Friday, October 17, 2008

Rakaman Isu Semasa...

Wah..hari ini sungguh mengujakan dan meletihkan!!

Aku menggantikan Kak Iza menerbitkan rancangan ISU SEMASA kerana beliau mempunyai 'kecemasan'. Walaupun aku tak pernah buat talkshow di UESTV, itu bukannya satu halangan. Semasa di HEA aku pernah menerbitkan Sembang@10 dan beberapa program talkshow yang lain. Ini kira proses ulangkaji saja..

Tak kisahlah kerja malam walaupun esok aku kena memantau penerbit baru yang double-banking dengan aku. Tak kisah juga aku masih tak boleh tidur merana menulis entry ini. (Aku baru lepas kemas rumah, basuh pinggan dan baju...Itu yang tak boleh tidur lagi..) Sejujurnya, aku lebih suka kerja malam sebab aku malas nak bangun awal pagi.

Apabila dikhabarkan panel esok ialah angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, aku memang excited. Bukannya apa...semenjak beliau turun ke bumi melanggar kerajaan langit Ayah Pin aku tak pernah nampak kelibat beliau di sini. Apabila aku semak RO panel lain ialah Datuk Mukhriz Mahathir, oh-mak rasa nak melompat rasanya...Inilah pemimpin era baru yang aku kagumi sementelah aku memang pro ayahandanya, Tun. Dr. Mahathir.

Lagak seorang penerbit berkerja..

Bersiaran dari Studio 2, Wisma TV


Selepas siaran, aku enggan melepaskan peluang bergambar dengan 2 personaliti ini. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar memang dah kena serbu, begitu juga Datuk Mukhriz. Kerana risaukan Datuk Mukhriz balik awal, aku mencelah awal untuk bergambar dengan beliau. Eh, penerbit...kenalah beri ruang dan peluang idak gitu?

Aku dan Datuk Mukhriz Mahathir..
Selesai bergambar dengan beliau, tanpa aku sedari sang angkasawan dan berdiri sebelah aku untuk bergambar. Tak menggigil lutut dan berderau urat saraf dibuatnya..Aku nak bergambar dengan beliau itu lumrah. Dia menanti bergambar dengan aku itu luar biasa! He..he..he..dalam hati aku masih teringatkan seseorang yang berada di puncak Genting..

Aku dan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar..gigil sekejap dibuatnya.

Penerbit, tetamu dan pengacara...

Krew Penerbitan yang terlibat

Setelah semuanya usai, aku melepak di bilik VVIP melepaskan lelah dan dahaga. Baru aku teringat..aku tidak ada sekeping pun gambar dengan Sayed Munawar. Aku pertama kali berkerjasama dengan beliau semasa Pembukaan Parlimen tahun lepas. Tuan Sayed adalah pengacara yang paling mudah untuk aku berkerja kerana beliau sendiri telah lebih 11 tahun berpengalaman di dalam arena pengacaraan.

Tuan Sayed dan aku..
Lega....tapi aku masih menanti bertemu dengan M.Nasir sebagai tetamu walaupun berkoyan-koyan gambar beliau dalam simpanan aku..

Esok aku akan ke USIM untuk rakaman Bicara Siswa..

2 comments:

  1. Bila dapat M.Nasir nanti jgn lupa ajak saya. saya pun nak menempek bergambo sekali...

    ReplyDelete
  2. oh..boleh saja...nanti kalau dia datang saya bgtau

    ReplyDelete