BLOG INI TIDAK LAGI AKTIF..SILA LAWATI
Diari Seorang Penerbit Rancangan..
Tuesday, June 28, 2011
Monday, June 6, 2011
Panjang Kisahnya..
5 bulan geng...5 bulan..banyak cerita sebenarnya boleh aku tulis tapi kalau tak kerana banyak laporpo yang menjadi posmen tak bergaji makanya aku abaikan kisah-kisah itu. Pendekkan cerita, suasana pejabat semakin tak seronok dan rakyatnya mula membawa haluan sendiri. Buang semua-prinsip diri dan maruh semata-mata mengikut arus. Aku pula tetap aku dan bak kata M.Nasir dalam buku skrap aku utk beliau 15 tahun dahulu-biar langit jadi sempadan..
Temuduga kenaikan pangkat aku lalui dengan tenang sebab aku yakin dengan jawapan yang aku beri ditambah soalan balas penemuramah.
Keputusan ringkas juga telah aku ketahui dan senarai nama yang dapat dicanang puaka-puaki yang bersepah. Oh, sekali lagi rakan-rakan menjadi pilihan meskipun kalau diacu resume aku dan beliau nyatanya melangit bintang dari pasir pantai. Tutup cerita sebab percayalah pada Qada dan Qadar tuhan...
Alternatif juga telah aku usahakan dan insyaallah jika ada rezeki aku di situ aku akan bangkit macam pheonix.
***
Jawapan yang sama aku beri pada penemuramah - mengikut arus bukan persoalan pokok. Kalau saya tahu sungai tu bertoksid saya tak akan berenang di dalamnya. Dia senyum simpul dan aku masih pamer muka serius.
Temuduga kenaikan pangkat aku lalui dengan tenang sebab aku yakin dengan jawapan yang aku beri ditambah soalan balas penemuramah.
Keputusan ringkas juga telah aku ketahui dan senarai nama yang dapat dicanang puaka-puaki yang bersepah. Oh, sekali lagi rakan-rakan menjadi pilihan meskipun kalau diacu resume aku dan beliau nyatanya melangit bintang dari pasir pantai. Tutup cerita sebab percayalah pada Qada dan Qadar tuhan...
Alternatif juga telah aku usahakan dan insyaallah jika ada rezeki aku di situ aku akan bangkit macam pheonix.
***
Jawapan yang sama aku beri pada penemuramah - mengikut arus bukan persoalan pokok. Kalau saya tahu sungai tu bertoksid saya tak akan berenang di dalamnya. Dia senyum simpul dan aku masih pamer muka serius.
Friday, February 4, 2011
Januari Yang Pantas Berlalu
Aku selalu berazam untuk rajin menulis agar tatabahasa dan nahu yang aku ada tidak luput dari ingatan yang menunggu masa makin hari makin sebal, macam makan semut. Tapi bukan faktor malas atau tiada idea. Ini betul-betul punya sibuk dengan kerja dan kekurangan masa lapang. Untuk itu, aku maafkan diri aku sendiri atas kesibukan berkhidmat untuk sesuap nasi nie :)
Ok, keja bulan Januari. Awal Januari aku dihantar ke Kelantan utk membuat lintas langsung berita berikutan banjir di Kelantan yang semakin teruk (ketika itu la..) Memang aku sangat eksaited dengan assignment ini sebab aku memang tak pernah merasa suasana banjir dalam keadaan besar panjang nie. Zaman kanak-kanak dulu lain cerita la dan banjir di Batu Gajah masa tu pun setakat lutut kanak-kanak aku aje.
Pusar Air..takde yang besar sebab bateri weak masa nie
Makanya bertolak la kami dalam keadaan macam-macam masalah yang dihadapi. Masalah normal aje pun. Tapi sebab team yang aku dapat kali nie kepala semua boleh tahan, kerja yang dari subuh syafie sampai lewat malam tak terasa detailnya. Paling sengal, ENG Van pecah tayar diwaktu hujan yang sangat lebat. Dengan penuh konfiden aku keluar van sambil pakai topi ala-ala kuamintang zaman Bukit Kepong dan berkaki ayam, untuk membantu setakat mana yang terdaya. Lepas van selamat dibaiki, team nie mulalah mengarut-ngarut pasal pacat la, lintah la dan benda geli lain yang membuatkan badan aku automatik rasa gatal-gatal dan tak selesa. Aku raba-raba kaki dan terasa mcm pekat aje air hujan kali nie. Bukak lampu van-ambik kau..Aku menjadi mangsa lintah pertama. Suspek pulak tak dapat dikesan dan mulalah keluar kisah lintah beranak dalam perut la..lintah dan menyorok la..Sepanjang jalan menuju Kota Baru tu memang aku rasa geli-geleman lain macam aje..
Operasi menyelamat..
Kalau nak cerita kisah bencana secara detail memang la tak kuasa sangat rasanya. Sebab hampir seminggu aku kat sana aku rasa macam melalui hari-hari yang sama. Hari-hari main banjir dan hari-hari lihat budak-budak berpesta air mcm banjir tu rahmat. Nasib baik selama aku di sana cuaca panas terik. Jadi banjir mulai surut dan possibility untuk tidak berlama-lama di sana sangat cerah.
Main air...
