Sunday, March 23, 2008

Khilaf

Dalam kehidupan seharian, kita sedaya upaya menjaga hati manusia-manusia yang berada disekeliling kita. Bukan kerana usaha dan daya yang kita lakukan itu mengharapkan balasan, tapi banyaknya lebih pada manusia yang menerima setidaknya gembira dengan sedikit courtesy yang diusahakan.Harapannya agar hubungan itu berpanjangan dan berkekalan. Apatah lagi kalau hubungan itu seharusnya menjadi satu berhubungan yang indah.

Sebagai manusia yang tak sempurna, kadangkala kita selalu terkhilaf. Terkhilaf dari segi perbuatan..terkhilaf dari segi pemikiran dan yang selalu mengusik - terkhilaf dalam menyusun perkataan. Tanpa sedar, ada hati yang terluka dan ada jiwa yang retak bahana kekhilafan tadi. Aku selalu terkhilaf kata, dan kata-kata ini memisahkan hubungan aku dengan manusia yang lain. Ada yang boleh menerima dan ada yang menuntut justifikasi dalam perkataan aku yang membuatkan dirinya terasa. Bagaimana pula jika dia terus menjauh?

Hmmmm.......kalau manusia tu memang tak membawa sedikit makna pun dalam kehidupan aku, silakan bergerak jauh dari radius aku. Sedikit tidak aku sesalkan apatah lagi mahu memohon kasih. Bagaimana pula kalau kekhilafan aku menyebabkan aku semakin samar di mata manusia yang aku senang bersama. Lebih parah, aku mulai merasa selesa dengan kehadiran manusia itu. Lebih pedih - aku seolah mengosongkan sedikit ruang hati untuk manusia itu bertapak!

Macam badi..setiap kali aku mencuba menjadi sahabat yang baik, aku langsung gagal. Pedihnya kegagalan itu sampai aku kesali setiap titisan airmata yang menitis olehnya. Kenapa perlu disesalkan? Aku dah mencuba untuk menjernihkan keadaan, tapi nyatanya bukan mudah mengubat jiwa yang luka. Itu aku tahu, aku sendiri pernah merasa.

Ya, kawan senang dicari. Tapi untuk mendapat kawan yang boleh menerima kita seadanya memang sesuatu yang teramat sukar. Dan yang paling aku kesalkan ialah apabila kejujuran yang aku pamerkan selalu cenderung disalah tafsir. Aku minta maaf..Bukan setakat minta maaf, aku turut merendahkan ego aku yang lebih kurang sama saiznya dengan ego seorang lelaki. Kali ini aku bertekad, aku akan terus menghilang, sampailah dia sendiri melembutkan hatinya yang maha keras tu. Kalau dia merasa seolah dirinya saja yang terluka, nyata dia silap. Aku lebih terasa kerana aku tak sangka sebegini tragis pengakhirannya.

Aku harap dia faham. Tapi tak mungkin, dia tak tahupun kewujudan medan ini!

No comments:

Post a Comment