Thursday, March 26, 2009

Forum Khas UMNO Sempena Persidangan UMNO


Semalam aku bertugas sebagai penerbit forum khas di PWTC sempena Persidangan UMNO. Hari yang sibuk untuk semua petugas media dan perwakilan. Sampai pening-pening kepala otak aku dengan keadaan orang yang berpusu-pusu di sana..

Ramai kawan-kawan zaman UiTM yang aku jumpa. Juga kawan-kawan di PWTC. Oh, dapat juga jumpa abang aku yang seorang tu dalam keadaan yang terkejar-kejar. Jadilah...dah lama tak jumpa dapat sembang sekejap pun jadik la..Sempat aku rembat air mineral beliau walaupun air mineral bukan main banyak lagi ada kat bilik makan tu :) Sekali-sekala nak bermanja apa salahnya tak...

Siaran aku bemula agak lewat, 9.42 malam. Sepatutnya bermula 9.30 malam. Tapi kerana memberi laluan siaran langsung pengumuman Ketua Wanita ianya terlajak sedikit. Dalam hati, aku berharap keputusan Pemuda dan Puteri diumumkan back-to-back. Tak perlulah rancangan aku menjadi bahan passing.

Pengacara yang bertuah berkerja dengan aku malam itu ialah Dr. Asyraf Wajdi Dasuki. First time kami berkerjasama dan rasanya kami tak menghadapi masalah komunikasi langsung. Tetamu pula ialah Datuk Seri Ibrahim Abu Shah atapun lebih dikenali dengan nama 'fat pirate' oleh para bloggers. Tqs to Pengejar Masa atas info ini..Perbincangan berjalan lancar. Dr. Asyraf memang hebat mengendalikan siaran, sebab aku tidak sempat memberi feed apa-apa soalan tambahan. Semuanya datang dari dia dan aku hanya concentrate pada siaran saja. Dia juga ada harapan menjadi pelapis pengacara berkaliber seperti Tuan Sayed Munawar (abang???).

Keputusan pemilihan bagi Wanita Umno diumumkan oleh Pengerusi Tetapnya, Tan Sri Napsiah Omar, kira-kira jam 9.30 malam, manakala Pengerusi Tetap Pemuda Umno, Datuk Abdul Fattah Abdullah mengumumkan keputusan pemilihan pergerakan itu pada jam 11.20 malam.

Pengerusi Tetap Puteri, Rohani Abu Hassan pula mengumumkan keputusan pemilihan sayap termuda Umno itu, jam 10.57 malam.
Sumber : Berita Harian - 26 Mac 2009

Siaran aku bermula jam 9.42 malam dan berakhir jam 10.30 malam. Tiada sebab mengatakan aku miss keputusan berdasarkan keratan akhbar di atas.

Kepada calon yang menang, tahniah diucapkan dan kepada yang kalah, tunjukkan kesetiaan pada parti dengan terus memberi sumbangan. Aku sedih sebab Datuk Mukhriz Mahathir tak menang.

No comments:

Post a Comment