Sudah dua hari, aku rasa berjiwa dan bernyawa kembali.Thanks to Dr. Sarjit Singh, penganalisa politik / social anthropologist dari UPM yang aku kira berjaya membuka horizon aku tentang memahami masyarakat dan memahami diri aku sendiri. Selama ini aku begitu benci untuk membicarakan beberapa topik yang aku kira tiada kesudahan. Apatah lagi kalau topik itu, jika aku ulas menampakkan ketidakcerdikan aku dalam membincangkannya. Tapi sebaik aku menghabiskan minit-minit berbualan dengan beliau, aku meyakinkan diri aku sendiri yang sebenarnya aku 10 kali lebih bijak membincangkannya daripada pengacara-pengacara perempuan yang ada di Malaysia. Dan Dr. Sarjit juga berjaya mendidik aku secara tidak sedar tentang betapa pentingnya memahami manusia secara keseluruhannya.
Secara tidak sedar, kebencian aku kepada beberapa individu dan perkara semakin berkurangan. Banyak benda lain yang aku perlu tumpukan, daripada melayan perasaan yang tiada kesudahan. Aku mula menyibukkan diri dengan kerja-kerja rumah, merangka pelan jangka masa yang tidak pernah jemu aku buat dan juga memikirkan menyelesaikan apa juga permasalahan dengan cara yang berhemah.
Betul kata Dr. Sarjit, bila bercakap tentang kesan kita akan cenderung memikirkan tentang kesan buruk sahaja. Aku aku sempat menambah, perkataan gejala juga membawa konotasi yang hampir sama. Kenapa tidak memikirkan kesan dan gejala positif? Selepas statement itu, otak aku berputar lagi dan rasanya pembuluh darah tidak tersumbat lagi!
Hmm...mungkin aku berperasaan begini kerana akhirnya aku ditemukan dengan regu yang sesuai untuk bersembang - baik ilmiah atau tidak. Sebenarnya, aku betul-betul rasa rendah diri bila bersembang dengan manusia yang tahu almost everything, sebab aku rasa betapa kurangnya IQ yang aku ada. Tapi baiknya, dari situ aku mengkaji balik kenapalah benak sangat otak aku tentang sesuatu isu. Atau aku sendiri terlalu selektif dalam memilih apa yang perlu aku simpan dalam memori. Rasa-rasa tak minat, abaikan saja.
Hmmm...aku teliti balik manusia-manusia yang berjaya membuka ruang lingkup Abbybaini. Mungkin jurang usia yang nyata antara kami menjadikan menjadikan mereka begitu sabar melayan bicara aku dan mungkin aku kagum dengan kematangan mereka yang selaras dengan usia mereka. Pengalaman itu aku kunyah menjadi makanan tambahan dalam membentuk revolusi minda yang baru. I guess..
Assalamu 'alaikum wr. wb. ..
ReplyDeleteSalam kembali
ReplyDelete