abah. Tahun lepas atas nama mama dan tahun ini atas nama arwah Opah Wah.

Opah Wah ialah mak saudara pada arwah abah. Dia tidak berkahwin, jadi tiadalah waris menghantar bekalan doa dari anak-anak yang soleh untuk beliau. Sepanjang hayatnya, dia merupakan seorang yang kurang siuman. Di kawasan perumahan aku, semua maklum dengan keadaan arwah dan memahami kesukaran kami menjaganya...

Masa aku kecil, aku tak berapa mengerti tentang perasaan sayang, khususnya sayang pada manusia yang kurang siuman. Opah Wah menjerit hampir setiap malam mencari kaum keluarganya yang telah meninggal dunia. Dia hanya ada arwah abah yang sanggup menjaga walaupun pendapatan abah boleh dikategorikan kais pagi, makan pagi - kadang-kadang tak makan pun! Jadi kehadiran arwah 'kurang' aku senangi. Maklumlah budak..Opah Wah akan menjerit nama kami adik-beradik satu taman kalau kami keluar rumah.

Opah Wah meninggal tahun 1990..masuk tahun ini, 18 tahun dia telah pergi.. Sekali-sekala mengingatkan layanan aku pada Opah Wah, aku sayu sendiri. Apalah sangat minda kanak-kanak untuk mengerti dan memahami keadaan nenek yang tidak siuman.

Tahun ini, aku sedekahkan satu bahagian korban atas nama Opah Wah..Allah sahaja menentukan sampai atau tidak pahalanya tetapi aku yakin niat yang ikhlas pasti mendapat balasan yang setimpal. Insyaallah, akan aku usahakan upah haji untuk beliau pula.. Syukur untuk arwah abah selamat aku uruskan di musim haji ini..

Opah Wah @ Rusiminah Binti Alang Mat Arif...dalam kenangan. Al-Fatehah.

No comments:

Post a Comment