Friday, December 12, 2008
Siaran Langsung ISU : Prestij Mengundang Bencana
Aku yakin, ramai bloggers menulis tentang tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Tapi aku memang malas nak ambik pot. Sebabnya, Highland Towers yang runtuh sekitar 1993 tu pun dekat-dekat dengan kawasan sekarang. Itu kes 15 tahun sudah. Sebagai manusia yang nak hidup lama, aku tak berani nak duduk situ walaupun ditawarkan nilai sebijik banglo RM 1.5 juta.. Jadi mereka yang semulajadi kaya dan insurans nyawa pun ada, terserah anda.
Masa aku tingkatan 3, aku buat kajian sejarah tentang Tragedi Highland Towers. Antara sebab runtuhan dikatakan ada sumber / saliran air bawah tanah yang aktif sebagai salah satu punca membawa pada runtuhan. Ada teori lain yang pelik-pelik, termasuklah kononnya ada libasan 'naga' yang menyebabkan kondo itu menyembah bumi. Banyak maksiat pun satu hal jugak - tapi siapalah kita untuk tuding jari mengatakan itu dan ini puncanya..Dan mengatakan balasan tuhan juga bukan aku orangnya mengesahkan antara punca...
Bagi siapa-siapa yang menyaksikan siaran ISU ini, mesti ramai akan tersenyum membaca sms kiriman penonton. Agak sensitif juga but hey, kata nak open. Aku siarkan semuanya dan nilailah sendiri mengikut tinggi akal dan budi.
Apapun, ini bukan kejadian yang terakhir, selagi ada yang sanggup berumah di tepi bukit.
Sekian Sabdaluka kali ini...enjoy the pics..
Wednesday, December 10, 2008
Program Baru
Syukur juga aku dah mendapat production team..jadi misi sekarang adalah memastikan pelaksanaan dan kejayaannya. Aku harap kejayaan itu PASTI!
Ramai yang doubt dengan kebolehan aku untuk melaksanakan program ini. Atas apa juga alasan, setakat ini aku hanya diam - tersenyum - dan balas juga kalau agak kurang hajar statement yang diberi. Masa akan menentukan dan aku pegang kata-kata M.Nasir yang dicatat dalam buku dedikasi untuk beliau - BIAR LANGIT MENJADI SEMPADAN.
Monday, December 8, 2008
Salam Aidiladha!!
Ibadah Qurban amalan mulia...
Aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua umat Islam di seluruh dunia. Tahun ini, genap 3 kali aku melaksanakan ibadah ini tanpa gagal. Aku bertekad setiap tahun aku akan melakukan ibadah ini. Dua tahun sudah, aku lakukan atas nama arwah abah. Tahun lepas atas nama mama dan tahun ini atas nama arwah Opah Wah.
Opah Wah ialah mak saudara pada arwah abah. Dia tidak berkahwin, jadi tiadalah waris menghantar bekalan doa dari anak-anak yang soleh untuk beliau. Sepanjang hayatnya, dia merupakan seorang yang kurang siuman. Di kawasan perumahan aku, semua maklum dengan keadaan arwah dan memahami kesukaran kami menjaganya...
Masa aku kecil, aku tak berapa mengerti tentang perasaan sayang, khususnya sayang pada manusia yang kurang siuman. Opah Wah menjerit hampir setiap malam mencari kaum keluarganya yang telah meninggal dunia. Dia hanya ada arwah abah yang sanggup menjaga walaupun pendapatan abah boleh dikategorikan kais pagi, makan pagi - kadang-kadang tak makan pun! Jadi kehadiran arwah 'kurang' aku senangi. Maklumlah budak..Opah Wah akan menjerit nama kami adik-beradik satu taman kalau kami keluar rumah.
Opah Wah meninggal tahun 1990..masuk tahun ini, 18 tahun dia telah pergi.. Sekali-sekala mengingatkan layanan aku pada Opah Wah, aku sayu sendiri. Apalah sangat minda kanak-kanak untuk mengerti dan memahami keadaan nenek yang tidak siuman.
Tahun ini, aku sedekahkan satu bahagian korban atas nama Opah Wah..Allah sahaja menentukan sampai atau tidak pahalanya tetapi aku yakin niat yang ikhlas pasti mendapat balasan yang setimpal. Insyaallah, akan aku usahakan upah haji untuk beliau pula.. Syukur untuk arwah abah selamat aku uruskan di musim haji ini..
Opah Wah @ Rusiminah Binti Alang Mat Arif...dalam kenangan. Al-Fatehah.
Thursday, December 4, 2008
Sekali Lagi Kes Ingat Aku Tak Mampu
Tapi kali ini di bank. Nak aje aku namakan bank itu terang-terangan supaya menjadi pedoman pada orang ramai. Tapi kerana aku semakin baik dari hari ke hari, maka aku abaikan niat suci murni bak bunga seri pagi tu.
Aku pelik, apalah sangat ruginya pihak bank untuk tolong fotostatkan sekeping IC? Bukannya sampai 1 rim kertas pun. Paling hanjeng, bole cakap - Sorry la, kami tak buat benda nie. Kalau buat, kami cas RM2..
Dan aku dah nyatakan aku tak kisah dengan bayaran RM 2 tu walaupun agak melampau nilainya. Asalkan urusan di bank tu selesai cepat aku malas nak berkira sangat. Memang la cerempet betul, makcik tu bole ulang statement yang sama.
Sudahnya aku ke kedai foto berhampiran dan fotostat kat situ aje.
Kemudian aku datang balik dan urusan di bank haram jad** itu selesai. Dengan nilai duit yang aku masukkan, apa sangatlah RM 2..
Monday, December 1, 2008
Misi Masa Depan Bermula Sekarang..
I will and I will and Will-I-Am..
Aku melepak bersama seorang sahabat yang amat karib, Areen. Berbekalkan Ice Caramel Latte, kami berbincang mencari solusi kewangan. Maklum dunia semakin kejam dan sebagai kakitangan kerajaan pendapatan yang ada perlu ada tabungan - kalaulah nak sejahtera di hari muka.
Banyak yang disembangkan..Apa nak buat, bila nak buat, bagaimana nak buat. Lagaknya 5W 1H memang menjadi perbahasan utama. Aku nak berubah, dia juga.
Free debts, more money, buy everything in C-A-S-H!
Aku tak tahu, apakah ia akan berjaya. Sebab keadaan berubah, masalah pasti ada. Tapi ini bukan misi mustahil dan aku bertekad melakukannya..
Tqs to dearest Adaha - aku belajar banyak dari dia.