Sunday, November 30, 2008

Beijing - Forbidden City 2007
Aku dalam mood yang sangat baik. Tak tahu kenapa..Hari ini takde emosi-emosi sangat. Aku cuba memikirkan apa yang membuatkan aku sedih atau gembira - tapi kosong. Macam bangkit dari tidur yang panjang dan blur.

Terus saat ini memikirkan ke mana kaki aku akan melangkah tahun depan, dan bila. Aku ingat azam aku yang lalu. Setiap tahun aku merancang untuk menjejak kaki ke luar Malaysia. Kang cakap luar negara macam tinggi sangat harapan tu. Tapi aku yakin kalau ada rezeki tak ke mana, idak gitu adik-adik...

Aku dah merasa ke Brunei - China - Indonesia - Thailand. Singapura yang sepelaung dari Johor belum aku jejaki. Aku bercita-cita juga nak memegang salji di negara orang putih. Tapi kos yang bakal membuat aku kelaparan berbulan-bulan lamanya membantutkan niat. Secara peribadi, aku lebih suka bercuti di Asia Tenggara. Terasa lebih homey dan dekat dihati..

Pengalaman di Gua Niah beberapa minggu lalu membuatkan aku mahu menjelajah gua-gua yang bersejarah di Malaysia. Niah ialah langkah pertama. Dan aku harap ada gua-gua lain yang akan aku jejak. Hmmm....terasa mahu ke Gua Kelam :)

Esok aku akan merancang percutian untuk tahun depan dengan kawan-kawan yang sealiran. Itupun kalau ada equilibrium dari segi masa. Kalau tak, pertengahan tahun depan aku bercuti sendiri saja..Tapi ke mana?



No comments:

Post a Comment