Friday, April 4, 2008

Percutian Pertama Aku Ke Bali, Indonesia

Aku jarang ke luar negara. Masa aku 16 tahun, aku pernah ke Thailand dengan rombongan SB School, Pulapol. Kami ke Hatyai dan Songkhla. Itupun aku guna duit kerja part-time sebagai salesgirl di Butik Bintang, Taman Permata. Satu gambar pun takde sebab kami tak punya kamera. Kemudian, aku ke Brunei untuk rakaman dokudrama RTM/RTB 2006 dan tahun lepas aku ke sana sekali lagi untuk rakaman kerja yang sama. Bezanya, tahun lepas langkah aku panjang sikit ke Beijing, China mewakili RTM untuk ABU Items Exchange 2007. Kalau tak sebab kerja, rasanya aku tak merasa ke luar negara..Even ke Sabah dan Sarawak pun atas ehsan kerja..Syukur juga kerana Tuhan memberi rezeki untuk aku melihat tempat orang.

Dah lama aku menyimpan impian nak ke Bali, Indonesia.Khabarnya, tempat itu sungguh indah dan menenangkan. Dengan duit dividen ASB, aku bertekad untuk ke sana. Bertemankan 2 sahabat lain, aku akhirnya merasa berjalan ke dunia luar - satu pencapaian yang tinggi untuk aku yang sentiasa terkurung macam Rapunzel!

28.3.2008...walaupun jam sudah pukul 3.00 pagi, mata aku masih belum boleh lena. Terfikir sejenak, betul ke esok aku nak ke Bali nie? Beg pun aku tak siap kemas lagi. Tapi apa yang perlu aku bawa sudah aku longgok di bucu katil. Aku paksa juga mata untuk tidur. Menjelang 10.00 pagi, aku mula sibuk mengemas apa yang patut dan membersihkan rumah suapaya bila aku balik nanti tidak tension dengan keadaan rumah yang pupak-lerak. Jam 1.30 petang, sahabat aku datang menjemput dan kami menuju ke LCCT. Ini kali pertama aku naik Airasia, jadi aku agak skeptikal sedikit. Kerana belum alas perut, kami tapau donut di Dunkin Donut. Aku sekadar mengalas perut dengan Choco Malt kerana tidak mahu perut meragam sepanjang perjalanan ke Bali. Sebaik sampai di LCCT, lepak Mc D pulak. Aku alas perut dengan Bubur Ayam dan memerhati umat manusia di LCCT.

Pemandangan tak ubah seperti Puduraya! Melihatkan aku yang seperti rusa masuk kampung, kedua sahabat sempat mengusik. "Kalau kau expect business class macam MAS memang tak dapat la kat sini.." Selama ini, aku hanya pernah merasa naik MAS dan Royal Brunei aje. Perjalanan ke Bali memakan masa 2 jam 30 minit. Aku sempat merasa nasi lemak Airasia yang dikhabarkan sedap itu. Hmmmm...hampeh geduak juga adanya tapi pada aku harga RM 7 reasonable la juga.

Sampai sahaja di airport, aku menyerongen seketika membaca signboard ini. Sementara menunggu bagasi aku memerhati pelancong-pelancong lain yang rata-rata membawa surfing board sendiri. Ramai juga berani ke Bali selepas peristiwa letupan bom sekitar tahun 2002.

Kedatangan kami disambut oleh Pak Wayan, seorang tokoh budaya dari Bali. Jangan tanya mana aku kenal pakcik tu. Aku pun mengharapkan ehsan sahabat untuk ada pemandu arah sepanjang di Bali. Kalau tak mesti kena titik punyalah. Orang Indonesia nie kebanyakannya korup. Jadi lebih baik ada orang tempatan untuk membantu memudahkan perjalanan.Setelah berbincang tentang agenda kami esok, Pak Wayan membawa kami check in di Hotel Balihoki, Sanur. Aku suka tempat nie, aman dan selesa. Tapi sahabat berdua mahukan tempat yang ada kehidupan malam. Ok, takpe..apa-apapun perut kena isi dulu.

Kami makan nasi padang dan aku dangat kecewa dengan makanan kat sini. Langsung tak sedap. Nasi Padang di Restoran Salero Negori, Amcorp Mall lagi sedap dan lazat. Tapi aku tertarik dengan senduk nasi yang digunakan. Boleh buat sendiri kalau pandai..
Balik makan, kami berteleku di luar bilik hotel, mengadap pool. Yang aku suka hotel ini, pengunjung dibenarkan mandi pool 24 jam. Walaupun aku tak reti berenang, tapi dapat berendam pun dah cukup selesa.Pemandangan hotel Balihoki waktu pagi memang tenang..Tapi kami ambil keputusan untuk cari hotel yang dekat dengan pantai. Di sini, jarak ke pantai kurang lebih 30 minit berjalan kaki. Jauhnya..lagipun kedai makan pun payah nak jumpa.

