Thursday, September 10, 2009

Kes Terserempak..

Ronda-Ronda Ramadan Edisi Utara telah selesai proses rakaman dan editing. Tunggu masa nak on air aje. Setelah 2 minggu hidup aku tonggang-terbalik, hari ini barulah jadi macam manusia normal sikit :)

Ok, aku nak cerita tentang kes terserempak. Maksud aku, terserempak dengan saudara mara. Kalau terserempak dengan kawan-kawan tu pada aku takde la aneh sangat.

Masa aku shooting Ronda-Ronda Ramadan, kes terserempak macam satu petanda kepada aku yang sampai sekarang aku tak tahu apa maknanya.. Masa aku shooting di Bazar Ramadan Stadium Utama, Perlis, secara tidak sengaja aku terperasan abang angkat mak aku yang aku pernah jumpa sekali saja. Itupun masa adik aku kawin tahun sudah di Kedah. Apa yang buat aku rasa wajah tu familiar sebab aku selalu tengok foto beliau yang ada dalam simpanan mama...plus ingatan aku yang cemerlang 8 A1 ni memang payah lupa :)

Dengan selamba lagak reporter Melodi aku terus terjah.
"Assalammualaikum...maafkan saya kalau salah orang. Tapi kalau x silap pakcik nie abang angkat mak saya la...la..la..la..adik kepada la..la..la... saya nie anak dia la...la..la...." aku terus bagi intro dengan lancarnya. Muka pakcik itu terkebil-kebil seketika tapi bila aku sebut tentang adik aku kawin, dan nama mak aku terus dia excited..

Itulah Pakcik Ismail..dia tinggal di Arau dan kebetulan aku terserempak dengan beliau. Mama ada cerita pasal pakcik Mail pada aku dan masa aku diminta shooting di Perlis aku dah terasa-rasa mana tahu ada rezeki aku terjumpa dengan beliau. Hah, jumpa pun! Dan yang buat aku terharu, pakcik Mail, isteri dan 2 cucunya datang melawat aku di Hotel Putra Palace, Perlis tengah aku sibuk shooting buffet ramadan di sana. Terasa aku nie diingati kejap..

***

Ronda-Ronda Ramadan di Pulau Pinang.....Kali ini aku terserempak pula dengan sepupu aku, Kak Ayu bersama keluarganya. Aku dah berapa tahun tak jumpa kak Ayu. Kalau ada bertegur pun hanya di Facebook aje. Abang Fared pulak aku jumpa rasanya tak sampai 5 kali. Kebetulan aku shooting buffet ramadan di Hotel Vistana dan mereka pula bercuti di sana. Malam itu kami habiskan masa berpoya-poya di Batu Feringgi dan catch-up apa terdaya. Tak sempat nak jumpa keesokan harinya sebab aku terus ke Bukit Mertajam sambung kerja di sana..

****

Ha, ini kes terserempak yang sendu. Lokasi, Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Tengah aku sibuk-sibuk kerja tu, betul-betul depan mata aku antara manusia yang kalau aku tak jumpa lagipun aku tak kisahlah. Tapi sebab tak biadap, aku salam dan terus berlalu. Bukannya bagi alasan sibuk sebab aku memang sibuk. Ah, sudah...ada pakcik tu konfirm ada makciknya yang pun aku tak kisah kalau aku tak jumpa sepanjang hayat aku. Nak dijadikan cerita, meja makan kami betul-betul di sebelah meja keluarga sendaloka bersama singer tu. Aku tak kuasa nak duduk bertentang mata, aku tukar tempat duduk dengan Visva supaya aku bole pandang pemandangan lain yang lebih murni.

Selalunya, aku kalau makan akan diam, penuh konsentrasi dan tekun. Hari itu, dengan ramah-tamahnya aku memborak-borak dan buat-buat happening. Aku perasan makcik menjeling. Tapi aku abaikan..dan lepas itu dengan cargas aku beransur sambung kerja...Tak sanggup aku nak memandang orang yang menyerang mak aku tengah aku takde dirumah..tengah kakak aku baru bersalin 2 hari dan menuduh macam-macam.

Tapi statement adik aku memang buat aku hot satu hari..
++ oh, diorang makan kat hotel..masih kaya la
++ oh, dia dah bertaubat...
Kitalah yang salah ha..ha..ha...


Aku tahu dia melawak. Tapi aku tak melawak sebab kerana kebodohan dan ketidaksabaran adik-beradik arwah abah, aku berhutang 15 tahun dengan Bank Rakyat! Tapi aku bersyukur sebab kerana kes itu kami adik beradik semakin rapat.

5 comments:

  1. salam ziarah, timbalan penghulu kem BTN, Kem Bumi Jati, Shah Alam..

    Baris, Baris sedia.. Setipa kumpulan laporkan kekuatan..

    Opps lari tajuk lak.. sorry, ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  2. terserempak memang tak boleh dielak. kalo yg baik kita layan baik, kalau yg keji tu x payah layan la

    ReplyDelete
  3. Che Pit : entri tu ada di sini
    http://apabilabainikhairimenulis.blogspot.com/2009/07/btn-minggu-itu-telah-berlalu-dengan.html

    PM : AGREED!

    ReplyDelete
  4. hehe sy buat 2 entry pasal kem tu..

    http://afisazlie21.blogspot.com/2009/07/kembara.html

    http://afisazlie21.blogspot.com/2009/07/kursus-kenegaraan-ssm.html

    ReplyDelete
  5. asslkum akak.sory ganggu..
    saya nak kongsi komik indie saya 3m/s je.cita pasal gejala sosial remaja sekarng.
    saya nak kongsi benda ni dagn org ramai.tp saya tak tau nak publish mana2..
    so saya letak dlm blog and buat iklan2 murahan2 kat blog org (mcm ni)
    kalu boleh saya nak benda ni sebar meluas sbb ni sal;ah satu cara saya berbakti kat org awam..
    apa2 akk pergi blog saya
    cheritapenglipurlara.blogspot.com
    kongsi apa yan saya ada

    ReplyDelete