****
Tak sampai beberapa hari balik KL, aku kena bersiap sedia untuk ke Tenang pula selama 2 minggu. Ini pengalaman pertama aku terlibat dalam pilihanraya kecil. Aku tak nak sembang politik sebab ia tidak indah pun. Tapi kerja melibatkan politik hatta politik 'kecil-kecilan' membuatkan aku rasa 2 minggu tu tersaaaangat lama.
Hari lahir ke 3 Series aku pulak jatuh masa aku tengah outstation. Aku terharu atas kesanggupan Hadi datang meraikannya walaupun tak sampai 12 jam masa kami bersama.
Dan betullah badi bencana tu ada..Pertama kali dalam sejarah aku menjadi mangsa banjir masa outstation. Keadaan punyalah teruk sebab dikhabarkan hotel yang aku duduk tu lagi 2 tangga air naik paras tingkat 1 hotel. Mujur la bilik aku ditingkat 2. Tapi jalan Segamat di tutup sepenuhnya. Kami terpaksa balik ke KL sehelai sepinggang dan datang balik kemudian untuk mengambil barang-barang di hotel.
Hujung simpang tu, air dah naik. Masa nie kalau la masyarakat nampak baik BN atau PAS sama-sama tolong menolong lantaklah kau nak pangkah apapun..
Atas 'kepandaian' yang menyebabkan production aku nampak keji dan slack, aku memang simpan sampai pencen. Pesanan penaja, jangan pandai-pandai cross-jurisdiction untuk menunjuk-nunjuk pandai. Keji sangat...keji sangat!
Aku nak pack baju...Kejap lagi flight ke Miri untuk program Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina.
Friday, January 7, 2011
Minggu Pertama Dah Sibuk
SKT selamat dihantar beberapa hari yang lalu. Aku ingatkan aku yang lambat. Rupanya ada lagi yang terlebih lambat. Ini perbandingan yang tak bagus, tapi aku rasa lega sebab berjaya menyiapkannya walaupun agak lewat. Tahun ini kalau rasa-rasa bercadang untuk membawa diri dalam jangkamasa yang lama aku akan pastikan SKT dihantar dulu - ini bukan azam tapi nasihat untuk diri sendiri.
Sudah bermacam-macam arahan tugas diberikan. Tapi dari semasa ke semasa terpaksa membuat pertukaran kerana banyak arahan terkini yang perlu diuruskan juga. Pada mulanya aku kena buat Malam Anugerah Malaysia Book Of Record. Tadi sudah pun aku membuat tinjauan lokasi. Petangnya pula aku dimaklumkan aku akan bertugas di pilihanraya kecil Tenang. Jadi tugas penerbitan rancangan di atas akan diamahkan kepada Abang Zam.
Ketika aku menulis di sini, aku dalam keadaan bersiap siaga untuk ditugaskan ke Kota Baru untuk liputan bencana. Dalam masa yang sama, sudah 3 kali mesin basuh membuat kerjanya kerana baju memang dah tak ada. Yang balik dari bercuti pun belum sempat aku basuh.
Harap-harap tiada masalah besar yang timbul esok. Lewat petang tadi aku sudah melakukan senarai semak mana yang patut dimaklumkan dan apa yang patut dibawa.
(Rasanya catatan kali ini menggunakan nahu dan tatabahasa yang betul. Kalau disemak oleh cikgu Bahasa Malaysia mungkin tidak menimbulkan amarah..)
Monday, January 3, 2011
Haluuuuuu....!
Hati sangat senang sebab masuk kerja tahun baharu ini dengan perasaan yang cukup tenang. Pegilah mamp** dengan masalah-masalah yang pernah ada kerana aku membuka tahun ini dengan rasa yang lapang.
Semua bertanyakan percutian yang maha panjang aku ambil tahun lepas. Jawapan aku hanya satu - awek cuuuuunzzz!
Tak sampai 5 minit duduk dikerusi sudah 2 kerja menanti. Hambatlah dengan bebanan apapun. Aku terima dengan senyum dan senang hati.
Hari ini hari baru..tidak seperti budak darjah satu yang menangis kena pergi sekolah. Aku bangun dengan perut yang lapar dan sempat memasak sarapan sebelum ke pejabat. Yap, nasi goreng aku memang sedap. True dat!
Sunday, December 26, 2010
1 Minggu Lagi...
Termasuk hari ini, ada 7 hari lagi hutang pada diri sendiri yang perlu aku langsaikan. Hutang dalam erti kata aku berhutang tidur yang panjang, makan yang tidak sia-sia dan rehat yang sepenuhnya sebelum aku masuk kerja balik tahun depan.
Dalam pada itu, blurr masih memuncak...Perlukah aku kembali ke pantai yang subhanallah cantiknya atau melangkah ke destinasi yang lain? Ataupun aku menjerat rasa dilokasi yang sama?
Rasa macam nak terus melayan CSI Las Vegas tapi kemunculan Bieber mematikan sedikit mood itu..
Takpe la. Mari membelasah mafia, membunuh vampire dan menanam pokok..
Dalam pada itu, blurr masih memuncak...Perlukah aku kembali ke pantai yang subhanallah cantiknya atau melangkah ke destinasi yang lain? Ataupun aku menjerat rasa dilokasi yang sama?
Rasa macam nak terus melayan CSI Las Vegas tapi kemunculan Bieber mematikan sedikit mood itu..
Takpe la. Mari membelasah mafia, membunuh vampire dan menanam pokok..
Subscribe to:
Posts (Atom)