29.3.2008 - kami check in di Hotel Ananda, 2 minit dari pantai. Hari ini Pak Wayan mahu membawa kami ke Gunung Batur, di Kabupaten Kintamani. Sebelum itu, kami singgah di gelanggang Barong Pak Jog. Tapi takde apa pun kat sini! Hanya ada patung Rangda dan Barong. Aku ambillah juga gambar kenangan di sini dan membiarkan salah seorang sahabat bersembang dengan Pak Jog tentang sejarah mitos Barong. Tapi aku tak sukalah tempat nie..Banyak Klunkers dan Cujo.
strong>Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Gunung Batur. Jauh giler dari Sanur. Aku nasihatkan tak payahlah sewa kereta, confirm sesat larat sebab kat Bali signboard memang tonggang-langgang. Baik la bayar lebih sikit pada Pak Supir yang bersepahan di mana-mana.

Dalam perjalanan, tiba-tiba aku terpandang satu sculpture yang sangat unik. Segera aku minta Pak Supir itu berhenti, aku nak ambil gambar. Sculpture ini katanya melambangkan semangat baik menentang semangat jahat. Nyatanya aku sendiri keliru yang mana baik yang mana jahat sebab kedua-dua patung itu ngeri juga rupa parasnya. Patung seperti ini dipasang setiap kali menjelang Thaipusam. Dan kebetulan patung yang aku ambil ini belum dirobohkan oleh pihak berkuasa. Hmm...dapat juga aku melihat sendiri budaya masyarakat Bali.


Perjalanan kemudiannya diteruskan. Wah, aku terpesona dengan pemandangan sepanjang perjalanan. Sungguh cantik dan menawan..Walaupun di Malaysia mempunyai pemandangan yang hampir sama, tapi perasaannya berbeza sekali. Mungkin sebab aku berada di Bali dengan RM aku sendiri, jadi aku lebih menghargai apa yang aku nampak Agaknyalah..Melihatkan landskap gunung ini, aku rasa macam membaca atlas!


30 minit kemudian kami sampai di sebuah pura antara yang tertua di Batur. Kebetulan pula acara keagamaan sedang berlangsung. Aku malas nak masuk sebab pengunjung yang berseluar pendek dikehendaki memakai sarong. Takpelah..cukup sekadar aku abadikan gambar sahaja.


Kami kemudiannya meminta Pak Wayang membawa melihat perkampungan asli kaum Bali. Ala-ala macam cultural Village jugalah. Di sini merupakan petempatan tersusun kampung Bali dan aku masih takut sebab banyak Klunkers dan Cujo! Setiap langkah yang diambil kena berhati-hati takut terlangkah bahan pemujaan mereka dan juga terpijak najis Cujo.

Di sini, kebanyakan ukiran yang ada memang klasik gile. Berlumut dan hitam-hitam semuanya membayangkan setiap sculpture itu berusia ratusan tahun lamanya. Aku ambil gambar sepuas-puasnya..Tapi aku masih tak puas hati sebab aku belum dapat menyaksikan persembahan Barong.



Satu yang aku suka apabila melawat tempat baru ialah menyaksikan wajah-wajah tempatan yang mewarnai daerah itu. Tak bezanya dengan masyarakat yang ada di Malaysia. Saban petang berlonggok di tangga rumah dan bersembang sampai maghrib. Wanita Bali memang pandai cari duit..Ada saja hasil tangan yang mereka usahakan untuk mencari sesuap nasi. Apapun, matawang Rupiah memang mengarut! Aku jadi jutawan di sana, itu aku tak nafi. Tapi jadi jutawan yang bengap sebab matawang mereka buat aku jadi bangang matematik untuk mengira.


30.3.2008....Pagi agak gelap. Cuaca di Bali tak menentu. Sambil sarapan, aku memerhatikan rintik-rintik hujan yang membasahi bumi Bali. Warga tempatannya baru selesai melakukan upacara agama di pantai. Aku tak sempat untuk melihat. Takde apa yang menarik pun..Sementara membiarkan sahabat aku berbincang dengan Pak Wayang tentang rencana kami hari ini, aku melayan mp3 sambil menikmati omelette yang sungguh mengecewakan.(Telur dadar aje..)

Hari ini kami meminta Pak Wayan dan supir kami - Mas Dewa Dewi membawa kami pusing-pusing kawasan Denpasar dan Kuta. Kami dibawa di sebuah tempat ala-ala Pekan Rabu kerana sahabat aku mahu mencari kain telekung yang kononnya cantik-cantik dan murah di Bali. Tak ada langsung...yang ada hanya kedai jual pakaian, cenderamata dan tudung pun kalau ada standard makcik-makcik pergi dangdut. Tak tergamak aku nak membelinya.

