Wednesday, April 9, 2008
Hilang Arah
Sejak balik dari Bali, aku cuba untuk menulis kembali. Nyatanya aku masih gagal mendapat idea yang bernas untuk cacatan di laman blog satu lagi. Untuk menulis di sini pun fenomenanya hampir sama. Aku hilang sentuhan..
Sebelum pergi bercuti dan ketika aku sedar percutian itu akan berakhir, aku seolah bertekad untuk memulakan catatan yang baru dalam ruang lingkup aku. Tinggalkan semua kesedihan, kekecewaan dan apa juga anasir negatif yang menghantui dunia aku di Bali. Aku meyakinkan diri sebenarnya aku berjaya. Hakikatnya, bayang-bayang itu masih memburu aku saban hari. Lebih pedih, aku merasa diri aku dipulaukan, diabaikan dan diendahkan walaupun masing-masing tahu - kami berada di medium yang sama!
Meneruskan kerja dengan rutin yang sama...balik ke rumah dengan ruang lingkup yang sama dan menyibukkan diri juga dengan benda yang sama. Aku rasa dah tak ada yang menarik dalam hidup ini..melainkan aku kena kuatkan semangat sebab aku bukan hanya menyara keluarga aku saja, aku menyara semua yang aku terdaya! Oh, aku tak mengeluh..malah aku bersyukur sebab tuhan berikan tanggungjawab ini dengan memberikan rezeki kerja yang baik pada aku.
Aku tahu jawapan kenapa aku hilang arah..In fact aku tahu macam mana untuk memulihkan keadaan jiwa aku yang serabut. Tapi bukan di tangan aku untuk semuanya kembali normal. Selagi ada hati yang terluka, selagi itu aku penasaran macam ini. Aku dah buat segalanya, dan sekarang aku hanya perlu tunggu masa memainkan peranannya. Macam tanam durian..Tak mahunya tanam hari ini esok dah berbuah. Macam itu juga dengan hati. Tak mahunya minta maaf dan ungkapan itu menyapu semua perasaan sakit hati yang bersarang...
Aku pun manusia..Macam kalian juga...Ada perasaan, hati perut dan juga sifat-sifat mahmudah lain yang tertulis dalam buku masing-masing. Mungkin sebab perilaku aku sendiri yang jelas menyebabkan khalayak gagal membaca apa sebenarnya yang bersarang dalam hati aku. Malah kadang-kadang aku sendiri gagal. Maka betullah kata-kata musuh kita yang sebenarnya adalah diri kita sendiri!
Kali ini aku berhenti mencuba. Bukan menyendiri, jauh sekali bertapa. Aku hanya menunggu dan terus menunggu. Setiap kali memandang satu arca yang sepatutnya bukan berada di situ, aku sayu sekali. Sayang aku tak sekuat dan seteguhnya..
Hmmmm....cepatlah masa berlalu. Aku mahu yang indah menjelang setelah lama duka nestapa menumpang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment