Yang buat aku terharu, pastinya ketika aku menghadiri jamuan makan-makan hari raya di Unit Hal Ehwal Awam. Ingat juga mereka pada aku walaupun hampir setahun aku berpindah unit. Menunya, ya rabbi, memang feveret aku. Ayam masak tomato, kurma daging, daging masak lemak, ikan bilis goreng, sambal belacan dll...Menyebutnya pun berdecip-decip menahan air liur!
Rendang Daging yang lazat...
Oh, Ayam Masak Tomato....recipe of success Datuk Siti Nurhaliza
Wal Qurma Daging yang belum kehabisarullazi...
Malam Sabtu yang lalu, aku menyerang rumah Kak Sue. Sudah berapa lama aku tak ke sana pun aku dah tak ingat. Zaman Kak Sue mengacara Sembang@10, kami memang rapat giler. Sejak dah berpindah unit, jumpa pun kejap-kejap aje. Jadi aku mengambil kesempatan untuk beraya sambil catching thing's up dengan dia..Kak Sue masak laksa dan Nasi Minyak..Hmmm, ayam lagi! Next time aku nak paksa Kak Sue masak Asam Pedas sebab menu itu paling hebat yang pernah aku rasa...
Aku dan Kak Sue
Sabtu pulak, aku ke Wisma Perwira menghadiri rumah terbuka Elyana. Dia merupakan kawan zaman sekolah rendah yang dah berapa tahun aku tak jumpa. Bersama Pengejar Masa dan Areen kami menikmati menu wajib raya. Aku happy bukan saja sebab menu tu sedap, tapi sebab dapat jumpa x-SKLK yang lain seperti Zaynah dan Shida. Pertemuan dengan Shidah adalah setelah 15 tahun tak berjumpa!
Aku makan dengan pelahap sambil Areen dan Elyana bersembang..
Antara makanan yang aku jamah...
Bull's Eye Nasi Himpit
Selepas balik dari rumah terbuka Elyana, aku melepak di rumah Areen. Masih juga aku makan. Kali ini cakoi dan pau goreng. Bertambah sihatlah aku sementara Syawal masih berbaki ini. Tak cukup selepas itu, kami lepak di Chawan, Bangsar dan aku makan pulut kuning berendang daging pula..
Nak hambeklah...
Pasni kena carik ubat lawas!!!!
waahh.. besarnya selera! hehehe
ReplyDeletekerana itu saya semakin membesar
ReplyDelete