Tuesday, May 20, 2008

Kembali Ke Pejabat


Selepas seminggu cuti, aku hari ini kembali ke pejabat. Sebenarnya semalam aku dah mula berkerja, walaupun semalam merupakan Hari Wesak. Tapi semalam sekadar monitoring apa yang perlu dan aku kemudian balik kerana masih sakit bekas operation.

Siaran tadi berjalan lancar...Syukurlah aku tidak terbangang di mana-mana. Cumanya suara agak serak, luka masih sakit dan tangan aku pula semakin ngilu bila studio mulai mendingin. Aku sedaya upaya cuba menahan sakit, tapi gagal. Berapa kali aku mengeluh pun aku tak tahu..Kenapalah sakit ini datang serentak?

Habis siaran, aku minta izin untuk terus balik rumah. Aku tak boleh tanggung lagi sakitnya. Nasib Gee pun nak balik, so aku tumpang dia aje. Balik rumah, aku melayan Criminal Minds sambil mencuba untuk tidur. Sempat aku tuam bekas operation supaya ia kebah. Seksanya macam ini...sampai sekarang kepala aku masih berdenyut-denyut tak boleh nak berfikir dengan waras. Memandangkan aku harus memaksa otak berjalan, maka aku menulis di blog ini.

Aku bercadang untuk menjadi penulis tegar, setidaknya setiap minggu perlu ada satu post baru. Ilmiah tak ilmiah belakang kira, yang penting komitmen menjayakannya. Masalah sekarang selain dari idea ialah masa yang sering aku mainkan. Dalam otak, aku merencana macam-macam. Tapi pelaksanaannya sungguh menyedihkan. Aku tahu aku kena merubah dan aku sedang mencuba ke arah itu.

Harapan aku sekarang : kembali ke pejabat dan menyenangkan semua orang..Lama aku tak kerja. Baik sebab cuti panjang ataupun sakit. Walaupun aku tak suka berlama-lama di Unit ini, aku terpaksa komited!

No comments:

Post a Comment