Friday, January 23, 2009
Kembali Ke Pejabat
Semalam aku kembali ke pejabat selepas 3 hari bercuti jauh dari keadaan yang menyesakkan. Rasanya percutian berjaya re-charge hubungan aku dan dia selain memberi kesegaran minda dan kesakitan kaki yang melampau bahana berjalan terlalu lama..
Ramai mengucap selamat atas hari kebesaran yang berlalu. Terima kasih banyak-banyak atas ingatan yang terakru itu..Aku amat menghargainya.
Masuk pejabat...ikut hati memang rasa malas giler..bukan malas sebab pemalas tapi malas mendengar / melayan / mendengar /melayan benda-benda yang tak berfaedah.
Namun ada berita gembira yang dikhabarkan oleh bos semalam. Berita yang membuatkan aku terasa seperti terkeluar dari neraka dunia. Harapnya aku akan keluar terus dan tak masuk lagi lubuk puaka itu :)
Keadaan persekitaran yang tak meyakinkan ditambah dengan penggunaan kabel besar lilitan mak bapak membuatkan aku rasa sedih duduk kat sini..Kalaulah bos lama aku masih ada..kalaulah...
Huh......keluhan hampa itu sahabat yang paling setia akhir-akhir ini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yeah, berjaya kuar dari cengkaman sang gila
ReplyDeletenothing for sure..i menunggu dengan debaran. takut patah balik...harap2 jangan la...
ReplyDeletelagi rela keja gosok gigi buaya drpd keja dengan orang gile macam tuuuuuuuut!!