Apapun, aku sempat membeli beberapa keping lukisan untuk hiasan rumah aku yang kosong. Setidak-setidaknya ada juga hiasan yang tergantung daripada dibiarkan kosong. Kemudiannya kami singgah disebuah kedai ukiran. Apalah, buah kerandut pun boleh jadi cenderamata juga ke? Aku perasan Pak Wayan dan malu-malu alah bila aku ambil gambar untuk kenang-kenangan. Ingatkan nak beli juga buat bekas rokok, tapi tak ilmiah pula rasanya. Jadi aku ambil gambar ajelah...Sebelum meninggalkan pasar ini, aku sempat mencuba alat muzik ini





Kami kemudiannya di bawa ke Tanah Lot. Pada aku, tak lengkap agenda ke Bali kalau tak sampai ke Tanah Lot. Tanah Lot merupakan tempat suci bagi masyarakat Hindu di Bali. Sayangnya, air pasang. Aku tak berkesempatan untuk menyeberang ke pura. Aku menikmati keindahan Tanah Lot sepenuhnya. Sambil lepak-lepak berasap di Bali Cafe, kami menanti matahari terbenam. Tapi berdasarkan cuaca hari itu, aku yakin pemandangannya tak berapa cantik.


Ingatkan nak terus balik. Tapi tiba-tiba aku perasan lelaki ini berjalan penuh angkuh menuju ke pantai. Eh, macam ada persembahan Kecak. Tapi tak mungkin sebab acara itu selalunya dilakukan pada hari Ahad sahaja. Oh, rupa-rupanya ada penggambaran iklan promosi parawisata. Melihatkan kelibat lelaki ini, aku meremang sendiri. Pandangan mata beliau sungguh setan sekali. Aku seram sejuk dan tiba-tiba laut yang tenang berombak menggila menghempas batu-batuan di pantai. Dan apabila upacara bermula, aku memerhati lagak pelaku persembahan yang semuanya sudah naik syeh!



Dua malam bermalam di Ananda Hotel, kami mengambil keputusan untuk merasa tinggal di Kuta pula. Apapun, aku enjoy tinggal di sini walaupun takde pool. At least dekat dengan laut dan aku merasa lepak di laut jam 10.00 malam sampai 3.00 pagi sampai kena sergah dengan Cujo. Teruk betul..Kami bertiga, aku juga yang disakatnya.

Hari ini kami berpoya di Kuta sepuas-puasnya. Apa yang menarik aku sempat singgah di Planet Hollywood Bali yang terletak bersebelahan Galleria Bali. Jangan tak percaya, Planet Hollywood KL pun aku tak pernah pergi. Tapi aku tak beli apa-apa, sebab kewangan tak mengizinkan. Jadi, aku ambil gambar ajelah..Hmmm...


Cadangnya, kami mahu tinggal di Hard Rock Hotel. Tapi sebab penuh, kami tinggal di Kuta Seawiew, kira-kira 100 meter dari HRH. Tak dapat duduk sana, ambil gambar pun jadilah...Di Kuta, kami layan live band hampir saban malam. Minum-minum, asap-asap dan menyaksikan strip show. Tapi takut juga..Mana tahu nasib tak baik tengah tengok kena bom..Shopping kat Kuta tak berapa best. Aku nasihatkan ke Tanah Lot kalau nak bershopping macam nak runtuh. Sempat juga aku mencacah tattoo di sana dengan harga Rp 30,000.

Di Kuta, aku akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki di tempat peledakan bom yang meragut ratusan nyawa.Khabarnya radius bom itu kira-kira 1 km dan Bali langsung lumpuh! Di tugu ini merupakan ledakan bom kedua. Yang pertama hanya seberang jalan dari tugu ini dan disko itu tidak dibangunkan semula. Bom ketiga meletup di tapak Restoran Dulang. Aku sempat makan di sini. Makanannya sangat sedap! Enjoy gile walapun harganya agak mahal..

Hari terakhir aku di Bali. Selagi tak melihat persembahan Barong, aku tak puas hati. Dengan bantuan supir hotel, kami di bawa ke tempat ini yang aku tak ingat apa namanya. Tapi sayangnya, aku tak paham langsung persembahan Barong tu. Dah la cakap bahasa Bali, ada pulak lawak jenaka yang mencacatkan persembahan. Beberapa pelancong lain terus meninggalkan tapak persembahan. Apapun, tak cuba tak tahu. Mungkin pengalaman aku berbeza dari orang lain.



Percutian kali ini memang megajar aku erti kehidupan..erti satu kemanusiaan dan nilai duit. Ini pengalaman berharga aku untuk tahun 2008. Dalam hati, aku berharap dapat merasa ke Medan, Jakarta dan Batam. Insyaallah - kalau ada rezeki!

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. waaaaa.... Mcm best ja. ni yang buat aku nak pi Bali ni..

    Weh, seram jugak aku tengok setan kat tepi laut tuh.. tapi mcm interesting.

    Ok, nak book tiket lah!!!

    ReplyDelete
  3. i ingat nak pegi saner next year, bleh tak u bagi no kontek tour guide u kat saner tu..

    ReplyDelete