Hari ini aku bangun sangat lewat..Nasib baik takde apa-apa agenda jadi proses peniduran itu tidak diganggu dengan panggilan telefon dan suara-suara sumbang yang berpotensi mengganggu keindahan tidur nan panjang itu..
Pas bangun tido, aku terus layan Desperate Housewives Season 5 Part 1. Memang best giler..Banyak sangat kejutan sampai ada satu scene tu aku terlepas jeritan kecil ala-ala sakit gitu. Kemudian aku sibuk kemas rumah dan melayan internet.
Esok seawal 5 pagi aku akan bertolak ke Pulau Langkawi..Apa pun aku tak packing lagi. Mood aku tiba-tiba lari dan aku tak tahu apa puncanya..Hati aku pun panas membara tanpa sebab-sebab yang munasabah.Kejap lagi aku mandi ok la kot...
Aku pergi Langkawi dengan niat dan hati yang bersih....Kali terakhir aku ke sana, berbakul-bakul caci maki aku hamburkan. Mungkin kerana sumpahan, gambar percutian yang kami ambil entah ke mana...
Esok aku datang dengan senyuman dan harapan..Oh, dan extra bateri kamera :)
No comments:
Post a Comment